"So, apa jadi dengan budak tu?"
"Bapa dia minta polis kena tahan dua hari kat sana. Katanya nak mengajar budak tu."
"Ermm?" So Min terbangun kerana mendengar suara orang berbual.
"Eoo? So Min-ahh."
So Min membuka mata dan mencari tuan empunya suara.
"Eoo, oppa?" dia melihat sosok Taehyung di meja makan bersama Jimin.
"Oppa buat apa dekat sini pagi-pagi? Bukan semalam oppa kata nak balik Daegu ke hari ini?" soal So Min.
"Pagi apanya, dah nak tengah hari dah pun." kata Jimin.
So Min melirik kearah jam dinding di ruang tamu, hampir pukul 12.
"Memang nak balik Daegu kejap lagi, tapi Jimin call suruh datang sebab nak settle kan pasal cermin ni. Oppa datang jelah." kata Taehyung sambil menghirup teh yang disediakan Jimin tadi.
"Ouh.." So Min bingkas bangun dari sofa dan berjalan menuju ke meja makan bersama mereka berdua.
"Oppa ada nak makan apa-apa ke sebelum balik Daegu? Kalau nak, So Min masakkan." kata So Min sambil membetulkan rambutnya.
Belum sempat Taehyung menjawab, Jimin memotong.
"Eee.. dengan tak mandi lepastu gigi kuningnya lagi, ada hati nak masak untuk orang." perli Jimin.
Ternganga So Min mendengar perlian Jimin. Taehyung hanya menahan gelak mendengar kata-kata Jimin tadi.
"Pergi mandi dulu. Shuh, shuh.." halau Jimin.
"Ingat saya kucing ke nak halau macam tu? Heh." balas So Min lalu naik keatas sambil menghentakkan kakinya ketika menaiki tangga.
"Ha, hentak, hentak. Roboh rumah ni, kau bayar, ehh." usik Jimin lagi.
"HAHAHA. Korang ni gaduh-gaduh, nanti terkahwin baru tahu." kata Taehyung yang ketawa besar.
"Memang nak kahwin pun." kata Jimin selamba.
"Pfftt-" tersembur keluar air yang diminum Taehyung.
"Woi, pengotor." kata Jimin lalu mengambil tisu mengelap bajunya.
"Mian, tapi salah kau lah." kata Taehyung sambil mengelap mulutnya.
"Apahal aku pula salah?"
"Tiba-tiba kata nak kahwin. Mana tak tersemburnya aku?"
"Betul apa aku kata. Aku nak kahwinlah."
Taehyung yang ralit mengelap baju terpaku seketika.
"Kau biar betul, Jim? Jangan main-main." kata Taehyung tidak percaya.
"Yah, betullah. Aku nak kahwin." kata Jimin yang cuba meyakinkan Taehyung.
"Kau nak kahwin dengan siapa?"
Jimin diam.
"Yah, kau nak kahwin dengan siapa ni? Takkan So Min kot. Kau kan tak suka dia."
"Sini.." Jimin memanggil Taehyung untuk lebih dekat.
Jimin berbisik sesuatu di telinga Taehyung.
"Palotok mung!" jerit Taehyung.
"HAHAHAHA." ketawa besar Jimin melihat Taehyung begitu.
"Gelilah, shibal." Taehyung menunjukkan reaksi geli.
Sedang mereka berdua bergaduh mulut, ...
"Arghhh!"
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...