Chapter 12

8 2 0
                                    

"Saya nampyeon dia." jawab Jimin laju.

"Huh?" guru itu terkejut.

So Min ternganga mendengar jawapan yang keluar dari mulut Jimin. Jungkook ingin membantah penyataan itu, tetapi laju disambung dipotong lagi oleh Jimin.

"Saya nampyeon kepada Bae So Min." kata Jimin yakin dengan sengaja menekan perkataan nampyeon itu.

"Tapi dalam ni-"

"Kami baru berkahwin. Ada yang kurang faham ke?" soal Jimin pada guru itu.

"Kepala otak dia. Sejak bila pula aku kahwin dengan dia." bisik hati So Min.

"Apa yang mamat ni merepek ni?" bisik hati Jungkook.

"Jadi apa yang isteri saya buat sampai saya perlu ke sini, ya?" soal Jimin.

"Macam ni Encik Park, saya dapati yang isteri- maaf, Bae So Min sudah ponteng kelas beberapa kali dan ini merupakan amaran terakhir. Jadi tujuan saya panggil Encik kemari untuk menyelesaikan masalah ini." jelas guru itu.

"Jadi, apa jalan penyelesaian yang ada?"

"Bae So Min ada dua pilihan, sama ada pihak sekolah akan membuang So Min ataupun So Min sendiri yang mengambil keputusan untuk keluar dari sekolah."

"Saem, takkan sampai macam tu sekali? Baru beberapa kali So Min ponteng, kan? Kenapa sampai kena buang sekolah?" soal Jungkook bertalu-talu.

Semua orang memandang kearah Jungkook. Guru lelaki itu memberikan jelingan amaran menandakan supaya Jungkook diam dan tidak masuk campur.

"Jadi, apa keputusan kamu Bae So Min? Dibuang sekolah atau keluar dari sekolah?" sambung guru itu kembali.

"Ermm..." So Min berfikir kemudian memandang kearah Jimin dengan pandangan meminta pertolongan.

"Seon Honjoo Sonsaengnim, memang tak ada pilihan lain ke selain dari dua ni?" soal Jimin yang sedang cuba menyelamatkan keadaan.

"Saya bukan tak nak bantu Encik Park, tapi Bae So Min memang kerap sangat ponteng kelas. Kami tak ada pilihan lain selain dari yang saya cakap tadi. Plus, ini dari pihak atasan dan bukan saya sendiri. Ramai dah guru-guru disini mengadu yang So Min kerap ponteng kelas. Kami tak buat keputusan tanpa bukti Encik Park, semuanya direkodkan." jelas guru itu panjang lebar.

"Tapi, pihak sekolah ada tak tanya kepada So Min kenapa dia buat macam tu? Takkan disebabkan rekod-rekod dari guru-guru ni sahaja, pihak sekolah bagi dia pilihan yang memang sama sahaja jawapannya? Dan Honjoo Sonsaengnim sendiri yang menjadi guru kaunseling di sekolah ni, sepatutnya bukankah tugas awak untuk memahami masalah setiap murid? Bukan nak membantah tapi saya sebagai orang yang tahu apa yang jadi dengan So Min, semestinya merasakan semua ni tidak adil. Tak macam tu, Honjoo Sonsaengnim?" soal Jimin bertalu-talu.

Terdiam semua yang mendengar soalan Jimin tadi. Mana taknya, semua berdasarkan rekod dan rungutan guru semata-mata. Kemana perginya sikap guru yang prihatin dan mengambil berat tentang anak didik mereka?

"Macam ni lah Encik Park, saya akan usulkan perkara ini ke pihak atasan dan saya akan hubungi Encik semula. Maafkan saya Bae So Min, saya terpaksa buat awak gantung sekolah selama dua minggu bermula hari ini. Jadi buat masa ni, saya rasa lebih baik kamu rehat dulu dirumah."

"Baik, Saem."

.
.
.
.
.
.
.

"So Min, nanti apa-apa chat aku tau. Aku sentiasa ada untuk kau."

"Ya, Jungkook. Arrayo (Aku tahu)."

"Bae So Min, kajja." panggil Jimin dari dalam kereta.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now