Chapter 13

13 2 0
                                    

"Kenapa bawa saya datang sini?"

"Aku dah janji dengan Taehyung tadi yang aku nak lunch sekali dengan dia." kata Jimin.

"Tadi kata oppa busy."

"Lepastu kalau busy dia tak payah makan ke?"

"Tanya je. Tu pun nak marah. Tch." cebik So Min.

Mereka berdua keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu masuk. So Min menekan punat lif untuk ke tingkat atas. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Jimin mendahului diikuti oleh So Min dan beberapa pekerja yang lain dibelakang.

"Bos tak lunch ke?" soal salah seorang pekerja mereka.

"On the way. Saya nak pergi jumpa Taehyung dekat atas." balasnya.

"Tch. Dengan aku, bahasakan diri 'kau, aku', dengan staff dia elok pula cakap 'saya, awak'." rungut hati So Min.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Jimin melangkah keluar diikuti So Min dibelakangnya. Mereka menuju ke bilik pejabat Jimin.

"Yah, apahal lama sangat?" soal Taehyung yang dari tadi menunggu Jimin dibiliknya.

"Mana ada lama. Around.. sejam je." kata Jimin sebaik sahaja melirik kearah jam tangannya.

"Ehh, kenapa So Min ada sekali?" soal Taehyung keliru yang baru menyedari keberadaan So Min dibelakang Jimin.

"Aku pergi ambil dia lah tadi tu." kata Jimin sambil mencari barangnya.

"Kenapa pergi ambil So Min? Sekarang baru pukul 2. Bukan So Min balik pukul 6.30 ke?" soal Taehyung lagi.

"Nanti saya cerita dekat oppa, ya? Sekarang ni baik oppa tolong kawan oppa tu cari barang dia." kata So Min perlahan sambil menunjuk kearah Jimin.

Taehyung memandang kearah Jimin yang sedang mencari sesuatu.

"Kau tengah cari apa tu?" soal Taehyung pada Jimin.

"Aku tengah cari wallet aku. Tadi rasa macam ada kat atas meja ni. Kau ada nampak tak?" soalnya sambil mencari diabahagian laci meja pula.

"Aik? Kau biar betul? Takkan tak ada?" soal Taehyung yang kini mula membantu Jimin mencari dompetnya.

So Min hanya membantu dalam diam. Dia mencari disekitar bilik pejabat Jimin. Di sofa, di meja kerja, di rak buku dan file, semuanya tiada. Merata mereka mencari tapi masih lagi tidak dijumpai. Tiba-tiba, ...

Tuk! Tuk! Tuk!

"Come in."

"Bos, ni wallet bos ke?" soal salah seorang pekerja wanitanya sambil menunjukkan dompet Jimin ditangannya.

"Haah! Mana awak jumpa ni?" soal Jimin teruja sebaik sahaja melihat dompetnya dijumpai.

"Saya jumpa lobi tadi, depan kaunter." kata pekerjanya.

"Jinjja? Gomawo!"

"Ne. Saya keluar dulu ya." katanya lalu keluar dari bilik Jimin.

"Fuh, lega." kata Jimin.

So Min dan Taehyung hanya memerhatikan Jimin yang lega dompetnya dijumpai.

"Kenapa Encik Jimin beria sangat cari wallet tu? Banyak sangat ke duit dia dalam tu?" soal So Min perlahan.

"Tu wallet yang mendiang mak dia bagi sebelum dia mati. Satu-satunya peninggalan untuk Jimin dari mak dia." kata Taehyung perlahan.

So Min hanya mengangguk faham.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now