"Aduh.. habislah aku. CEO kot! Aishh... serabutnya!" So Min menjatuhkan badannya di atas katil.
Tuk! Tuk!
"So Min-ahh." mendengar pintu di kuak dan terpanculnya tubuh seseorang, So Min memandang ke arah pintu.
"Eo? Yuna-shii. Waegurae?" So Min bangun dan duduk di atas katilnya.
"Jungkook datang." balas Yuna yang merangkap kawan serumahnya itu.
So Min mengorak langkah ke pintu rumah. Terlihat Jungkook berdiri di depan pintu sambil membelakanginya.
"Jungkook?" panggil So Min.
"Ha, So Min. Palliwa!" kata Jungkook lalu menarik tangan So Min.
"Ehh, ehh. Apa tarik-tarik ni?" soal So Min yang turut berlari mengikuti Jungkook.
"Okay, sini selamat." kata Jungkook sambil melihat keadaan sekeliling. Bawah pokok.
"Jeon Jungkook, waegurae? Sampai tarik-tarik bagai." soal So Min seraya memandang ke arah Jungkook pelik.
"Kau kena keluar dari rumah tu." ujar Jungkook.
"Huh? Kenapa pula?"
"Sebab kawasan rumah tu akan di serbu lagi 3 hari. Aku dengar ayah aku bercakap dengan kawan dia siang tadi."
"Jinjjayo? Kalau aku keluar, aku nak tinggal mana?"
"Kau carilah mana-mana hotel yang murah."
"Aduh.. aku mana ada duit. Aku baru je bayar duit sewa masa dapat gaji hari tu."
"So Min, kau tahu kan yang kawasan rumah sewa kau tu tempat penagih dan pelacuran. Nak atau tak, kau kena keluar juga dalam tempoh 2 hari ni." kata Jungkook mendesak.
"Heih.. yelah, yelah. Aku cuba cari hotel murah sikit."
"Ha, bagus. Ni, aku ada 20 Ribu Won. Kau guna tau. Aku kena pergi dulu, bye."
"Ehh!" belum sempat dia mengucap terima kasih, Jungkook sudah pergi. Laju betul dia lari.
"Heih.. mana aku nak cari hotel ni? Tak ke pelik nanti kalau aku tiba-tiba je keluar rumah? Satu hal lagi datang." kusut otaknya dibuat masalah yang bertimpa-timpa itu.
.
.
.
.
."Ehh, So Min. Kau nak pergi mana ni dengan beg banyak-banyak ni?" soal Lisa yang juga merupakan kawan serumah Yuna dan So Min.
"Aaa... aku nak pindah keluar lah, Lisa."
"Pindah? Dah kenapa pula tiba-tiba ni?" soal Yuna pula yang baru sahaja muncul.
"Takda apa pun. Aku memang nak pindah rumah lain." balas So Min memberi alasan.
"Kau dah taknak tinggal dengan kitorang ke?" soal Yuna lagi.
"Bukan macam tu, aku rasa sini tak selamat lah."
"Kau dah tinggal kat sini 2 tahun kot, baru sekarang nak rasa tak selamat?" soal Lisa.
"Yuna, Lisa, korang kena paham keadaan aku. Aku ni masih bersekolah, while korang dah kerja. Aku takut duduk dekat tempat macam ni. Yes, memang aku dah tinggal kat sini dah 2 tahun, tapi korang tak tahu apa yang aku rasa selama ni. Aku selalu rasa tak selamat. Aku takut. Aku kumpul duit baki bayar sewa rumah, aku ikat perut aku untuk simpan duit. Sebab apa? Sebab aku nak keluar dari sini, tempat macam ni, bukan sebab aku taknak tinggal dengan korang." kata So Min panjang lebar tapi masih lagi dalam nada yang lembut.
"Hmm.." Yuna menangguk dan pergi meninggalkan mereka berdua.
"Yuna.. hesh, suka hati kau lah So Min. Kitorang takkan halang kau. Pergilah." kata Lisa lalu pergi.
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...