بسم الله الرحمن الرحيم"Raysa!"
"Apa?!"
"Nanti lunch dengan aku!"
"Tengoklah macam mana! Ni, berapa kali aku nak cakap, panggil aku Manda!"
Iya, nama diberi Raysa Amanda. Tapi dia tak suka orang panggilnya dengan nama Raysa. Baginya, terlampau girly. Ergh, geli! Dia lebih suka orang panggilnya dengan nama Manda tapi kawan dia seorang ni tak habis-habis panggil Raysa. Mula-mula rajinlah nak tegur, lama-lama tu lantak kaulah mat!
Laju langkah kaki dibawa ke motor peninggalan arwah abah. Walaupun motor ni tunggu masa saja nak 'gone' tapi sayang nak buang, jadi guna sajalah! Lagipun tak elok membazir.
Bunyi bising yang terhasil membuahkan senyuman di wajah Raysa. Alhamdulillah, masih hidup! Setiap hari berdebar nak hidupkan enjin, risau riwayat dah tamat.
Pon!
Bunyi hon motor ditekan memberi isyarat kepada kawannya yang masih terhegeh-hegeh hendak bersiap. Itulah dia, beria sangat dengan make up segala bagai. Walaupun dirinya perempuan, Raysa takkan mencemarkan mukanya dengan solekan-solekan yang pelik. Elok-elok muka macam minah korea, risau jadi minah koyak. Merosakkan mukanya sahaja nanti!
"Aku gerak dulu!" Perlahan motor ditunggang menyusur jalan raya. Setiap hari dia akan menikmati keindahan semula jadi pada waktu pagi dengan membiarkan angin sepoi bahasa menampar lembut wajahnya. Iya, topi keledarnya tak ada cermin. Malas nak tukar nanti kena guna duit lagi!
Berhenti sahaja di lampu merah, tiba-tiba bahu Raysa terhinggut mendengar suara seseorang yang kuat dari belakang. Terus dipusing kepalanya ke belakang.
"Woi, kenapa tak jalan tadi? Buang masa betullah!" Kuat suara dalam kereta menengking. Kepalanya terlihat terkeluar sedikit di cermin tingkap yang dibuka penuh.
"Eh, apa masalah mamat ni?" Terus Raysa pusingkan tubuhnya ke hadapan semula, malas mahu ambil tahu. Suka hati anda lah mahu meroyan!
Lampu yang sudah bertukar hijau, perjalanan diteruskan sebelum sebuah kereta menghalang jalannya membuatkan motor Raysa bergerak ke tepi.
"Apa masalah kereta ni?" Enjin motor ditutup sebelum topi keledar dibuka.
Lelaki yang baru keluar dari kereta, Raysa pandang tak puas hati. Mestilah, takkan nak pandang teruja pula, mentang-mentang bawa kereta besar, suka hati cucu cicit dia saja nak halang laluan orang. Tarik sideburn tu nanti tahulah!
Perlahan-lahan matanya cuba amati betul-betul wajah lelaki itu. Gaya lelaki itu yang seperti memakai uniform pilot Raysa perhati dalam-dalam. Oh, juruterbang rupanya. Patutlah undang-undang jalan raya fail! Ish pakai cermin mata pula, baru nak tengok muka! Ceh, juling lah tu!
Terus digeleng kepala laju-laju. Ish tak baik Manda, cakap orang macam tu.
Laju kaki lelaki itu melangkah ke arah Raysa, tubuh gadis itu sudah bangun dari motor, cuba berhadapan dengan lelaki yang jauh lebih tinggi. Dia ingatkan dia dah cukup tinggi, rupanya ada yang lagi tinggi. Ini bukan tinggi dah ini, ini tahap galah dah! Curious, kecil-kecil tertelan pokok kelapa ke? Iya lah, dia berdiri depan Raysa, Raysa paras bahu dia saja!
"Kenapa kau tak jalan saja tadi sementara lampu isyarat belum merah? Kau memang suka buang masa ke apa?!" Keras nada suara lelaki itu, Raysa pula rasa panas hati.
"Eh eh, encik! Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba serang orang ni kenapa? Orang Islam kan, tak reti bagi salam ke?!" Ha mula lah dia nak membebel ni, perangai umi yang satu tu memang turun kat dia.
"Lagi satu, tadi lampu isyarat tu warna kuning sebelum bertukar merah. Encik buta ke apa? Itu lah lain kali jangan pakai cermin mata hitam, semua benda nampak hitam agaknya!" Suara Raysa juga sudah kuat melawan lelaki itu. Ini Raysa Amanda lah, berani cari gaduh, meh lah fight! Tali pinggang hitam ni!
"Hey you! Can you watch your mouth?!"
"Apa mouth-mouth?! Speak melayu lah! Mana orang faham!" 'Kekwat' betullah mat salleh celup ni. Memang lah Raysa belajar sampai habis sekolah masalahnya BI cukup-cukup makan saja, mana nak faham apa dia merepek! Dah lah cakap laju! Lagi satu, dah melayu tu, melayu je lah!
"Lain kali kalau atas jalan raya jangan berangan macam tengah berada di istana ya? Bawa lah laju sikit motor tu. Orang lain nak cepatlah! Bukan kau seorang saja guna jalan raya ni! Lembab!" Lagi sekali suara itu menengking.
"Eii, aku pantang betul orang tengking-tengking aku! Hei pak cik tua, masalah aku ke kalau kau nak cepat? Tak kan? So?!" Memang bukan Raysa Amanda lah kalau tak melawan. Lambat lagi lah nak dengar cakap! Cakap umi pun dia selalu tak dengar, tu yang selalu kena piat telinga, inikan pula cakap dari entah siapa-siapa!
"What did you just call me? Pak cik tua?" Lelaki itu nampak tak puas hati. Kalau dalam komik ini, mesti nampak dah asap keluar dari telinga.
"Iya, pak cik tua! Dah tua pun cari pasal lagi!" Kuat suara Raysa melawan suaranya. Tapi memang betul pun apa dia cakap, lelaki ni nampak lebih matang macam umur 30-an macam itu. Ish malang betul siapa jadi isteri dia ni!
"Kalau aku pak cik tua, kau apa? Perempuan tak siap?" Kedengaran sinis sahaja nadanya. Matanya kelihatan turun naik menilik tubuh Raysa.
"Apa tengok-tengok ha?! Nak kena jolok ke biji mata tu?!" Jerit Raysa kuat. Suka hati saja pandang orang macam tu, dah lama hidup agaknya!
Berombak ganas dada Raysa menahan amarah. Eii kalau ikutkan hati, mahu saja dipancitkan tayar kereta lelaki itu, tapi bila fikir balik dia pakai kereta mewah, tak sanggup nak gadaikan duitnya. Money is everything! No money, no life, you know!
"Lain kali jangan berangan ya? Ini realiti. Tolong alert sikit especially atas jalan raya. Okay dear?" Senyum sinis masih tercalit di wajah tampannya. Ish, susah untuk Raysa nafi memang lelaki ni handsome walaupun tak nampak mata. Ergh!
Raysa hanya memberinya pandangan tajam setajam-tajamnya. Kalaulah pandangannya ni pisau, dah tembus ke otak rasanya. Punyalah geram dengan pak cik tua ni!
Kakinya diorak ke kereta sebelum menyusur laju membelah jalan raya. Kecil besar kecil besar sahaja Raysa tengok!
Satu hembusan nafas kuat dilepaskan. Buang aura negatif pagi-pagi macam ni! Buat rosak mood saja lah! Terus enjin motor dihidupkan dan teruskan perjalanan. Lelaki itu nampaknya ke belah kanan dan Raysa terus ke belah kiri. Dalam hati tak berhenti doa supaya tak jumpa lagi pak cik tua tu!
'...and then I met you.'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...