Klik!
Dia memalingkan wajah apabila bunyi pintu dibuka kedengaran. Mata bulatnya setia menanti.
Figura itu masuk dengan perlahan sebelum menutup pintu. Kaki melangkah dengan wajah yang tiada riak. Kosong.
Hatinya mula berdebar apabila gerangan itu melangkah mendekatinya. Wajahnya hanya melekat ke arah gerangan tersebut. Tiada secalit senyuman pun. Seperti selalu. Dia reda. Dia reda jika lelaki itu hendak membencinya atau memarahinya. Namun dia tak sanggup kehilangan lelaki itu.
Heriz menghenyakkan punggung di atas kerusi yang disediakan sebelum matanya hanya merenung ke arah Raysa. Lembut. Mata mereka saling bertentangan seolah-olah menghantar satu mesej yang tidak mampu diluahkan secara lisan.
"How are you today?" Suara serak basah Heriz mula kedengaran. Mendatar sahaja.
Raysa tersenyum kecil. "Saya okay, alhamdulillah."
"Finally... kau sedar."
Raysa mengerut kening. Apa yang lelaki itu ingin sampaikan?
"Aku hampir gila tunggu kau bangun, Raysa. Aku takut..."
"Aku takut kau tinggalkan aku."
Wanita itu menjongketkan kening. Dia hanya diam membiarkan lelaki itu berbicara.
"Raysa..." dia mencapai lembut tangan wanita itu.
"Aku..." mulutnya seakan tidak mampu mengungkap. Perit. Sakit.
"Aku minta maaf."
"Aku minta maaf atas segala kesilapan aku pada kau. Aku tahu aku terlampau banyak menyeksa kau, buat kau derita hidup bersama aku, layan kau seolah kau..." dia tak sanggup hendak menyebut sepatah kata itu walaupun dia pernah menggelar wanita itu dengan gelaran... pelacur.
"Aku bukan suami yang baik. Aku tahu aku tak layak untuk memiliki kau. Tak layak dicintai wanita hebat seperti kau. Tapi..."
"Aku juga tak mampu kehilangan kau."
"Maafkan aku, Raysa. Maafkan aku." Rintihnya perlahan. Air mata yang cuba ditahan tadi mula menitis dan tangisannya mula pecah.
Air mata Raysa mula menitis perlahan ke pipi. Ya Allah, apakah ini?
"Heriz..." dia mengusap kekura tangan lelaki itu.
"Saya sayangkan awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya dah lama maafkan awak. Awak syurga saya, Heriz. Mana mungkin saya hendak membenci awak. Saya tak sanggup..." ujar Raysa. Matanya yang berair menentang mata sayu lelaki itu.
"Saya akan sentiasa bertahan demi awak, Heriz."
"Jangan tinggalkan aku, Raysa. Keadaan kau seperti tadi membuatkan aku sedar, aku tak sanggup kehilangan kau. Aku perlukan kau. Aku tahu, dah terlambat untuk aku ungkap semua ni..."
"Maafkan aku, Raysa. I know I'm being selfish right now setelah apa yang aku telah buat pada kau... tapi aku tak sanggup hilang kau."
"Tolong, Raysa. Aku merayu. Aku sanggup merayu pada kau, jangan tinggalkan aku. Sakit, Raysa. Sakit bila aku tatap tubuh kaku kau. Sakit..." rintihnya lagi. Kepala ditunduk ke bawah, tidak mahu wanita itu melihat dia selemah ini.
"Heriz..." Raysa memanggil lelaki itu. Perlahan-lahan Heriz mengangkat wajah. Raysa duduk bersila sebelum menepuk perlahan ruang di hadapannya, menyuruh lelaki itu duduk di situ. Heriz mula menghenyakkan punggung menghadap Raysa. Tanpa sebarang amaran, wanita itu terus memeluk tubuh Heriz erat. Terkejut lelaki itu. Kaku sebentar tubuhnya.
"Saya minta maaf, Heriz. Kalau saya tak lalai, mesti anak kita masih ada. Saya janji, lepas ni saya akan jaga kandungan saya baik-baik. Saya janji, Heriz..." dalam tangisan, dia memohon maaf. Wajahnya disembam ke dada lelaki itu.
Hati Heriz seperti dihentak kuat ke lantai. Tangan digenggam kuat, menahan diri daripada mengeluarkan tangisan. Bibir diketap perlahan. Air mata dibiarkan mengalir lesu. Keningnya berkerut seribu menahan tangisan. Dia hanya membiarkan Raysa memeluk tubuhnya tanpa membalas pelukan wanita itu. Dia tak sanggup... hatinya tak kuat selepas mendengar luahan wanita itu.
'Ya Allah, ampunkan dosaku, Ya Allah.' Ucapnya sayu di dalam hati.
"Awak... tak marah kan?" Kepala diangkat memandang seraut wajah tampan milik Heriz. Mata helang lelaki itu memanah sepasang mata bulatnya. Heriz mengukir senyum nipis.
"Tak, sayang. Kenapa aku nak marah? Itu semua kan ketentuan Allah. Itu bukan salah kau. Jangan salahkan diri sendiri, okay?" Diusap perlahan ubun-ubun Raysa.
"Terima kasih, Heriz. Terima kasih kerana sudi menerima saya. Sudi buka pintu hati awak untuk saya. Saya minta maaf kalau awak rasa saya pengkhianat, saya minta maaf kalau awak rasa saya perempuan yang tak guna... saya hanya mencintai awak, Heriz. Itu sahaja." Kepalanya kembali disembam ke dada lelaki itu. Heriz menganggukkan kepala.
"Kau tak salah, Raysa. Aku yang salah. Kerana dendam, aku sanggup seksa orang yang tak bersalah. Aku yang tak guna, Raysa. Aku yang pengkhianat."
"Aku dah janji takkan sakitkan kau, tapi aku buat."
"Aku dah janji takkan bencikan kau, tapi aku buat."
"Aku yang mungkir janji. Maafkan aku, sayang." Dibalas pelukan Raysa lebib erat. Dikucup lembut ubun-ubun wanita itu.
"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang."
Dalam diam, Raysa tersenyum lebar.
Abang...
'Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih atas kebahagiaan ini.' Ujar Raysa di dalam hati.
'Beri aku masa, Ya Allah. Beri aku masa untuk membahagiakannya sebelum aku bakal kehilangannya...'
'A song for lost souls.'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...