Masuk sahaja ke dalam bilik hotel, tubuhnya dihempas lembut di atas katil. Penat! Penat tayang senyum yang entah ikhlas atau tak, penat berpura-pura bahagia, penat menunjuk kemesraan pada semua orang.
Seketika fikirannya teringatkan sesuatu. Terus tubuh diangkat dan dia menuju ke beg tariknya. Malas dia hendak letak baju dalam almari, bukan lama pun di sini.
Dibuka perlahan zip beg sebelum mencari sesuatu. Setelah dapat, ditariknya perlahan dari beg. 'Sesuatu' yang dipegangnya itu dipandang dengan air liur yang ditelan kesat.
Ini... baju ke kain lap meja?
Terus dicampak ke tepi baju itu. Tergeleng-geleng kepalanya. Ini semua sebab Aleeya! Gadis itu yang menyuruhnya beli baju itu, katanya boleh menghidupkan rasa cinta sekaligus dapat menggoda Heriz.
Gila ke apa gadis itu?
Tapi...
Seketika Raysa mengeluh perlahan. Mungkin betul apa yang dikatakan Aleeya kerana dia sendiri sudah membuat research cara-cara untuk memikat hati suami. Iya, dia buat kerja tu! Raysa Amanda buat! Argh, ingin sahaja dia menjerit! This is so not you, Raysa Amanda!
But... dia sudah tiada pilihan lain. Dia tetap harus membuat Heriz jatuh cinta dengannya walau apa pun jadi. Wanita mana sahaja ingin melihat rumahtangganya hancur sebelum sempat mempertahankan? Sekurang-kurangnya dia cuba kan?
Baju tidur satin bertali halus dicapainya semula. Matanya meliar melihat segenap sudut baju itu.
'Ini kalau aku pakai ini, bukan Heriz je terkejut, dengan aku sekali terkejut.' Ujar Raysa dalam hati.
'Umi, tolong Raysa...' dia ingin meraung sekarang. Dia sudah buntu. Perlukah dia buat apa yang dia sedang fikir sekarang ni? Tak buang tebiat sangatkah?
Tak kot?
'Alah Manda, bukan kau nak goda lelaki lain pun, suami kau juga. Suami kau yang sah. Kau nak takut apa?' Seketika dia berbicara sendiri.
"Yes, kau kena cuba, Manda! This is for your marriage!" Tangan digenggam dan diangkat separas bahu menunjukkan semangatnya lantas melangkah ke bilik air mmebersihkan diri kerana selepas ini dia ada misi yang perlu dijalankan.
Misi apa?
Adalah! Sibuk je nak tahu. Kalau nak tahu kena kahwin dulu!
Erk?
•••
Klik!
Pintu bilik dibuka perlahan sebelum dengan langkah longlai dia melangkah ke katil. Tubuh dihempas ke atas katil untuk melepaskan lelah. Penat layan tetamu! Tiba-tiba matanya meliar melihat sekeliling mencari seseorang.
'Dalam tandas kot.' Dia mengangkat kedua-dua bahunya sebelum melangkah ke almari untuk mengambil tuala. Kot hitam dibuka perlahan. Kemeja putih dibuka butangnga sehingga habis. Maka, terserlah lah tubuh badannya yang kekar.
Baru sahaja dia ingin membuka tali pinggang, pintu bilik air dibuka dari dalam. Dia memalingkan wajah sebelum matanya membulat, mulut hampir ternganga.
Raysa perlahan-lahan keluar dari bilik air dengan langkah yang perlahan. Dia langsung tidak terkesan dengan pandangan Heriz, dia lajukan langkah ke meja solek. Walaupun luarannya nampak tiada apa, dalaman hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya hati dia tika ini.
'Ini kerja paling gila kau pernah buat, Manda.' Sempat dia berbicara sendiri.
Apabila dia sampai di hadapan cermin solek, matanya terkedu melihat penampilannya yang hanya memakai baju tidur kain satin berwarna pink lembut dengan lengan yang bertali halus. Air liur diteguk payah. Perlahan-lahan rambut yang diikatnya itu dilepas dan disikat lembut.
Mata Heriz tajam memandang Raysa. Dari atas sehingga ke bawah dia menilik tubuh gadis itu.
'Buang tebiat ke dia ni?'
Apabila dia melihat Heriz seperti tidak memberi apa-apa reaksi, mahu saja dia hantukkan kepala di dinding.
'Macam tak menjadi je plan ni. Sempat ke nak undur diri eh?' Tiba-tiba tubuhnya berpeluh menahan debar. Tangan menggigil kecil.
Perlahan-lahan nafas ditarik dan dihembus perlahan.
'Relax, Manda. I know you can do it.' Dengan kekuatan yang tersisa, dia memusingkan tubuh menghadap Heriz. Dengan gaya yang menggoda, dia melangkah menghampiri lelaki itu.
"Awak nak mandi ke? Meh saya bukakan baju."
Belum sempat tangannya ingin menyentuh kolar baju Heriz, lelaki itu menahan tangannya.
"What do you think you are doing, Raysa Amanda?" Keras sahaja nada Heriz. Wajahnya langsung tidak terpancar sebarang senyuman.
Raysa menelan liur kesat.
"What? Saya tak buat apa pun. Saya nak tolong suami saya buka baju, salah ke?" Riak wajah selamba ditayang. Lakonan masih dijalankan walaupun Raysa rasa hendak lari tika ini.
"Pergi tukar baju. Aku tak suka tengok kau pakai macam ni." Tegas nada Heriz. Tangan Raysa dilepas kasar.
"No! Saya tak nak tukar. Kenapa? Awak tergoda ke?" Senyum menggoda ditayang Raysa. Tangannya ligat bermain dengan kolar baju Heriz.
"Raysa..." dingin Heriz memanggil nama gadis itu.
"Mengaku je lah Heriz, awak tergoda kan?"
Heriz berdecit sinis. Tangan Raysa yang berada di kolar bajunya ditepis kasar.
"Aku tergoda dengan kau? Tengok kau pun aku tak berselera lah, Raysa. So please, jangan desperate sangat nak attention lelaki." Heriz sudah mula memainkan peranan, terus menyakiti Raysa Amanda.
Raysa kelihatan terkedu. Bibir diketap perlahan menahan tangis.
'Sabar, Raysa. Jangan kalah lagi.' Pujuknya dalam hati.
"Habistu, awak berselera tengok siapa?"
Heriz hanya diam.
"Aleeya?" Sinis Raysa menyoal. Wajah Heriz sudah berubah.
Raysa mengangguk perlahan kepalanya, mengerti maksud dari kelakuan Heriz.
"Suami sendiri terliur tengok perempuan lain berbanding isteri sendiri. Saya faham sekarang, Heriz."
Mata mereka memanah sesama sendiri. Heriz dengan api kemarahannya, Raysa dengan kekecewaannya. Namun apakan daya, kecewalah sebanyak manapun, mustahil untuk dia berhenti cintakan lelaki itu.
'You push her away when she didn't want to be away from you. That's what broke her heart.'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...