Part 18

12.8K 618 18
                                    

Enjin motor dimatikan sebaik sahaja dia sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Enjin motor dimatikan sebaik sahaja dia sampai. Kaki laju melangkah masuk ke dalam airport. Mata melilau mencari figura yang ditunggu-tunggu.

Hampir dua minit kakinya berjalan, seketika langkahnya terhenti apabila figura yang dicari berada di hadapan matanya. Senyum makin melebar di bibir.

Gerangan itu terlihat baru keluar dari balai ketibaan dengan uniform pilot tersarung di tubuh tegap itu. Segak!

"Heriz!" Laungnya kuat sambil kaki laju menghampiri figura itu.

Heriz berpaling wajah melihat gerangan yang memanggilnya. Keningnya berkerut seketika sebelum wajah dingin ditayang. Jika tadi wajahnya hanya beriak biasa, tetapi kini berubah menjadi dingin.

"Hai Heriz!" Sapa Raysa mesra. Senyumannya tak lekang dari bibir.

Lelaki itu hanya memandang Raysa sekilas sebelum melangkah melepasi gadis itu. Hampir ternganga Raysa melihat perubahan Heriz. Dia tak nampak aku ke?

"Heriz!" Laju Raysa menghalang langkah Heriz yang semakin menjauh. Lengan lelaki itu dipegang kejap. Heriz menghentikan langkahnya lantas memandang tajam ke arah Raysa.

"Get your hands off me." Keras nada Heriz.

Raysa tergamam seketika sebelum perlahan-lahan melepaskan tangan lelaki itu.

"He... Heriz... kenapa?" Lambat-lambat Raysa menyoal.

Heriz berdecit sinis.

"Ada apa kau datang sini?" Soal Heriz dengan nada malas.

"Aku datang nak jumpa kau lah. Aku call kau, kau tak jawab. Kau busy ya?" Balas Raysa dengan nada lembut.

"Kalau aku tak jawab call tu, tak payahlah terhegeh-hegeh nak call lagi! Kau ingat aku tak ada kerja ke nak jawab call kau je?!" Suara Heriz naik seoktaf membuatkan bahu Raysa terhinggut terkejut.

Raysa terkelu. Air liur ditelan kesat. Lelaki itu tak pernah menengkingnya sebegitu kecuali waktu pertama kali mereka bertemu ketika mereka masih belum mengenali sesama sendiri.

"Heriz, kenapa ni? Aku ada buat salah ke?"

"Buat-buat bodoh pula perempuan ni. Dahlah, aku malas nak layan kau. Blah!" Baru selangkah kakinya melangkah, Raysa menahannya kembali.

"Hei, perempuan! Kau jangan nak malukan aku dekat sini eh? Kalau aku suruh pergi, pergilah! Dengan pakaian kau macam ni, datang jumpa aku, eiii aku malu lah!" Keras nada Heriz, suaranya tertahan agar tidak didengari orang sekeliling.

Raysa terkedu dengan kenyataan Heriz. Air mata yang bertakung, sebaik mungkin cuba ditahan. Kata-kata lelaki itu seumpama melodi yang sentiasa berirama dalam fikirannya tika ini.

"Ini bukan kau, Heriz. Heriz yang aku kenal tak macam ni." Kepala Raysa sudah tergeleng laju.

Heriz berdecit sinis lagi. "Habistu, macam mana Heriz yang kau kenal? Yang sentiasa caring tentang kau? Baik dengan kau?" Bibirnya terjungkit sebelah.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now