"Raysa!"
Tiada yang menyahut.
"Ooo Raysa!" Panggilnya lagi.
"Iya, apa?! Aku kat belakang ni!" Kuat suara Raysa menyahut.
Senyum terus terlakar di bibir Heriz sebelum melangkah ke belakang, keberadaan Raysa.
"Aku ada beli nasi ayam. Jom makan nak?" Heriz mengangkat sedikit tinggi dua bungkus nasi ayam ke arah Raysa. Raysa yang sedang memeriksa enjin kereta terus berpaling wajah memandang Heriz.
"Nasi ayam?"
"Iya! Jom lah makan." Pelawa Heriz sopan. Langkah kaki dibawa ke sebuah meja yang terdapat di situ.
"Jap." Kaki sudah melangkah menghampiri meja yang diduduki Heriz.
"Rajin kau bawak nasi ayam untuk aku." Raysa bersuara.
"Saja nak makan dengan kau." Lelaki itu menghulur satu bungkusan nasi ayam ke arah Raysa.
Raysa hanya senyum mencapainya. Tidak dinafikan, sejak kejadian mereka 'official' berkawan, Heriz kerap datang berjumpanya. Jika tidak, lelaki itu akan memberitahunya yang dia ada flight pada hari itu. Raysa faham saja kerja lelaki itu memandangkan dia pernah lihat Heriz dengan uniformnya.
"Lama ke kau cuti kali ni?"
"2 minggu. Lepastu aku kena fly ke Turkey 2 minggu." Perlahan Heriz menjawab. Raysa hanya mengangguk faham.
"Sorry, Raysa." Ha ni satu lagi. Lelaki itu tetap mahu memanggilnya Raysa juga kerana bagi dia pula, Manda tu dah selalu orang guna untuk gadis itu. Raysa hanya melayan saja!
"Kenapa?" Kening Raysa berkerut pelik.
"Sebab aku kena fly lagi nanti." Nada serba salah kedengaran di corong telinga Raysa.
Raysa sudah ketawa kecil.
"Pasal tu je? Aku okay lah. Yang penting, balik tu kau bawak aku souvenirs."
"Mesti lah." Heriz ikut ketawa kecil.
"Heriz."
Lelaki itu hanya gumam perlahan.
"Kau... memang tak nak kahwin ke?" Soal Raysa lambat-lambat. Takut mengecilkan hati lelaki itu. Dia baru tahu lelaki itu sudah menginjak umur 32 tahun. Beza 10 tahun dengannya.
"Kahwin? Untuk apa?" Lelaki itu mengerut kening.
"Ish, kau tak nak ada isteri ke? Anak? Keluarga bahagia?"
"Kau fikir mudah ke nak cari?" Soal Heriz dengan suara kendur.
"Semua tu leceh lah, Raysa." Sambungnya lagi.
"Tak leceh pun. Kau je yang malas mencari." Bidas Raysa. Cari pun belum dah cakap leceh.
"Susah sangat aku kahwin dengan kau je lah!" Ujar Heriz selamba. Ketawa kecil terletus di bibirnya.
Hati Raysa berdegup kencang mendengar bicara Heriz. Lelaki itu tidak serius kan? Matanya tidak berkelip memandang Heriz.
"Eh, aku gurau je lah! Ish kau ni macam tak boleh bergurau." Tawanya masih kedengaran.
Terletus keluhan lega dari bibir Raysa. Tapi mengapa jauh dalam sudut hatinya mengharapkan benda itu terjadi? Ah pedulikan semua tu!
"Aku tak fikir lagi lah pasal tu. Lagipun life aku sekarang happy apa. Ada family aku, ada kerjaya, ada duit... dan yang paling penting, ada kau." Senyumnya diukir mesra untuk Raysa. Raysa sudah terkelu seketika.
"Aku sanggup hilang girlfriend tau dari hilang kau. Kau kawan aku dunia akhirat, Raysa. Sampai mati." Sambung Heriz.
Raysa berdecit sinis. "Iya lah tu. Tengok-tengok nanti aku yang kau lupakan bila dah ada isteri."
"Ish mana ada! Mestilah aku tak lupakan kau! Kau kawan aku sampai bila-bila, tak semudah tu untuk aku lupakan kau!" Bersungguh-sungguh Heriz meyakinkan Raysa. Gadis itu sudah tersenyum kecil.
"Raysa, kau nak rasa aku punya?" Heriz sudah menunjuk ke arah nasinya.
"Apa bezanya?" Raysa sudah menggaru kepala perlahan.
"Aku punya ayam bbq. Kau punya yang biasa. Aku takut kau tak makan je yang bbq punya sebab tu aku tak beli." Ujar Heriz.
"Nak rasa!" Laju Raysa bersuara.
Heriz tersenyum sebelum menyuap sudu yang berisi nasi dan ayam bbq ke dalam mulut Raysa. Bawah sudu ditadah tangannya, takut tumpah.
"Sedap?" Soal Heriz tak sabar.
"Sedap! Nak lagi Heriz!" Jawab Raysa teruja.
Heriz sudah mengangguk perlahan. Sudu yang sepatutnya disuap ke mulut Raysa, dimasukkan ke dalam mulutnya. Sengaja mahu mengusik gadis itu.
"Heriz!" Raysa sudah menghentak meja kuat. Terletus tawa kuat Heriz.
"Okay, ni betul-betul." Sudu disua ke arah mulut Raysa. Raysa sudah menjegil matanya memberi amaran, nasi sudah selamat berada dalam mulutnya.
"Raysa..."
Raysa menggumam perlahan.
"Kalau aku ada isteri pun satu hari nanti, dan tak ada lelaki yang boleh jaga kau, tak apa. Aku boleh jaga kau. Kau jangan risau, aku selalu ada sebagai kawan baik kau." Ikhlas Heriz berbicara. Senyum diukir nipis.
Lidah Raysa seolah-olah terkelu. Kunyahannya pun terhenti seketika. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa supaya hubungan persahabatan mereka akan kekal sampai bila-bila.
'Thank you for reminding me what butterflies feel like.'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...