"Awak kawan Raysa?" Soal Fakhrul sementara mereka berada di taman di hospital. Tidak tahu hendak ke mana, di sinilah destinasi mereka.
Aleeya hanya mengangguk. Mulut hanya diam membisu.
"Saya Fakhrul, kawan Heriz."
"Tak tanya pun."
Fakhrul mengerut kening ke arah Aleeya.
'Dinginnya perempuan ni.' Ujarnya sekadar dalam hati.
"Awak Aleeya kan?"
Terhenti terus langkah Aleeya. Matanya tajam merenung Fakhrul.
"What?" Tak senang dia menyedari dirinya ditenung bagai nak tembus. Seriau!
"Mana awak tahu nama saya Aleeya? Awak stalker ke?" Serkap Aleeya.
"Eh mana ada! Tak lah! Saya tahu dari Heriz." Kelam kabut dia menafikannya. Lambat lagilah nak jadi stalker.
"Ya ke?" Matanya dicerlung ke arah Fakhrul.
"Iya, betul! Heriz kan sukakan awak. Jadi dia beritahu saya, dia sukakan kawan baik Raysa. Saya assume awak lah kawan baik Raysa. Kan?"
Aleeya diam seketika sebelum mengangguk perlahan. Terus matanya dihala ke hadapan semula. Langkah kaki diteruskan.
Tiba-tiba Aleeya mengeluh berat.
"Kenapa mengeluh?" Soal Fakhrul.
"Cinta."
Fakhrul mengerut kening.
"Sungguh dahsyat kuasa cinta sehingga boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan."
"Contohnya seperti Heriz. Dia sanggup berdendam, sanggup seksa orang yang tak bersalah, dan sanggup menjadi pembunuh hanya kerana cinta."
Fakhrul mengangguk perlahan.
"Raysa pula, sanggup menggadaikan seluruh hidupnya, sanggup berkorban untuk bersama dengan lelaki yang dia cinta walaupun dia tahu cintanya takkan diterima dengan baik. Tapi disebabkan kuasa cinta yang terlalu kukuh, membuatkan dia terus kuat bertahan." Panjang lebar Aleeya berbicara.
"Cinta boleh jadi indah, dan cinta juga boleh jadi derita." Ujar Fakhrul pula.
Aleeya berdecit kecil. "Scary, right?"
"Nope. Ia takkan menakutkan jika kita jumpa seseorang yang tepat. Seseorang yang tepat takkan sakitkan hati kita malah menghargai kita seolah-olah kita harta termahalnya." Balas Fakhrul.
"Tapi, untuk jumpa seseorang yang tepat itu, perlu melalui beberapa fasa yang dinamakan trauma."
Fakhrul hanya mengangguk kepala perlahan.
"Saya kenal Heriz dah lama. Dari zaman universiti lagi. Dia seorang lelaki yang baik. Walaupun perwatakannya kasar dan dingin, tapi dia sangat menghormati perempuan. Tak pernah sekalipun dia berkasar dengan perempuan. Tapi..."
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...