"Selamat pagi, Heriz." Seperti biasa dia akan menyapa lelaki itu sebaik sahaja nampak figura Heriz. Heriz hanya menggumam perlahan. Matanya sibuk menilik tubuh Raysa.
"Kau nak pergi mana ni?" Pelik dia melihat pakaian wanita itu. Seperti bukan duduk rumah sahaja.
"Bengkel. Saya dah cuti lama. Tak tahu jadi apa dah kat bengkel tu. Boleh kan saya pergi?" Lembut nada Raysa, pakej senyum lagi.
"Siapa benarkan kau pergi?"
Terus kendur wajah Raysa. Senyumnya juga sudah mula pudar.
"Aku dah tak nak kau pergi bengkel lagi." Tegas Heriz bersuara.
"Tapi kenapa?"
"Sebab aku tak nak isteri aku kerja bengkel! Eh, aku mampu bagi nafkah lebih dari hasil yang kau dapat kat bengkel tu lah! Yang kau susah-susah nak kerja kenapa?!" Tengking Heriz.
"Tapi saya sayang bengkel tu, Heriz. Saya dah usahakan lama dah."
"Tahu pula kau dah usahakan lama, tapi aku tengok, macam tu je bengkel kau, tak ada perubahan pun? Kata dah lama kan? Aku tak nampak apa-apa kemajuan atau penambahbaikan pun!" Bidas Heriz.
"Heriz..."
"Lebih baik kau dengar cakap aku, Raysa. Kalau kau masih anggap aku suami kau, kau ikut arahan aku. Tapi kalau kau masih berkeras nak juga pergi bengkel tu, aku tak izinkan."
Raysa mengetap bibir.
"Kau tahu kan keluar tanpa kebenaran suami tu berdosa?"
Senyum sinis ditayang kepada Raysa."Duit dari hasil kau usahakan bengkel tu pun takkan berkat tanpa restu suami."
"Jadi, kau fikir masak-masak."
"Kalau saya tak kerja, saya nak buat apa?" Raysa masih ingin mempertahankan kehendaknya.
"Duduk rumah, jadi suri rumah! Jaga makan pakai aku, jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Itu yang kau perlu buat sekarang."
"Aku tak nak isteri aku bekerja. Kau kena faham tu, Raysa."
Raysa hanya diam. Bening matanya sudah mula berair.
Heriz mendekatkan dirinya dengan wanita itu.
"Inilah padahnya berkahwin dengan aku. Kau nak sangat kan jadi isteri aku? So kau kena ikut apa yang aku cakap."
"Barulah boleh jadi isteri solehah." Tangannya mengusap pipi Raysa. Wajahnya masih ditayang sinis.
Raysa hanya diam kaku.
•••
Lamunannya tentang kejadian pagi tadi terhenti apabila telefon pintarnya berdering minta diangkat. Terus lebar senyumannya melihat gerangan menelefon.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...