Part 15

13K 660 7
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

Sebaik sahaja pintu dibuka, senyumannya makin melebar.

"Hai Raysa!" Sapa Heriz teruja.

Gadis itu senyum tipis sebelum membalas. "Hai."

"Kau... okay ke? Mata kau nampak sembab." Perlahan Heriz bersuara. Daripada tadi hanya mata gadis itu menjadi tumpuannya. Agaknya kenapa ya mata gadis itu...

"Eh, okay! Okay je! Tak ada, mata ni semalam... aku tengok drama Korea... cerita tu sad ending, tu yang menangis melalak macam orang tak betul aku semalam." Tawa kecilnya terletus di bibir. Kelihatan hambar.

"Sejak bila kau tengok drama Korea?" Kening Heriz berkerut. Setahunya gadis ini tidak sukakan drama-drama seperti itu...

"Se... sejak... semalam! Ha sejak semalam aku suka." Tersengih Raysa di hadapan Heriz. Sebegitu mudah dia menipu seolah perasaannya langsung tidak penting. Itulah dia, Raysa Amanda.

"Okaylah kalau macam tu. Ni... mana Aleeya?" Matanya meliar mencari kelibat gadis idamannya itu.

"Oh, ada! Tengah bersiap dalam bilik. Jap, aku panggil." Kakinya melangkah perlahan ke bilik Aleeya, meninggalkan Heriz sendirian di luar rumah. Iya, hari ini mereka akan keluar date seperti yang Heriz mahukan dan permintaan Raysa sendiri.

Baru selangkah kakinya melangkah ke dalam bilik Aleeya yang tidak ditutup pintu, kakinya terhenti. Mata Raysa tidak lepas dari memandang sekujur tubuh yang ayu dengan dress labuh berwarna hitam. Gadis itu terlihat sedang mengemaskan lipatan tudung bawalnya.

Tanpa disedari, ada hati yang dihambat perasaan cemburu dan sakit.

'Patutlah Heriz sukakan kau, Leeya. Kau manis sangat bertudung, lemah lembut pula tu. Tak macam aku...'

'Kasar.'

Sungguh perit ayat yang diungkap sehingga hanya mampu diungkap dalam hati sahaja. Air mata yang bertakung dibiar mengalir seketika sebelum diseka kasar. Bibir diukir senyum lebar menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Namun, hanya Tuhan sahaja tahu apa yang dialaminya disebalik sepasang senyumannya itu.

"Eh, Raysa! Buat apa kat situ?" Tegur Aleeya lembut, matanya membulat seketika melihat kelibat Raysa yang hanya berdiri di pintu.

"Tak ada, aku nak beritahu kau, Heriz dah sampai dan tengah tunggu kau kat bawah." Perlahan Raysa membalas. Raut wajah sebaik mungkin ditayang biasa.

"Oh. Okay." Tangannya perlahan mencapai beg tangan sebelum melangkah ke arah Raysa.

"Raysa..."

Gadis itu hanya memandang Aleeya dengan senyum nipis sahaja, menanti bicara seterusnya.

"Aku buat semua ni sebab kau tau, Raysa. Aku setuju nak keluar dengan dia sebab permintaan kau je. Kalau aku tak fikirkan kau, aku takkan buat perkara bodoh ni." Walaupun ditutur dalam nada yang biasa, Raysa tahu gadis itu mahu menunjukkan protesnya. Dalam hatinya, dia bersyukur Aleeya setuju dengan permintaannya.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now