Part 20

15.6K 652 22
                                    

"Hai Heriz!" Sapa Raysa ceria sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Heriz!" Sapa Raysa ceria sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Teruja bukan main dia apabila mendapat mesej dari lelaki itu bahawa Heriz hendak berjumpa dengannya waktu lunch harini.

Heriz hanya diam membisu. Mata tidak lepas merenung Raysa tajam. Tangan disilang ke dada.

Melihatkan renungan Heriz yang bagai mahu tembus, Raysa bersuara.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Ada hal penting ke?" Soal Raysa lembut. Senyum diukir tipis buat lelaki itu.

Heriz melepaskan keluhan berat.

"Berhenti menaruh hati pada aku, Raysa."

Seketika hati Raysa seperti dihempap batu yang berat mendengar sebaris ayat itu. Kedengaran kasar sekali.

"Kau jangan ingat aku tak tahu tentang perasaan bodoh kau tu! Eh, please lah Raysa, cermin muka kau tu dulu, layak ke perempuan macam kau suka pada lelaki macam aku!" Sungguh asyik Heriz menghina Raysa. Jari telunjuk sudah dituju ke arah gadis itu.

Raysa hanya diam. Sebetulnya dia terkelu. Tidak mampu berkata-kata sekarang ni.

"Kau tengok lah diri kau sendiri, dengan comotnya, kasar lagi! Eiii dah tak serupa perempuan lah!"

Hati Raysa berombak ganas mendengar hinaan Heriz. Tetapi dia tidak mampu untuk bersuara. Hanya air mata yang menjadi saksi kesakitannya.

"Jadi, please... berhenti berharap pada aku." Walaupun suaranya tak sekuat tadi, tetapi nada dingin masih kekal. Tiada lagi suara yang suka mengusik Raysa satu ketika dahulu.

"Lagi satu... kau desperate sangat ke nak dekat aku sampai kau suruh Aleeya satukan kita? Huh?"

Kening Raysa sudah berkerut seribu. Satukan? Apa maksud lelaki ni?

Raysa menggeleng kepalanya perlahan. "Apa kau cakap ni? Satukan apa?"

"Kau tak payah nak tayang muka innocent kau ni depan aku lah! Aku tahu, kau yang suruh Aleeya reject aku supaya kau boleh kahwin dengan aku kan?!" Kuat suara Heriz menengking. Nasib baik dia memilih meja makan yang agak tersorok dari orang ramai.

Raysa sudah menggeleng kepala laju. Air mata yang mengalir deras sudah tidak dihiraukan lagi.

"Sumpah, Heriz! Aku tak suruh Aleeya buat macam tu pun! Sumpah!" Sehabis baik dia cuba menerangkan perkara sebenar.

Heriz hanya menggeleng kepala perlahan dengan senyum sinisnya. Sejak dia mula membenci gadis itu, tiada lagi senyuman ikhlas buat Raysa.

"Licik permainan kau, Raysa."

"Heriz..."

"Baik! Aku akan kahwin dengan kau seperti yang Aleeya mahukan." Laju Heriz memintas kata-kata Raysa.

Raysa menelan liur kesat. Dia tahu ini adalah petanda tak baik. Keputusan Heriz sebentar tadi langsung tidak menyenangkan hatinya.

"Tapi jangan harap aku akan layan kau seperti isteri aku."

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now