Special Part 3

19.6K 405 81
                                    

Tangan membuka pintu sebelum matanya menangkap kegelapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan membuka pintu sebelum matanya menangkap kegelapan. Tiada langsung cahaya yang menerangi bilik itu. Terlihat sepi, suram, dan sayu. Pantas tangan membuka suis lampu. Terpampang jelas tubuh seseorang yang duduk di atas katil dengan kaki yang merapat ke dada. Figura itu menundukkan wajah.

"Heriz..." langkah kaki mendekati tubuh Heriz di atas katil. Punggung dihenyak di birai katil.

Lambat-lambat Heriz angkat wajah. Terbuntang mata Fakhrul melihat keadaan sahabatnya. Mata Heriz nampak sembap. Bibir bengkak berdarah akibat terlalu kuat digigit. Wajah lencun dengan air mata.

"Heriz, kenapa ni?" Salahnya juga sebab sudah seminggu dia tak datang melawat Heriz selepas kejadian di mahkamah disebabkan hal kerja yang tak dapat dielakkan. Tak disangka keadaan Heriz semakin lama semakin teruk. Fikirnya lelaki itu sudah menerima takdir tapi sangkaannya meleset.

"Rul... Raysa ada datang tak?" Soal Heriz dengan bahu yang terhinggut-hinggut menangis.

Fakhrul mengeluh.

"Heriz, kau dah lupa ke kau dah ceraikan Raysa? Raysa bukan isteri kau lagi." Ujar Fakhrul lembut. Dia tahu dia perlu bersabar tika bercakap dengam Heriz memandangkan keadaan sahabatnya tak berapa baik.

"Tak! Aku tak pernah ceraikan dia!" Tangan Fakhrul di bahunya ditepis kasar.

Fakhrul terkedu dengan tindakan Heriz.

"Aku tak pernah ceraikan dia! Dia yang nak berpisah! Aku tak nak! Aku sayang dia! Aku sayang dia!" Jerit Heriz penuh kesakitan.

"Heriz, kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kena banyak bersabar." Fakhrul masih cuba beri Heriz semangat.

"Tak! Aku nak Raysa! Kau tak faham bahasa ke?! Aku nak dia!" Tengking Heriz kuat. Emosinya semakin tak dapat dikawal.

"Kau keluar! Keluar sekarang! Aku cakap keluar!" Tubuh Fakhrul ditolak kasar membuatkan Fakhrul terpaksa bangun dari katil dan menjauh.

"Keluar!" Jerit Heriz dengan tangan yang meraup wajah.

Teragak-agak Fakhrul menapak ke pintu. Sempat dia menoleh ke arah sahabatnya yang masih meracau.

"Raysa, abang sayangkan Raysa... Raysa datanglah balik... abang rindu..." rintih Heriz sendiri. Fakhrul yang mendengar terus dipagut pilu. Tak sanggup dia melihat keadaan Heriz tika ini. Seperti orang yang tak boleh menerima takdir.

•••

Tubuh yang melangkah masuk ke rumah menyentaknya dari lamunan. Memang dia biar pintu itu terbuka.

"Haireez..."

"Kenapa dengan Heriz?" Fakhrul terus diajukan soalan. Dia tak peduli apa dah melainkan abangnya. Hanya Tuhan tahu betapa risaunya dia apabila Fakhrul menghubunginya dan memberitahu keadaan Heriz. Padahal empat hari lepas dia ada datang menjenguk abangnya, memang waktu itu Heriz nampak lain. Banyak menyepi. Terkadang cakap sorang-sorang. Bagaimana dia boleh ralat tentang tu?

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now