Part 59

28.4K 777 38
                                    

"Raysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raysa..."

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

Tiada sahutan.

"Sayang..." sudah hampir dua hari Raysa mengurungkan diri di dalam bilik yang berada di dapur, bilik lamanya. Dan dia di sini masih cuba untuk memujuk wanita itu untuk keluar. Dia tahu Raysa belum makan lagi. Dia risau dengan wanita itu memandangkan Raysa baru sahaja habis pantang.

"Sayang..." dipulas tombol pintu. Tidak berkunci. Dengan dulang berisi nasi di tangan kirinya, dia membuka pintu menggunakan tangan kanan.

Terus matanya menangkap tubuh kecil itu duduk di birai katil menghadap tingkap bilik. Hanya kaku di situ tidak bergerak.

Dia melangkah perlahan ke arah Raysa.

"Sayang, abang ada bawa nasi. Kita makan ya?" Dulang nasi diletak di atas meja sisi katil. Kerusia yang berada di meja solek diambil lalu diletakkan di hadapan Raysa. Dia menghenyakkan punggung di situ.

"Sayang... jom makan."

Raysa hanya diam kaku. Namum mata tajam merenung Heriz.

"Abang suap ya?" Baru sahaja dia hendak mengambil pinggan yang diletak di meja sisi katil, suara Raysa kedengaran.

"Sebelum ni, saya makan ke, saya tak makan ke, awak tak peduli pun. Saya hampir mati kebuluran pun, awak buat tak tahu."

"Kenapa sekarang baru nak ambil berat?" Soal Raysa perlahan. Tiada sinis dalam nadanya. Hanya mendatar sahaja.

"Sayang, sayang kan isteri abang-"

"Sebelum ni pun saya isteri awak, Heriz." Raysa memintas kata-kata lelaki itu.

"Tapi awak anggap saya apa?"

"Pelacur peribadi awak." Sambung Raysa. Heriz hanya diam tidak membalas apa-apa.

Tiba-tiba Raysa berdecit sinis.

"Patutlah awak baik semacam dengan saya. Layan saya macam seorang isteri, ikut sahaja kehendak saya... sebab awak simpati dekat saya kan?"

Heriz mengerut kening.

"Iya lah, saya dah tak ada apa-apa. Nothing."

"Saya dah tak boleh bagi awak zuriat. Saya tak mampu..." seketika air matanya mengalir lagi. Daripada semalam lagi air matanya tidak kering, sentiasa mengalir tanpa dapat ditahan.

"Sayang..."

"Malang nasib awak, Heriz. Sebab dapat isteri macam saya. Dahlah dipaksa kahwin dengan saya, lepastu saya tak dapat beri awak zuriat pula." Terbit ketawa sinis di hujung ayatnya sebelum wajahnya kembali muram. Bibir diketap perlahan menahan tangisan.

"Heriz..."

Lelaki itu memandang wajah Raysa.

"Apa lebihnya Aleeya dan apa kurangnya saya sehingga macam-macam ujian saya perlu hadap untuk dapatkan awak? Kenapa terlalu besar cinta awak pada dia sehingga tiada langsung yang tinggal untuk saya?" Dia memandang pilu wajah Heriz. Sesekali keningnya berkerut.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now