Part 8

13K 683 8
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

"Assalammualaikum! Raysa! Ooo Raysa!" Tangan mengetuk lagi sekali pintu rumah. Melihatkan pagar rumah tidak berkunci, dia terus melangkah masuk ke halaman rumah gadis itu.

"Raysa!" Panggilnya lagi. Kali ini lebih kuat. Hati sudah berubah risau kerana tadi dia ke bengkel gadis itu tetapi assistantnya kata Raysa sudah 2 hari tidak ke sana. Ke mana pula gadis itu pergi?

"Kau ada kat dalam ke?! Buka lah! Aku Heriz!" Bicaranya lagi, kuat.

Belum sempat tangannya mahu mengetuk lagi sekali pintu rumah, pintu itu sudah terbuka dari dalam. Terus lebar senyuman di wajahnya.

"Raysa!" Teruja dia melihat wajah gadis itu sebelum mukanya berubah risau.

"Eh kau kenapa? Okay tak ni?" Soal Heriz risau lihat wajah gadis itu yang pucat lesi seperti tidak berdarah.

"A-aku... aku tak... sihat sikit, He-Heriz." Jawab Raysa perlahan dan gagap. Dia sudah kekurangan tenaga sekarang.

"Tak sihat? Lepastu tak beritahu aku pun! Ish kau ni! Jom pergi klinik!" Tangan Raysa sudah dicapainya sebelum gadis itu merentap tangannya kembali. Perlahan.

"Tak nak." Perlahan Raysa menolak.

"Eh, panasnya badan kau ni!" Terkejut betul dia ketika memegang tangan gadis itu, panas.

"Jom lah pergi klinik!" Lagi sekali Heriz cuma memujuk.

"Tak... na-" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, tubuhnya seakan-akan melayang ke udara.

"Heriz!" Jerit Raysa perlahan. Tangan sudah menolak dada lelaki itu.

"Jangan degil, Raysa! Kau kena pergi klinik!" Laju dia melangkah ke arah kereta sebelum meletakkan Raysa perlahan-lahan di tempat duduk hadapan.

"Kau kena sihat. Kau tak boleh tinggalkan aku. Faham?" Lembut Heriz berbicara. Mata helangnya memanah mata lesu Raysa. Terukir senyum tipis di bibir gadis itu. Sweet pula pak cik tua ni!

Tali pinggang dipasang di tubuh Raysa sebelum dia bergerak ke tempat duduknya.

•••

"Encik Heriz jangan risau. Puan Raysa hanya demam, mungkin terlalu banyak kerja dan stres. Jadi, Puan Raysa perlu diberi rehat yang secukupnya supaya cepat kebah." Ujar doktor lelaki yang bernama Kamarul itu.

Mata Raysa sudah naik hairan mendengar bicara Doktor Kamarul. Dia bukan hairan apa, sejak bila dia berkahwin ni?

Puan?

"Jangan galakkan isteri encik buat kerja berat-berat atau stres buat masa ni ya? Kalau tak, ia akan menjejaskan kesihatan Puan Raysa." Sambung Doktor Kamarul lagi.

Raysa sudah membulat mata. Sekarang dia faham kenapa. Sebaik mungkin kepala digeleng menafikan kenyataan doktor lelaki itu.

"Err... doktor. Kami bukan-"

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now