"Iya, awak. Kenapa panggil saya?" Terkocoh-kocoh gadis itu berlari dari tingkat 3 hingga turun ke bawah. Dah lah tadi dia angkat beg tarik lelaki tu sampai ke atas. Nak tercabut jantungnya, mengah!
"Sini kau!" Jerit Heriz kuat.
'Apa pula kali ni?' Bicaranya sekadar dalam hati.
Perlahan-lahan gadis itu memghampiri Heriz yang membelakanginya itu.
"Iya awak?"
Belum apa-apa lelaki itu sudah mencengkam rambut Raysa kuat. Medesis sakit wanita itu.
"K...kenapa... ni awak?" Tergagap-gagap dia menyoal disebabkan kesakitan di kepalanya. Terasa seperti dicarik-carik sahaja kulit kepala.
"Kau cakap apa kat Haireez?" Soal Heriz dengan nada keras. Sungguh amarahnya sudah di kemuncak kini.
"Ma... mana ada saya cakap... apa-apa..." balas Raysa dengan nada yang tertahan, sakit di kulit kepalanya jelas terasa.
"Oh, kau tak cakap apa-apa..." rambut Raysa dilepas kasar.
"Habistu..."
"Macam mana Haireez tahu aku pukul kau?!" Ditampar pipi kiri Raysa kuat sehingga terjatuh wanita itu di atas lantai.
"Bagitahu aku, macam mana dia tahu?!" Rahang Raysa pula dicengkam kuat sebelum pipi kanan Raysa pula mendapat habuannya. Terjerit wanita itu.
"Sa... sakit, Heriz..." rintih Raysa perlahan. Tepi bibirnya sudah mengalir darah pekat.
"Tahu pula kau sakit. Habistu, hati aku ni sakit kau tak fikir pula?!" Balas Heriz dengan dingin. Suaranya sudah naik beroktaf-oktaf.
"Sumpah, Heriz... saya tak cakap... apa-apa pun pada Haireez." Rintih Raysa di kaki Heriz. Tangisannya sudah mula pecah. Kesakitan di bibir dan kepalanya tidak dihiraukan.
"Saya minta maaf, Heriz. Saya betul-betul tak bagitahu dia." Dipegang kaki kanan Heriz sebelum Heriz menendang perut Raysa sehingga tubuh wanita itu terundur ke belakang.
"Kau tak payah nak bersumpah dengan aku! Aku benci kau, Raysa! Aku benci kau!" Kuat suara Heriz menengking Raysa. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah wanita itu sebelum leher Raysa dicekiknya kuat.
"Aku benci kau, Raysa! Kau patut mati!!!" Jeritnya kuat. Semakin kuat suaranya, semakik kuat cekikannya di leher Raysa.
"S... ssaakiiitttt.... Hee... Heriiiizzz..." tersekat-sekat suara wanita itu disebabkan pernafasannya yang sudah mula terbatas. Terlalu kuat Heriz mencekiknya sehinggakan nafasnya mula tak teratur.
"Aku benci kau, Raysa!!!!"
Tiba-tiba seperti ada pita rakaman bermain di mindanya...
"Kau takkan bencikan aku kan?"
"No, Raysa. There's no reason for me to hate you. Kau kawan baik aku, Raysa. I'm promise."
"Kau tak boleh tinggalkan aku. Faham?"
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...