Part 11

12.9K 670 58
                                    

"Heriz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Heriz..." panggil Raysa perlahan. Ketika ini, mereka sedang berjalan selepas penat berjoging sejauh 3 km. Peluh yang menitik di dahi, diseka kasar.

Heriz menggumam perlahan.

"Kalau kau ada girlfriend nanti kan, kau akan abaikan aku tak?" Soal Raysa perlahan. Matanya tunak memandang seraut wajah tampan Heriz. Tidak disangka, disebabkan insiden yang tidak dirancang, mereka menjadi serapat ini. Tanpa disedari, bibirnya terbentuk senyum tipis.

"Nope! Never!" Seyakin mungkin Heriz membalas. Kepala digeleng laju.

"Kenapa aku nak abaikan kau? Aku kenal kau dulu sebelum dia. Jadi, dia kena hormat kau sebab kau kawan baik aku. Cari gaduh dengan kau, cari masalah dengan kau, serupa dia cari padah dengan aku juga." Sambung Heriz dengan nada dingin. Tidak dapat dibayang jika perkara seperti itu benar berlaku. Dia takkan sesekali membiarkan gadis itu disakiti oleh sesiapa pun termasuklah girlfriend dia juga satu hari nanti.

"Betul?" Tanya Raysa lagi, untuk kepastian.

Heriz angguk laju.

"Kau takkan sakitkan hati aku kan? Kau takkan kecewakan aku dengan sikap kau kan? Kau takkan tinggalkan aku kan? Betul tak?" Soal Raysa bertalu-talu. Dia terlalu takut jika semua itu terjadi. Lelaki itu separuh dari hidupnya, mana mungkin dia dapat hidup jika lelaki itu menghilang.

"Iya, aku takkan sakitkan hati kau, kecewakan kau dan tinggalkan kau. Aku janji, Raysa." Matanya memandang mata Raysa, ikhlas. Senyum diukir manis.

"Kau takkan bencikan aku kan?" Soal Raysa lagi. Kali ini suaranya lebih kendur. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya sejak kebelakangan ini. Hatinya asyik tak sedap. Seolah-olah bakal terjadi sesuatu yang buruk.

"No, Raysa. There's no reasons for me to hate you. Kau kawan baik aku, Raysa. I promise." Tangan diangkat serupa ikrar.

"Kalau kau tipu?" Uji Raysa. Keningnya terjongket sebelah.

"Kau boleh pukul aku, tampar aku, atau buat lah apa kau nak. Aku rela." Ujar Heriz lembut.

Raysa hanya tersenyum manis sebelum mengangguk perlahan. Dia percayakan Heriz.

Lebih dari dia percayakan dirinya sendiri...

•••

"Nah, souvenirs dari Paris!" Sebungkus cenderamata diletak di atas meja di hadapan Raysa. Mata gadis itu sudah bersinar melihatnya.

"Wah, baik ah kau! Ini yang aku makin sayang ni!" Sengaja Raysa mengusik.

"Berani kau tak sayang aku. No souvenirs anymore." Mulut sudah dibuat muncung itik. Ingat comel ke pak cik?

Raysa ketawa kuat seperti tidak peduli dengan rajukan Heriz. Lelaki itu masih dengan muka tegangnya. Bukan nak pujuk, malah ketawa pula!

"Mesti lah aku sayang kau. Sangat-sangat tau!" Balas Raysa ikhlas dengan senyum manisnya. Mata tunak memanah mata helang lelaki itu.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now