"Don't cry..."
Dia memalingkan kepala memandang gerangan yang membuka mulut. Terus sahaja diseka perlahan air matanya.
"She's strong. Saya yakin dia akan sedar tak lama lagi." Bicaranya lagi.
Dia mengeluh berat. Tangannya kemudian menggenggam tangan yang kaku tidak bergerak di atas katil.
"Bangunlah, Raysa. Aku rindu kau." Bibir digigit perlahan menahan tangis.
Seketika keadaan menjadi sunyi...
Tiba-tiba dia terasa pergerakan jari. Dia terus melihat jari yang digenggamnya. Bergerak perlahan-lahan. Membulat matanya.
"Fakhrul..."
Fakhrul terus mengangkat wajah memandang Aleeya.
"Ray... Raysa..." matanya menghala ke arah gerakan jari di dalam genggamannya. Mata Fakhrul juga mengikut arah mata Aleeya sebelum dia membulatkan matanya.
"Raysa dah sedar!" Senyum lebar suara Aleeya.
"Alhamdulillah, jap saya panggil doktor."
Aleeya menganggukkan kepala. Terus bayang lelaki itu hilang dari pandangan.
"Raysa..." diusap perlahan ubun-ubun wanita itu. Raysa terlihat membuka mata perlahan-lahan sebelum ditutup kembali. Matanya terkelip-kelip seketika.
"Raysa..." terus lebar senyumannya melihat mata wanita itu menghala ke arahnya.
"Raysa, ni aku, Aleeya."
Raysa menggumam perlahan seperti ingin berbicara namun suaranya tidak kedengaran.
"Kejap ya, Fakhrul panggil doktor."
Raysa menutup kembali matanya.
•••
"Alhamdulillah Puan Raysa dah sedar, Puan Raysa juga sudah melepasi tahap kritikal dengan baik. Lepas ini, kami akan mengalihkan Puan Raysa ke bilik wad biasa, ya?"
Aleeya dan Fakhrul mengangguk kepala. Raysa hanya merenung doktor lelaki bernama Azim itu.
"Puan Raysa perlukan rehat yang secukupnya supaya kesihatan Puan Raysa tidak terjejas. Dan saya harap Puan Raysa tabah dengan ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui segala-galanya."
Seketika kening Raysa berkerut. Dia memandang Aleeya dan Fakhrul bersilih ganti.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu."
"Terima kasih, doktor." Ucap Fakhrul, mengikut jejak doktor itu keluar dari bilik yang menempatkan Raysa, hendak memberi privasi kepada Raysa dan Aleeya.
"Leeya..." panggilnya perlahan. Suaranya sedikit lemah memandangkan dia baru bangun dari lena yang panjang.
"Iya?"
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...