"Raysa..." pintu diketuk beberapa kali menanti tuan badan membuka pintu.
"Jap!" Laung gadis itu dari dalam. Derapan langkahnya kedengaran mendekati daun pintu sebelum dibukanya perlahan.
"Dah siap?" Dia terus memandang Raysa sebelum matanya berkelip-kelip, mulut terbuka sedikit.
"Leeya..." panggil Raysa.
Tiada sahutan.
"Leeya!"
"Ha apa?" Mulutnya ditutup kembali, fokusnya penuh ke arah Raysa.
"Aku rasa aku tak nak pergilah."
"Eh kenapa?"
"Aku... malu." Kepalanya ditunduk memandang lantai. Dia yang sudah siap dengan dress biru lembut dan rambut yang dibiar lepas kelihatan lebih manis. Betul ke ni Raysa?
"Eh kenapa pula? Mana boleh macam ni, Raysa. Kejap lagi Heriz sampai tau. Kau jangan buat hal!" Aleeya sudah melenting. Tangannya pula dicekak dipinggang.
Raysa mengeluh perlahan. "Aku tak confident lah pakai macam ni. Kau tahu kan aku pakai macam ni setahun sekali je, tu pun ikut mood." Raysa sudah membentak geram.
Aleey sudah melepaskan keluhan berat. "Raysa..."
"Kau tu dah nak jadi isteri orang tau. Penampilan kena jaga. Lagi satu, kau nak jumpa family dia, kau kena lah berpakaian sopan. Kalau kau tak kahwin dengan dia pun, bila kau nak kahwin dengan orang lain nanti, mestilah kau kena ubah cara pemakaian dan sikap kau."
"Tak salah nak jadi kasar, tapi kena ada kelembutan juga." Panjang lebar Aleeya menasihati Raysa.
"Trust me, kau cantik sangat hari ini. Mesti Heriz akan terpikat nanti!" Teruja Aleeya.
Raysa hanya diam tidak membalas. Biarlah dia sahaja tahu apa yang jadi antara mereka berdua.
"Dah, jom turun. Nanti Heriz sampai."
"Kau turunlah dulu. Aku nak cool down dulu."
"Iya lah. Jangan lama-lama."
Raysa hanya mengukir senyum tipis.
•••
"Raysa!" Kedengaran langkah Aleeya laju menghampiri Raysa yang baru turun dari tangga. Haih, turun je dah 5 minit dengan kain labuh ni! Rimas!
"Apa?"
"Heriz dah sampai!"
Tiba-tiba hati Raysa berdebar laju. Lebih laju dari biasa. Air liur ditelan kesat. Tangan mula menggigil kecil.
"Leeya..."
Aleeya hanya mengangkat kening memandang Raysa.
"Tak nak pergi." Kepalanya sudah tergeleng laju.
"Ish kau ni! Jangan nak buat perangai, Raysa. Dah cantik-cantik macam ni, tak nak pergi pula!" Aleeya kembali dengan sikapnya yang suka melenting.
"Aku takut..." tangan yang ditarik lembut oleh Aleeya, cuba dileraikan.
"Kau nak takut apa? Macamlah Heriz tu nak makan kau!"
"Kalau dia makan aku macam mana? Ha macam mana?"
Telinga Raysa sudah dipulas Aleeya geram.
"Aduh, aduh! Sakitlah Leeya!" Mengaduh sakit dia, gila tak sakit, ni tangan ke apa?
Telinga Raysa dilepasnya lembut. "Jangan nak merepek lah, Raysa. Cepatlah, nanti Heriz tunggu lama."
Raysa mengeluh perlahan. "Iya lah." Kaki lambat-lambat melangkah ke pintu.
"Good luck beb!" Senyum manis ditayang kepada Raysa. Tangan membuat gaya 'thumbs up'.
Raysa hanya mengangguk perlahan. Pintu dibuka sebelum nafas ditarik dan dihembus perlahan.
"Come on, Raysa. You can do it!" Ujarnya kepada diri sendiri. Ceh speaking!
Dengan langkah perlahan dia menghampiri kereta mewah Heriz. Lelaki itu terlihat sedang khusyuk bermain dengan telefon sambil menyandarkan tubuh di kereta. Entah apa yang seronok sangat.
Walaupun dia sudah berada di hadapan lelaki itu, Heriz masih asyik dengan telefon pintarnya.
"Ehem!" Raysa berdehem kuat menyentakkan Heriz. Terus lelaki itu memandang Raysa. Belum sempat dia hendak menyembur gadis itu, dia terkedu seketika. Matanya tajam merenung Raysa atas bawah.
Kepalanya mengangguk perlahan. 'Boleh tahan...' ujarnya sekadar dalam hati.
"Tak habis lagi ke scan badan orang?" Tegur Raysa kasar. Belum halal dah gatal mamat ni!
Heriz senyum sinis. "Kenapa? Aku tak boleh nak scan badan bakal isteri aku ke?" Sehari tidak menyakitkan hati Raysa, bukan Herizlah namanya.
Raysa hanya membuang pandang ke arah lain. Malas mahu membalas pandangan tajam Heriz.
"Bagus, kau dengar cakap."
Raysa mengerut kening.
"Bila aku suruh, kau ikut. Kan senang macam ni." Matanya masih merenung Raysa atas bawah. Seketika senyuman sinisnya muncul di bibir.
"Kalau aku tak fikir aku kena jumpa keluarga kau, sampai mati pun aku takkan pakai macam ni lah!" Bentak Raysa kasar.
Heriz ketawa sinis. "Berani betul kau melawan cakap aku kan?" Kakinya sudah semakin menghampiri Raysa. Tangannya memegang erat tangan Raysa supaya gadis itu tidak bergerak. Memdesis sakit Raysa.
"Sekarang bolehlah kau melawan cakap aku." Wajahnya didekatkan ke telinga Raysa. "Bila aku jadi suami kau nanti, aku akan pastikan, kau nak melawan pun kau fikir dua tiga kali, Raysa." Senyum sinis masih lebar ditayang.
Raysa hanya diam dengan dada yang berombak ganas. Bukan sebab berdebar tapi sebab geram.
Wajah Heriz dijauhkan dari Raysa. "Dah, masuk kereta!" Arahnya kasar.
Laju sahaja Raysa menuju ke kereta Heriz dan membuka pintu belakang sebelum lelaki itu menghalangnya.
"Eh, kau nak buat apa tu?!" Kuat suara Heriz menahan Raysa.
"Masuklah, tadi suruh masuk kan?" Bidas Raysa geram. Apa lagi mamat ni tak puas hati?
"Siapa suruh kau duduk belakang? Duduk depan! Kau ingat aku kuli kau ke?!" Melengking suara Heriz.
"Ish, banyak songeh pak cik tua ni!" Laju kakinya menghampiri tempat duduk hadapan. Kuat pintu itu ditutup hingga bergegar kereta.
"Eiii minah ni!" Geram Heriz.
'We're not who we used to be.'
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...