Part 26

13.1K 611 74
                                    

"Kat sini rupanya awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kat sini rupanya awak." Raysa yang sedang leka termenung di luar rumah keluarga Heriz, tersentak apabila kedengaran suara seseorang . Nasib tak terjatuh masuk dalam kolam je. Dia yang tadi sebenarnya ingin mencari Heriz terus duduk di pondok dengan pemandangan kolam yang begitu menyenangkan ini.

Raysa hanya memberi senyum ringkas kepada gerangan tersebut. Lelaki itu terlihat mengambil tempat di sebelah gadis itu, tetapi masih ada jarak antara mereka.

"Jadi... awaklah bakal kakak ipar saya?"

Raysa mengerut kening. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki itu. Dia ni kan lelaki yang mengganggu makan malam sebentar tadi? Muka macam familiar...

"Saya adik Heriz. Haireez Ziyyad." Seperti tahu-tahu sahaja Raysa tidak memgecamnya, diperkenalkan namanya kepada gadis itu.

Raysa hanya mengangguk perlahan kepala. "Raysa Amanda." Dia pula memperkenalkan namanya.

Terus kepala Haireez terpusing memandang Raysa. Tidak berkelip dia memandang.

"Awak... Raysa?" Soal Haireez lagi sekali.

Walaupun Raysa pelik dengan kelakuan lelaki itu, dia tetap menganggukkan kepalanya.

Haireez diam seketika sebelum mengukir senyum tipis.

"Cantik." Puji lelaki itu. Raysa terkelu mendengar pujian Haireez. Dia puji aku ke tadi?

"Tak sangka saya abang akan berkahwin juga tak lama lagi." Mendatar sahaja nada Haireez. Sengaja dia hendak berbual dengan 'bakal' kakak iparnya itu.

Raysa hanya tersenyum kecil.

"Raysa..."

Raysa mengangkat kedua-dua keningnya sebelum memandang Haireez, menunggu bicara lelaki itu.

"Kenapa awak nak kahwin dengan Heriz?"

Terkelu lidah Raysa mendengar persoalan lelaki itu. Kenapa dia tanya macam tu?

"Kenapa awak tanya macam tu?"

Haireez hanya menggeleng kepala perlahan sebelum tersenyum kecil.

"You deserve better, Raysa." Ringkas sahaja Haireez membalas pertanyaan Raysa.

Raysa mengerut kening. Apa maksud lelaki ni?

"Raysa!" Laung seseorang membuatkan Raysa mengalihkan pandangan ke arah seseorang yang sedang menghampiri mereka di pondok.

"Kat sini rupanya kau." Ujar Heriz, tetapi kedengaran dingin. Matanya tidak lepas dari memandang Haireez. Haireez hanya menayangkan wajah selamba.

"Saya masuk dalam dulu, Raysa." Senyum diukir kepada Raysa, gadis itu hanya mengangguk kepala perlahan. Belum sempat dia melangkah jauh, Heriz menahannya. Matanya jatuh melihat tangan lelaki itu. Kening sebelah diangkat kepada Heriz.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now