Extra part

9.8K 306 50
                                    

Sebuah coretan untuk si dia, Raysa Amanda...

Hari demi hari, tidak sedar ianya semakin ditelan waktu.
Rembulan dan mentari,
bergilir-gilir menjadi penyeri dunia dengan keagungan.
Segalanya masih sama seperti sebelum kau pergi.
Baru ku teringat, yang berantakan bukan dunia ini,
tetapi duniaku. Jiwaku. Malah, ragaku.

Aku menemukan sosok seorang wanita yang tulus mencintai.
Yang serius menyayangi di saat aku hanya tahu menyakiti.
Iya, yang salah itu aku. Yang harus dihukum adalah aku.
Dan aku sedang menerima hukuman daripada pemergianmu.
Mungkin juga tempoh hukuman ini melibatkan seumur hidup kerana sejak kau pergi, duniaku telah menjadi satu penjara yang menyeksakan.
Bahkan, jika aku mati, bukan hanya jasadku yang tertanam, tetapi juga kemaafan yang tidak berpenghujung.

Di awal hubungan, diri ini yang menjerit perpisahan, tetapi di akhirnya, aku yang berteriak untuk bertahan, kerana apa?
Kerana baru ku tahu perpisahan itu menyakitkan.
Namun, dari perpisahan itu aku tahu kesalahan dan sifat burukku yang harus aku rubah dan tidak mengulangi untuk kedua kalinya.

Setiap dahi ini bersujud, setiap doa yang diangkat,
malah setiap di satu per tiga malam,
Aku berbicara sendiri,
Dunia ini satu, tetapi mengapa mustahil kita untuk bersatu?
Aku terjebak di antara mahu melupakan atau menunggu.
Wajarkah aku menunggumu yang sudah berada di titik putus asa?
Kerana aku sedar, aku yang baru tiba di titik berharap.

Kasihku Raysa,
Kembalilah kepadaku lagi,
Dengan cara apa lagi, agar kau bisa pulang kepadaku?
Aku merindukan sosokmu yang dulunya ada denganku,
tapi kenyataan kemudiannya menamparku bahawa kita takkan bersatu.
Aku sangat merindukanmu tapi sepertinya kau baik-baik saja tanpaku,
Entah ke mana rindu ini akan berlabuh?

Apakah kau bahagia ketika ini, Raysa?
Adakah kau sedang ketawa dan gembira di sisi keluarga dan orang terdekatmu?
Jika benar, aku turut bahagia mendengarnya.
Memang itulah yang kau patut rasa selepas segala sengsara yang tercipta dari perbuatan kejiku.

Aku melepaskanmu bukan untuk melihatmu menangis.
Maka, berbahagialah. Bahagia dengan caramu sendiri.
Kerana Raysa Amanda yang ku kenal,
sosok wanita yang tidak pedulikan tanggapan orang lain dan mengutamakan orang yang dia sayang.
Selepas ini, bahagialah mengikut dirimu sendiri.
Usahlah bahagia untuk orang lain kerana kau akan terluka sepertimana kau lakukan untukku.
Pura-pura bahagia bersamaku sedangkan kau yang paling hancur.

Jika benar kita mustahil untuk bersama,
Aku akan menjadi orang yang mengagumimu dari jauh,
Menjadi sosok yang mahu melihat kejayaanmu.
Bahkan, ketika satu hari nanti kamu menemukan seorang lelaki yang lebih baik dariku, jangan ragu-ragu untuk menerimanya,
Kerana yang jahat itu hanya aku.
Kerana yang kejam itu, biarlah cuma aku.

Kamu sudah terlalu terluka, aku harap kamu ditemukan dengan lelaki sebaikmu,
Lelaki yang sama-sama berjuang sehingga ke titik akhir,
Bukan sepertiku yang dari awal sudah gagal.
Dari awal sudah kalah, sampai ke akhir baru hendak menangisi.

Namun, selagi kau masih sendiri,
Izinkan aku mengharapkanmu untuk kembali.
Izinkan aku untuk mencintai biarpun sudah terlewat.
Izinkan aku merayu untuk kau pulang ke pangkuanku.

Jujur, aku sudah belajar mengikhlaskan,
tapi mengapa sakitnya masih terasa?
Mengapa lukanya tidak henti berdarah?
Apakah aku sudah mengikhlaskan ataupun berpura-pura?

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now