Part 27

13K 591 1
                                    

Daripada tadi matanya tak lepas dari memandang figura di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada tadi matanya tak lepas dari memandang figura di hadapannya. Dari rambut hingga ke kaki dia tenung bagai tak lepas. Seketika keningnya berkerut.

Kedengaran figura itu mengeluh perlahan.

"Kau memang nak tenung sampai esok ke apa ni?"

Terus terhenti perbuatan Raysa apabila figura itu menegur.

"Kau buat apa kat sini?" Terkejut bukan main dia apabila lelaki itu tiba-tiba tercongok depan rumahnya pagi-pagi buta macam ni. Buang tebiat ke apa...

Sebenarnya sudah lama dia tak berjumpa dengan lelaki itu semenjak kejadian mereka di kolam. Beredar sahaja Raysa meninggalkan Heriz sendirian, gadis itu meminta izin untuk pulang sendiri. Pada mulanya Datin Haila agak berat hati tetapi dibenarkan juga apabila Raysa memberitahunya ada hal penting yang perlu diuruskan. Heriz pula hilang entah ke mana...

"Tak ada soalan lagi bijak ke nak tanya? Balik kampung kau lah!" Heriz sudah berdengus kasar.

"Balik kampung aku? Buat apa? Aku nak gerak pergi bengkel lah." Gila ke apa lelaki ini...

"Ah tak ada! Kita balik kampung kau sekarang juga."

"Mana boleh, Heriz! Aku kena pergi bengkel lah. Esok-esok je lah kita pergi!" Raysa sudah melenting. Dia yang datang tiba-tiba lepastu suka hati je nak buat arahan...

"Esok-esok apa? Aku akan fly ke London lusa malam. Kalau bukan hari ini, bila lagi nak pergi? Lagi lambat kita pergi, lagi lambat umi kau tahu pasal kita, dan lagi lambat kita kahwin." Mungkin dari pendengaran orang lain, lelaki itu seperti ambil berat tentang perkahwinan mereka yang tak lama lagi, tetapi sebenarnya Datin Haila dah mula membebel, katanya dah sebulan tiada progres antara Heriz dan Raysa. Sudah naik pening lelaki itu hendak memberi alasan.

"Aku kena pergi bengkel lah, Heriz."

"Tak, apa yang susah sangat kau nak ikut cakap aku ni? Bengkel tu ada orang lain jaga kan? Siapa tu, kawan kau, Aiman kan nama dia? Ha si Aiman tu ada kan? Yang kau nak risau sangat ni kenapa?!" Marah Heriz. Tangannya sudah dicekak dipinggang.

Raysa mengeluh perlahan.

"Tak ada, kau pergi kemas barang kau untuk 2 malam. Aku bagi masa 15 minit je. Kalau tak, aku angkut je kau masuk kereta."

"Ish dia ni, ugut-ugut pula!"

"Cepatlah!" Kuat suara Heriz.

"Iya, sabarlah!" Kelam-kabut Raysa masuk kembali ke dalam rumah dan mengemas bajunya.

•••

Hampir dua jam perjalanan, hanya sunyi menghuni mereka di dalam kereta. Heriz sibuk dengan pemanduannya, Raysa hanya melemparkan pandangannya ke luar, melihat pemandangan. Tiada yang menarik pun, cuma keadaan mereka yang sangat canggung ini membuatkan Raysa rasa tak selesa. Lambat lagi ke nak sampai ni...?

"Kau selalu cakap pasal umi... ayah kau mana?" Heriz mula membuka mulut. Mata masih fokus pada pemanduan.

Raysa terdiam seketika. Matanya langsung tak lepas dari memandang Heriz.

Heriz memandang Raysa seketika apabila dia tidak mendapat jawapan dari gadis itu.

"Kau tak dengar ke soalan aku?"

"Abah aku dah tak ada lama dah."

Heriz terdiam. Jauh di sudut hatinya, muncul perasaan serba salah kerana mendesak gadis itu menjawab soalannya.

"Aku anak tunggal. Jadi, aku cuma ada umi." Sambung Raysa. Rasanya dia sudah cerita tentang pemergian abahnya tapi mungkin Heriz yang sudah lupa.

Heriz menganggukkan kepala perlahan tanda memahami.

Tiba-tiba Raysa berdecit kecil. Heriz mengerut kening melihat kelakuan gadis itu.

"Nampaknya aku kena guna wali hakim nanti." Perlahan Raysa membuka mulut. Sayu sahaja nadanya.

Heriz diam seketika sebelum bersuara, "ala tu semua tak penting. Yang penting sebuah ikatan tu sah dalam suatu pernikahan."

Raysa memandang Heriz sebelum tersenyum kecil. Kepalanya diangguk perlahan.

•••

"Ini ke rumah umi kau?" Soal Heriz sambil matanya meliar melihat perkarangan rumah kampung itu. Besar juga kawasan rumah keluarga gadis ini...

"Iya, dah jom masuk."

Heriz mengikut langkah Raysa di belakang.

"Assalammualaikum umi!" Laung Raysa kuat. Terhinggut bahu Heriz mendengar suara Raysa yang seperti hendak bergaduh sahaja kuatnya.

"Slow lah sikit suara. Kau nak bagi salam ke nak bergaduh ni?" Tegur Heriz. Raysa hanya tersengih kecil.

"Wa'alaikumussalam." Kedengaran derapan langkah kaki yang semakin mendekati tangga rumah sebelum tubuh seseorang muncul.

"Eh, Raysa!" Laju langkah kaki Puan Rita menghampiri anak gadisnya. Tubuh genit itu dipeluk erat. Sungguh rindu dia kepada anak gadisnya seorang ini.

Raysa membalas pelukan Puan Rita erat sebelum tangan tua itu disalam lembut.

"Kenapa tak beritahu nak balik?"

Raysa tersengih sahaja. "Saja nak surprise umi. Terkejut tak?" Keningnya diangkat berkali-kali.

"Ish Raysa ni!" Lengan gadis itu ditepuk perlahan sebelum matanya memandang figura yang berada tidak jauh daripada mereka. Seketika keningnya bertaut sesama sendiri.

Melihat wajah Puan Rita yang sudah berkerut, Raysa menoleh kepalanya memandang Heriz.

"Oh, ni Heriz, umi." Lelaki itu menghampiri mereka dan menyalam hormat tangan Puan Rita. Wanita itu tersenyum lembut.

"Saya Heriz Zayyan, mak cik." Senyum ikhlas diukir buat Puan Rita.

Puan Rita mengangguk perlahan. "Kawan Raysa ya?" Agaknya.

"Tak, umi."

Puan Rita memandang Raysa dengan pandangan pelik.

"Heriz bakal suami Raysa."

Membulat biji mata wanita itu. Raysa hanya senyum tipis. Dia tahu dia perlu menjelaskan apa yang bermain dalam fikiran uminya itu.

"Raysa akan jelaskan semuanya. Jom kita masuk dulu."

"Iya lah. Heriz, mari masuk."

Heriz tersenyum sebelum mengangguk perlahan.

"Mak cik minta maaf kalau rumah mak cik buat Heriz tak selesa."

"Eh tak ada lah mak cik, ini dah lebih dari selesa." Bukan untuk mengambil hati, tetapi memang kenyataan. Walaupun rumah itu rumah kampung, pandai wanita itu menguruskannya sendiri. Rumah itu terlihat kemas, bersih dan cantik.

Puan Rita hanya senyum kecil.

'You were the hardest lesson I ever had to learn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You were the hardest lesson I ever had to learn.'

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now