Part 44

19.1K 689 50
                                    

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klik!

Pintu bilik air dibuka, dia keluar dengan tuala separas pinggang. Keluar sahaja dari bilik, matanya terhala ke arah seseorang yang sedang terlantar di atas katil. Dia hanya melihat tanpa berniat untuk menolong. Entah hidup ke tidak wanita itu, dia sendiri tidak tahu. Selepas sahaja dia kerjakan wanita itu, Raysa seperti tidak sedarkan diri. Tubuhnya penuh dengan lebam-lebam, bengkak dan cadar penuh dengan darah pekat wanita itu.

Heriz hanya mendengus kasar sebelum meninggalkan Raysa seorang diri. Dia terus ke biliknya untuk menyiapkan diri, dia ada flight hari ini.

•••

Perlahan-lahan mata dibukanya. Terkebil-kebil dia melihat siling bilik. Wajah terus terpancar cahaya dari tingkap.

'Dah pagi?'

Terus dia bangun dari pembaringannya sebelum dia baring semula. Sakit....

Kepala sedang memproses apa yang jadi, mata meliar melihat sekeliling sebelum matanya mengeluarkan cecair jernih. Hanya dia seorang sahaja di sini, dia ditinggalkan lelaki itu selepas diperkosa oleh suaminya sendiri.

Baru sahaja dia hendak bangun, dia ternampak sehelai kertas dan 5 keping duit kertas bernilai RM 100 di atas meja sisi katil. Terus dicapai kertas itu dan dibaca teliti.

"Thank you for last night, honey. I really enjoy it. Aku harap kau masih hidup. Jangan mati lagi, Raysa. Permainan belum tamat lagi. See you again, honey."

Terus dicampak jauh kertas itu, duit yang berada di atas meja juga dicampaknya. Semua barang yang ada di sekeliling dihumban ke lantai, menghamburkan kemarahan. Dia duduk melutut di tepi katil, menghamburkan tangisannya.

•••

Daripada tadi dia hanya termenung ke luar dari kamar biliknya. Lepas sahaja mandi, dia hanya duduk di birai katil tanpa berbuat apa-apa. Seketika matanya melihat tubuh badan sendiri. Tiada satu tempat pun terlepas dari lebam dan bengkak di tubuhnya. Sakit tapi dia sudah penat dengan semuanya.

Penat apabila usahanya selama ini tidak diendahkan lelaki itu. Penat cintanya selama ini hanya dipandang sepi oleh lelaki itu. Penat pengorbanannya selama ini hanya dianggap sampah. Dia terlalu penat sehingga dia hanya merelakan dirinya disakiti.

Entah kali yang ke berapa, matanya mengalirkan cecair jernih lagi. Matanya sudah tidak seceria dulu. Jika dahulu, mata itulah yang sentiasa menjadi saksi kebahagiaannya tetapi kini, mata itulah yang meluahkan kesakitan dan penderitaan yang dialaminya.

Dia sudah tidak tahu hendak membuat apa. Dia sendiri buntu dengan hidupnya kini.

'Apa lagi dugaan yang harus aku tempuhi, ya Allah. Sungguh aku tak kuat dengan ujian ini.' Rintihnya dalam hati.

Ting tong!

Bunyi loceng berbunyi menghentikan tangisan Raysa. Air mata yang tersisa diseka kasar. Terus kakinya diorak perlahan ke pintu.

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now