"Awak nak makan dekat mana, Aleeya? Saya boleh bawakan." Pelawa Heriz. Ketika ini mereka berada di dalam kereta.
"Saya rasa macam nak makan... mi kari lah." Balas Aleeya.
"Mi kari? Okay, jom! Saya tahu tempat mana yang menarik." Senyuman dilemparkan manis ke arah gadis itu. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta bergerak perlahan membelah jalan.
•••
"Have a seat." Kerusi ditarik untuk gadis itu sebelum dia mengambil tempat duduk di hadapan Aleeya.
"Awak tahu tak, waktu saya mula-mula kenal Raysa dulu, sinilah dia bawa saya makan. Sedap tau! Awak kena cuba." Bersungguh-sungguh Heriz cuba meyakinkan Aleeya. Matanya bersinar-sinar.
"Oh. Okay." Bukan dia tak tahu tentang kedai ini, selalu juga dia ke sini dengan Raysa tetapi sekarang sudah jarang. Masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing.
Selepas selesai order makanan, Heriz kembali bersuara.
"Waktu mula-mula Raysa bawa saya ke sini, saya tak nak pun makan. Rasa macam tak selera. Tapi bila dah try, terus rasa nak lagi. Setiap kali saya balik, mesti saya akan datang sini dengan Raysa, makan sekali." Teruja Heriz bercerita. Aleeya diam mendengar.
"Awak kena try tau dekat sini. Serius saya cakap, sedap!"
"Daripada tadi hanya nama Raysa yang keluar dari mulut awak. Sekarang ni awak keluar dengan Raysa ke Aleeya?" Sinis Aleeya bersuara. Dia tak cemburu pun cuma dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan lelaki itu terhadap Raysa. Mustahil lelaki itu tidak sukakan Raysa jika daripada tadi hanya nama gadis itu yang terpacul keluar dari bibir Heriz.
Heriz terdiam. Seketika dia terfikir keterlanjurannya dalam bercakap. Perlahan dia mengigit bibir bawahnya.
"Kalau awak asyik sebut nama dia, kenapa tak keluar dengan dia?" Sambung Aleeya lagi, menyakiti hati Heriz.
"Saya... minta maaf, saya janji saya tak sebut lagi nama dia lepasni, okay?" Ikhlas Heriz menutur bicara.
"Awak sukakan dia ke sebenarnya?"
Heriz menggeleng kepala laju.
"Mana ada! Saya dengan dia hanya kawan baik, Aleeya. Tak lebih dari itu pun. Tapi kalau awak tak selesa saya dengan dia, saya janji saya akan jauhkan diri dari dia." Bersungguh Heriz menutur janji.
Aleeya berdecit sinis mendengar janji Heriz.
"Tak payahlah nak berjanji, Heriz. Sebab kalau saya tuntut, belum tentu awak boleh tepati." Keras nada Aleeya.
"Saya rasa Raysa dah beritahu awak yang saya bukan perempuan yang mudah didekati. Jadi saya rasa awak dah boleh berhenti kacau saya. Saya rimas." Dia rasa lebih baik dia jujur sekarang daripada lelaki itu terus berharap kerana dia tetap tak boleh beri peluang pada lelaki itu. Hatinya tak terpaut langsung pada Heriz.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Se...