Fail demi fail dilempar ke dalam tong sampah yang berada di sebelah mejanya. Setiap lembaran kertas yang dia balik itu membuatkan dahinya semakin berkerut. Akibat malas menambah stressnya, Noah menutup kembali fail itu lalu bergerak keluar ke koridor di pejabat khas untuk dia.
Noah mengurut pelipisnya. Sejak dua menjak ini, kerjanya semakin banyak. Client pula terlalu banyak songeh. Mahukan pembangunan yang mewah , kukuh dan terkenal dengan setiap sudut yang sempurna tapi mahu mengeluarkan kos yang sedikit. Dasar kedekut!
Noah mengeluarkan sebatang rokoknya, begitulah hari - harinya. Baginya hanya rokok yang dapat menghilangkan segala kekusutannya.
Telefonnya berdering tanda minta diangkat. Noah menjeling pemanggil yang tertera di skrin telefonnya.
"Yes, mom?"
" you know what will happen next weeks, right?"
"Yes. Damien dah bagitahu noah. So, for your information noah tak akan pergi"
"Come on, noah. You gonna be happy. I'm sure you will like him" Noah mendengus kuat.
Mahu saja dia menjerkah dan memarahi ibunya namun dia menahan saja keinginannya. Kalau diikutkan barannya, pasti sudah pecah telefonnya jika pemanggil itu adalah ibunya.
"I'm busy. Bye" lantas noah menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya. Kunci kereta mewah diambil dan dia pantas bergerak keluar dari bangunan mewah itu. Tangannya menguak rambutnya ke belakang.
"Next week... ugh! You should know that i'm still respect you as my mother!"
●●●
"Damien, where's she?"
"Who?" soal damien kembali
"Mom"
Damien Qalish tersengih sinis. Mahu mengusik abang sulungnya yang semakin anti dengan ibu mereka.
"Atas , maybe? Kau buat apa kat sini? Tiber je balik . Nak mati dah ke?" Noah menjeling adik bongsunya. Ni kalau bagi siku ni, tak pasal - pasal dia kena bebel dengan tengku Xandra, mummynya.
"Entah - entah nak nikah kot? Sebabtu tiba - tiba balik kan?" Sekali lagi Noah menjeling kepada empunya suara yang merupakan adik keduanya, Hayyad Qairil.
"Sebelum aku lepuk korang berdua, baik korang senyap. Nampak macam rindu aku sangat je"
Hayyad dan Damien tertawa besar. Memang rindu pun. Abang sulung mereka itu sudah lama tidak pulang ke rumah, hampir 6 bulan mungkin. Mereka pula terlalu sibuk dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa sampai tak sempat mahu bertentang mata dengan abang sulung mereka yang turut sibuk dengan pekerjaannya.
Keriuhan suasana tika itu makin membuat Noah semakin muak. Matanya liar melihat orang yang berjalan sambil bertegur sapa.
"Bro, jom jumpa mummy. Mummy dah ada tu" ajak hayyad. Noah masih berkeras tidak mahu bertemu dengan ibunya namun apakan daya melawan dua adik kesayangannya itu.
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...