"Awak, rasa macam taknak balik kl la. Malam ni dah last day kita di terengganu." Airin mencebik bibir.Sedih rasanya nak tinggalkan tempat setenang terengganu ini. Kalau dah balik ke kl asyik hadap kerja saja. Muak tahu muak? Walaupun kerja sendiri tapi tetap rasa muak.
"Boleh je kita tambah cuti. Kita stay seminggu lagi, nak?" Noah bermain dengan rambut airin. Jarang - jarang boleh bermanja macam ni dengan isteri tersayang. Selalunya airin tu garang je memanjang.
"Boleh ke?!" Airin bangun dari baringnya. Teruja pula bila noah cakap macam tu. Sesaat kemudian dia menggeleng kepala. Sekali lagi dia berbaring di atas riba noah.
"Tak boleh tak boleh. Novel saya yang baru tak siap lagi. Nak nak lagi hari isnin ni ada pesta buku. Company letak novel saya yang utama. Saya kena pergi sana juga nanti" buat kesekian kalinya airin merengus kuat. Malas betul! Tahan airin. Siap yang ni kau cuti lagi sebulan!
"Kau kena pergi ke? Bahaya la. Tempat tu ramai orang"
Noah tunduk memandang wajah airin di ribanya. Hshshshshsh comel betul! Noah mendekatkan wajahnya ke wajah airin. Bibir comel milik airin dicium sekilas. Terkejut airin dibuatnya. Laju betul dia buat kerja. Tak menyempat kita nak lari.
"Ish gatal! Mana ada bahaya la. Tempat tu ramai orang. Yang ramai tu la tak bahaya."
"Hmmm, kau pergi tu aku ikut. Biar aku drive"
"Ish! Dia ni menyibuk je" airin bangun dan menyandarkan badannya ke sofa. Matanya memandang tv yang menayangkan drama korea.
"Apa dia? Menyibuk? Ehhh dia ni kalau tak melawan memang tak sah kan!" Noah menggeletek pinggang airin.
Memang airin ni jenis sensitive kalau di pinggang. Makin senang dia mahu mengusik gadis itu bila tahu kelemahan airin.
Semakin laju dia menggeletek pinggang airin sehingga menyebabkan airin berbaring di atas sofa dan noah di atasnya.
"Noah... hkhk.. noah stop hahahahha" noah berhenti. Kesian pula tengok airin dah macam tak boleh bernafas. Airin tersengih lebar sambil menarik nafas laju. Lama noah menatap wajah bersih itu.
"I love you, love. I can't imagine how my life without you by my side." Airin turut menatap wajah noah. Terkesan hatinya mendengar luahan noah. Nada tidak seromantik lelaki lain tapi dia cukup dapat merasai rasa kasih itu.
"I like you" dahi airin dicium sekilas
"I miss you" hujung hidung airin dikucup
"I love you" kedua belah pipi airin turut dikucup
"I want you, love. Only you" noah mencium bibir airin. Lama bibir itu dikucupnya. Airin juga membalas. Mungkin ini masanya. Dia perlu bertarung dengan traumanya dan berikan jiwa dan raganya kepada lelaki yang dipanggil suami
" i love you too" satu persatu butang baju pijama airin dibuka. Tangan airin memeluk leher noah.
'I love you, senorita. I'll do anything for you. Kalau aku tak dapat kau then tiada siapa akan dapat kau'
Lawan airin. Lawan. Kau tak boleh biarkan suara tu menghantui kau.
'Aku yang pertama sentuh kau, senorita. Dan aku juga yang terakhir.'
Airin zalisya, kau kena lawan. Jangan tunjuk yang kau lemah! Lawan rin! Lawan! Kau boleh. Kau boleh lawan ketakutan tu airin. Kau boleh!
'Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang rampas kau, senorita.'
'Termasuklah hariz'
"Sayang!"
Airin mencengkam sofa. Nafasnya bagai tersekat. Matanya bergenang denga air mata. Sempat dia melihat noah yang terkejut melihat keadaannya. Ini kali pertama dia menunjukkan sisinya yang lemah ini di depan noah.
"Per..pergi"
"Sayang, breathe!"
"Pergi! Argh! Pergi arash! Jangan kacau aku!"
"Airin zalisya, bernafas sayang. Tarik nafas. Calm down, sayang!"
"Please rash! I'm begging you! Lepaskan aku. Lepaskan aku rash! Aku tak nak! Lepaskan aku. Jangan ganggu hariz!" Airin menekup kedua telinganya. Suara itu asyik terngiang-ngiang di telinganya. Malah wajah arash bersama senyuman sinisnya bermain di minda nya.
"LOVE!" Noah memeluk badan airin erat. Matanya turut bergenang melihat keadaan airin. Noah membaca ayat kursi di telinga airin. Tangannya mengusap kepala airin menyalurkan kekuatan kepada gadis itu.
"I'm sorry, sayang." Airin menarik nafas perlahan. Pipinya basah dengan air mata. Jantungnya yang tadi berdegup laju kembali normal.
"I'm sorry sayang. Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab lambat jumpa kau. Aku minta maaf sebab tak selamatkan kau dari si durjana tu. Aku minta maaf sebab lambat ada di sisi kau, sayang. Aku minta maaf"
Sayu airin mendengar kata-kata noah. Rasa sebersalah bila membuat lelaki itu gelisah tentangnya. Tangan airin naik memeluk badan noah. Wajahnya disembam ke bahu tegap noah.
"Awak tak salah. Saya minta maaf. Sebab tak cukup sempurna untuk awak"
"You're perfect, love. Kau sempurna untuk aku. Please love. Kalau kau sakit, kalau trauma kau datang lagi...please bagitahu aku. Aku tak nak kita selalu ketawa bersama tapi kau menangis seorang diri. Kongsi kan. Kongsi rasa sakit tu dengan aku. Aku tak sanggup biarkan kau sakit seorang diri. Please, love. Aku takut hilang kau. Jangan simpan rasa sakit tu sendiri"
Noah semakin mengeratkan pelukannya. Apa yang berlaku tadi sungguh buat dia takut. Ini ke yang airin lalui selama ini? Ini ke yang airin perlu hadap setiap masa? Rasa takut itu tetap menghantui airin.
"Just stay with me then i'll be fine"
●●●
"Menantu mummy dah balik! Omaigosh, i miss you so damn much, airin!" Tengku Xandra memeluk badan airin. Senyuman nya tak lepas apabila melihat kereta noah masuk ke kawasan rumahnya sejak tadi.
"Miss you too, mummy"
Noah yang tengok pun naik meluat dengan mummy nya. Memang la dia tak suka mummy nya atas sebab sebab tertentu tapi tak adalah sampai membenci. Walauapapun, tengku xandra tetap orang yang melahirkannya.
"Noah... alalalala anak mummy ni. Meh sini nak peluk jugak!" Tengku xandra yang mula mendekati noah itu pantas disekat oleh noah sendiri. Tangan kanannya di tunjuk ke tengku xandra
"Talk to my hand. Noah letih, noah naik rest dulu" beg dia dan beg airin diangkat dibawa masuk ke dalam rumah.
"Ish budak ni sekor" tengku xandra menyilang tangan geram dengan tingkah noah. Dasar anak! Nasib baik anak! Kalau bukan anak memang... suka hati kau la anak!
"Errr sabar eh mummy. Noah letih sangat tu. Nanti rin pujuk si noah tu, eh. Jom masuk. Rin rindu la nak makan makanan mummy"
Airin memeluk lengan tengku xandra. Dia pun tak tahu la apa yang berlaku antara tengku xandra dan noah sampai bila bertembung je noah asyik tarik muka. Bukan apa, dia risau kalau kalau tengku xandra terasa dengan sikap noah.
Memangla tengku xandra ni jenis happy go lucky dan jenis yang tak ambil kisah sangat tapi hati ibu mana yang tidak terasa bila anaknya bersikap acuh tak acuh kepadanya kan?
Silap-silap noah jadi anak derhaka tau!
"Hah ye la. Mummy masak beshe beshe je. Eh rin nanti ajar mummy main tiktok boleh tak? Macam best je mummy tengok budak zaman sekarang main tiktok" nak tergelak pula airin dengan permintaan tengku xandra. Memang jiwa muda la mak mertua dia ni!
"Boleh tapi mummy tak boleh nak menari bergelek post di tiktok eh!"
"Hish memang idok la! Apa barang gelek gelek ni."
"Good good mummy"
"Of course"
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...