4

14 3 0
                                    

Tangannya ralik menekan keyboard laptopnya hinggakan bilik itu hanya berbunyi keyboard laptopnya sahaja. Sesekali dia mengeluh kepenatan. Penat mahu meneruskan kerjayanya. Dia bukan melakukan satu kerja malah dia melakukan 3 pekerjaan. Penulis, cafenya dan guru tadika separuh masa.

Bukan kerana pendapatannya yang sedikit. Jika difikirkan, dia lebih dari cukup. Tapi hanya dengan kesibukannya ini saja cara dia untuk tidak memikirkan hal-hal negatif. Mahu juga dia berhenti salah satu dari pekerjaannya namun yang mana?

Cafe? Dia sudah lama bercita-cita mahu membuka cafe sendiri dan sekarang dia sudah berjaya. Guru tadika? Ah! Tak boleh! Dia sangat sukakan kanak-kanak! Mahunya menanggung rindu dekat budak-budak tu

Penulis?.. dengan menulis ni saja dapat buat dia luahkan segalanya, dapat lupakan si dia. Airin tiada pilihan. Biarlah badannya letih sekalipun, jika dengan cara ini dia dapat melupakan segala kenangan pahitnya.

Fikirannya mula terimbas kenangan lalu. Kenangan di mana dia mula mendapat kenangan pahit manisnya.

"Rin" airin memandang wajah jejaka itu dengan senyuman lebar.

"Hariz, macam mana awak tahu saya disini?"

"Saya ternampak je. Tadi saya keluar dengan kawan saya"

Hariz melihat penampilan airin. Sungguh berbeza dengan airin yang dia kenal 5 bulan lalu. Perkenalan mereka sangat singkat. Hariz merupakan anak kepada seorang ustaz di tahfiz yang sekarang dia belajar. Ayahnya pula kenal dengan keluarga airin. Mereka kenal melalui keluarga mereka.

Namun jujur dikatakan, hariz tidak berminat dengan airin. Airin tiada tiada ciri-ciri wanita idamannya. Dulu airin bukan seorang gadis yang bebas. Tetapi airin bukan seorang wanita solehah baginya. Pakaian airin sememangnya seperti gadis yang lain. Ketat, tudung singkat. Itulah airin dahulu.

Namun yang dihadapannya ini sungguh berbeza. 5 bulan memang bukan waktu yang singkat. Namun dalam masa 5 bulan perkenalan mereka yang membawa kepada hubungan pertunangan disebabkan permintaan keluarga mereka, sedikit sebanyak dia dapat mengenali airin lebih dalam. Tipulah jika kata bahawa dalam masa dua bulan itu perasaannya tidak terusik dengan karenah comel airin.

Perasaannya terhadap airin semakin kuat apabila melihat perubahan airin. Airin sekarang lebih sopan dengan memakai abaya bersama tudung labuh.

"Airin nampak lain" airin menunduk.

"Lain? Makin hodoh ke?"soal airin polos. Hariz ketawa perlahan

"Tak. Makin cantik. Tapi kenapa tiba-tiba? Sebab saya ke?" Airin tersenyum kecil.

Memang  kadang - kadang  bila  dia  bersama hariz  dan  keluarga  lelaki  itu,  dia  akan  rasa malu.  Terlalu  malu.  Jauh  sungguh  perbezaan antara  mereka.  Tak  masuk  dek  akal  apabila  memikirkan  bagaimana  orang  tua  hariz  itu mahu  menjodohkannya  dengan  anak  mereka yang  sempurna.  Dia  bagai  tak  layak.  Tak     layak untuk  berdamping  dengan  lelaki  itu. Tapi.. perubahan  dia  bukan  kerana  lelaki  itu

"Tak. Saya bukan berubah untuk awak. Perubahan saya adalah untuk Pencipta saya. Dan antara sokongan saya adalah awak. "

Lebar senyuman hariz tika ini. Bahagia rasanya melihat tunangnya itu berubah kepada kebaikan. Namun seketika, senyumannya pudar.

"Rin, saya ada benda nak cakap"

"Ye, cakapla. Cepat tau. Tak elok kita berdua disini" ujar airin. Airin memandang sekeliling. Mujur saja disitu tempat terbuka.

"Saya..saya akan sambung pelajaran saya"

"Lah, baguslah. Rin pun dapat tawaran. Rin maybe pergi UKM atau UM. Saya tak fikir lagi nak pilih mana satu"

"Rin, saya pergi jauh. Saya dapat tawaran ke mesir." Tersentap airin. Mesir? Jauh, sangat jauh! Bagaimana dengan mereka? Hubungan mereka? Airin hampir menangis memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Hatinya sudah terpaut kepada lelaki itu. Bagaimana kalau..

"Macam mana dengan kita? Awak akan putus tunang dengan saya?"soal airin

"Tak. Kita teruskan. Tapi bagi saya 4 tahun. 4 tahun je rin. Kemudian saya akan balik. Lepas saya balik, kita terus kahwin. Saya akan bincang dengan abah dan umi"

"Betul ke? Saya sanggup tunggu"hariz senyum lebar. Teruja rasanya. Dia bersyukur airin sanggup menunggunya. Rasa seperti mimpi! Ini rupanya rasa bercinta!

"Tunggu saya. Saya akan balik. Saya janji"

3 tahun kemudian

11/2/2020

"Sampai hati awak hariz!" Airin mencampakkan telefonnya ke katil. Dadanya terasa seperti tersekat. Nafasnya tidak teratur

Tadi dia baru saja menelefon hariz yang sekarang masih di mesir. Malangnya bukan hariz yang menjawab. Tapi suara perempuan. Suara perempuan yang terdengar familiar kepadanya. Sakit hatinya bila disoal siapa wanita itu, wanita yang menjawab telefon itu berkata dia adalah tunang hariz.

Tipulah kalau cakap dia percaya. Dia langsung tak percaya! Namun kepercayaannya mula goyah apabila satu gambar dihantar kepadanya melalu telefon hariz. Gambar di mana wanita itu memakai purdah bersama hariz di sebuah restoran. Semakin sakit hatinya apabila melihat kedua dua mereka menunjuk jari manis mereka berdua yang telah dipasang sebentuk cincin.

Ya Allah! Kuatkan hambaMu ini Ya Allah.

Cincin di jari manis nya dicabut. Mahu dia meraung, menjerit sekuat mungkin. Namun airin tetap menahan emosinya.

"Kalau ini yang awak mahukan, baik. Biar saya selesaikannya disini."

●●●

"Kami minta maaf, pihak kami minta maaf. Kalau betul lah gambar ni. Saya minta maaf sangat. Kita tunggu ye. Jangan terus putus macam ni. Lagi beberapa bulan, hariz akan balik. Kita minta dia jelaskan"ujar syed umar ayah kepada hariz.

"Saya minta maaf umar. Kami tak mampu buat apa-apa, keputusan ni..airin dah buat keputusan ni. Kami tak mahu tengok anak kami terseksa"

"Saya faham. Kalau macam tu, apa kami boleh buat. Kami terima, maafkan anak kami, zaid"

●●●

20/7/2021

Berita terkini, pesawak jk1226 telah terhempas menyebabkan keseluruhan penumpang meninggal dunia. Salah seorang penumpang merupakan anak kepada ustaz syed umar yang dikenali sebagai penceramah yang terkenali di malaysia.

Ya Allah!

"Ibu!"

"Sabar sayang. Allah lebih sayangkan hariz."

Pedih! Sakit! Sakit sangat!

Walaupun dia curang pada aku, tapi bukan pengakhiran ini yang aku mahukan. Aku redha, aku redha kalau dia jumpa wanita lebih baik dari aku.

"Kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman ye sayang"  tengku aina mengusap bahu airin. Memberi sokongan kepada gadis itu.

"Ibu... hariz...ibu.."

"Sabar sayang. Doakan yang baik baik. Jangan macam ni, airin. Kuatkan semangat kamu" tengku aina menahan tangisnya. Dia turut sedih atas kepergian hariz. Hariz bagaikan anak lelaki kepadanya.

Dia maafkan salah hariz terhadap airin. Manusia tidak pernah lari dari membuat silap.

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now