"Ibu! Kenapa tak cakap nak datang? Rin tak ada masak pun lagi ni""Saja nak bagi surprise gitu. Ehh ibu ni dari tadi lagi duk tahan. Toilet mana toilet?"
Airin ketawa kecil. Tangannya bergerak menunjuk arah tandas yang berada di belakang. Tengku aina bergegas bergerak ke sana. Buah tangan yang dibawa diserahkan kepada airin pantas.
Tak tahan sangat tu
Airin bergerak ke dapur untuk menyiapkan minum kepada tengku aina . Alang - alang kuih - muih yang dibawa oleh tengku aina turut dihidangkan
"Morning, senorita"
Senorita?
Airin kaku. Matanya memandang arash yang elok bersandar di dinding. Bibirnya bergetar malah tangannya juga bergetar ketakutan.
Apa yang arash lakukan di sini?
"Rash..."
Senyuman sinis di wajah arash semakin meresahkan airin. Sekarang hanya ada dia, arash dan tengku aina saja di rumah ini. Noah sudah berangkat ke tempat kerjanya.
Ya Allah...
Arash berjalan mendekati airin. Tangan airin disentuh lembut namun pantas airin melarikan tangannya dari disentuh arash.
"Ja-.. jangan sentuh aku la" ujar airin perlahan. Ketakutannya terhadap arash semakin membesar.
Ingatan - ingatan buruk dahulu kembali terlayar.
"Aku rindu kau la. Kau tak rindu aku ke? Lama kita tak jumpa. Last jumpa pun masa di cafe kau tu"
"Rash...jangan dekat"
Arash senyum sinis. Tangan airin ditangkap pantas . Arash menggenggam tangan airin erat sehingga rontaan airin pun tak mampu melepaska genggaman itu.
"Tak nak. Arash ja-jangan. Aku tak nak. Sakit! Rash sakit!"
Arash melepaskan tangan airin. Wajahnya menayang riak terkejut. Terkejut melihat reaksi airin kepadanya . Terkejut mendengar rintihan airin yang bagai terseksa itu.
"Ja-..jangan sentuh aku. Tolong rash... aku merayu"
"Airin..."
Sakit. Itu yang arash rasa bila melihat airin takut untuk dekat dengannya. Sakit bila melihat reaksi takut airin terhadapnya.
"Airin, arash... kenapa ni?" Arash memandang tengku aina. Dia menayang senyuman kecil kepada tengku aina. Tidak mahu tengku aina mengetahu apa yang telah terjadi.
Sempat dia memandang airin. Airin juga perlahan - lahan cuba tersenyum. Namun reaksi takut itu masih ada.
"Airin ni ha. Merajuk dengan rash. Sampai nak nangis pula" jawab arash
Tengku aina menggeleng kepala.
"Ada - ada je la kamu berdua ni. Ha rin , tak payah nak merajuk sangat. Arash ni sanggup paksa ibu bawa dia ke rumah kamu ni . Rindu sangat! Ibu nak naik bilik jap ye. Penat , nak rehat kejap. Kamu berdua berbual lah"
"I-...ibu..."
"Okay ibu. Rest well " tak sempat airin memanggiln tengku aina, laju arash mencantas bicara airin
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...