Airin menghadiahkan senyuman manis kepada remaja perempuan di hadapannya. Tangan ralik membuat tandatangan di novel barunya. Suka dia melihat wajah gembira gadis itu.
"Novel akak best tau! Setiap kali saya baca novel akak saya bayangkan diri saya heroin tu." Tak berhenti gadis itu bercakap. Nak tergelak juga la airin dengar gadis di depannya membebel.
"Mana boleh macam tu. Habis heroin yang dalam novel tu awak nak campak mana?" Ujar airin bersama senyuman manisnya.
"Takpe. Saya ganti nama saya jadi nama heroin tu. Heroin dalam novel tu saya campak je la mana mana pun"
"Ish membebel je la kau ni. Cepat la sikit. Turn aku pula ni!" Marah rakannya di belakangnya. Airin ketawa kecil melihat karenah dua gadis itu. Macam-macam..
" ish tak menyabar la kau ni. Hah, terima kasih akak. Love you bye bye" gadis itu memberi flying kiss kepada airin. Airin hanya balas dengan gelengan saja. Ada - ada saja budak zaman sekarang ni.
Selesai dengan acara tandatangan, airin menghembus nafas lega. Letih betul seharian duduk saja. Naik kebas punggung dia ni. Airin mengambil telefon dari dalam sling bag nya setelah merasakan getaran di bag itu. Liur diteguk kesat apabila melihat nama pemanggil itu.
"Err assalamualaikum awak"
"Where are you, airin zalisya?"
"Errrr..awak deng-..."
"Kau dah pergi sana? Kan aku dah cakap biar aku drive! Bukan kau cakap pesta buku tu start pukul 11 pagi ke? Kau tipu aku?"
Ha sudah! Memang dia tipu noah, dia cakap yang pesta buku tu start pukul 1 tapi sebenarnya start pukul 11 pagi. Semua sebab panggilan telefon noah pagi tadi. Noah kata dia ada meeting mendadak. Sebersalah pula dia mahu menyusahkan noah menghantarnya sedangkan lelaki itu sibuk.
"Sorry" sepatah perkataan saja yang dia mampu keluarkan saat ini. Airin menggigit bibir bawahnya. Risau kalau kalau noah marahkannya. Dia dapat mendengar dengusan dari lelaki itu
"Habis pukul berapa?" Airin menilik jam di tangannya
"2"
"Aku ambil kau. Kau jangan gedik nak balik sendiri"
"Eh awak, habis kereta sa-.." airin menjarakkan telefon dari telinganya yang ditutupi tudungnya.
"Hah padan muka kau rin. Memandai sangat kan"ujarnya sendiri. Ada masa 20 minit lagi nak pukul 2. Dan dia yakin sangat noah akan sampai tepat pukul 2. Jarak rumahnya ke tempat ini tidak terlalu jauh tapi tidak terlalu dekat. Tetapi dia yakin sangat noah akan buat apa saja untuk sampai tepat pukul 2.
"Assalamualaikum, kak" airin mendongak melihat wajah yang ditutupi mask itu. Dah kenapa pakai mask? Risau covid la tu
"Waalaikumussalam. Ye, ada apa?"
"Sa-...saya peminat akak. Ni hadiah untuk akak" airin melihat gadis di depannya. Kotak hadiah tu bukan main besar lagi. Apa bende eh dalam tu? Lv? Gucci? Channel?
"Terima kasih dik. Terima kasih juga baca novel akak."
Gadis itu mengangguk sebelum pergi dari meja airin itu. Airin membelek kotak hadiah itu. Cantik betul balutannya. Beberapa hadiah lain diletak sekali dengan kotak hadiah tersebut.
"Kak rin tak balik lagi?" Airin senyum kepada salah seorang staff yang menegurnya itu.
"Belum. Akak tunggu husband akak"balas airin
"Ohh. Hmm untung la dia ada husband. Kita ni balik pun kena drive sendiri. Tidur pun sendiri. Makan pun sendiri"
"Lain kali kahwin la. Haa kan dah dengki dengan akak. Kesian dia single ye" ejek airin bersama ketawa gurauan. Staff itu menjeling airin manja
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...