Tv di depannya dipandang kosong. Ini la orang kata tv tengok kita bukan kita tengok tv. Sejak tadi dia hanya duduk di atas sofa berhajat ingin merehatkan dirinya sambil menonton neftlix tapi malangnya fikirannya melayang jauh entah ke negara puncak mana.
Fikirannya hanya memikirkan perihal seorang gadis yang asyik bermain di minda nya sejak akhir - akhir ini. Entah daya tarikan apa yang gadis itu guna sehinggakan dia menjadi angau begini. Telefonnya dicapai, setahunya hayyad dan damien mengenali gadis itu.
Dia tak mampu menunggu lebih lama. Dia perlu cepat bertindak sebelum terlambat
"Hello?"
"Damien"
"Apa benda kau kacau aku tengah malam buta ni,sengal?!"
"No, sekarang bukan malam buta. Sekarang dah jam 3.00 a.m. jadi dah pagi buta" jawab Noah. Tertawa sinis dia bila mendengar amukan adik bongsunya itu. Marah sangat.
"Cakap la cepat, kau nak apa?"
"Kau kenal airin Zalisya?"
"Kak airin? Kenal sangat. Akak famous tu"
"Nice, bagi maklumat tentang dia pada aku esok. Tepat jam 10 pagi"
"Eh makhluk! Kau call aku pagi buta ni semata-mata nak tanya tu je? Kalau nak tahu sangat, kau google je la nama dia. Senang! Dah bye"
Sebelum sempat noah bertanya lebih lanjut, famien pantas memutuskan panggilan. Berkerut dahi noah. Google? Famous sangat ke sampai dalam google pon ada nama dia?
Kerana keinginannya yang membuak-buak, nama airin pantas dicari dari google.
Nama: Airin Zalisya Bt dato' zaid
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: merupakan seorang penulis dan novelis yang terkemuka. Selain penulis, beliau turut membuka sebuah cafe yang sangat terkemuka. Anak daripada ahli perniagaan ini turut mengambil pekerjaan sebagai guru tadika separuh hari di sebuah tadika swasta
Anugerah: telah mendapat anugerah penulis terbaik dari pelbagai kategori dan juga pernah mendapat anugerah pelajar terbaik sewaktu belajar di kylie's University di England
Pasangan : tiada setelah putus tunang dengan seorang da'i yang belajar di Mesir.
Keluarga: merupakan seorang anak daripada pasangan dato' Zaid yang merupakan seorang pensyarah di UM dan ibunya adalah ahli perniagaan yang mempunyai jenama sendiri dalam bidang kosmetik.
Itu sahaja yang dia tahu tentang Airin. Memang nama Airin ada dalam google tapi tidak terlalu banyak. Namun dengan maklumat ini dia dapat tahu yang airin pernah bertunang.
Dengan seorang da'i lagi! Mestilah. Gadis baik seperti airin itu pasti la mahu mencari seorang lelaki yang cukup ilmu agamanya untuk membimbing dia.
Belakang tapak tangannya diletak ke atas dahi sambil badan enak berbaring di atas sofa. Entah kenapa, saat ini dia sangat inginkan airin zalisya. Melihat wajah polos airin, mata bundar airin bersama bulu mata yang lentik. Pipi yang sedikit kemerah - merahan dan hidung yang mancung persis seperti orang arab.
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...