12

24 6 0
                                    

"Omooo tanteknya terengganuu!!"

"Sayang, kau ni sejak bila jadi macam ni? Astaghfirullahhhh"

Noah menggeleng kepala melihat airin berlari laju ke pantai. Cantik pantai di bumit keluang itu. Airnya jernih dan bersih. Noah membawa beg tangan dan sandel milik airin lalu berjalan mendekati isterinya.

"Awak, cepat ambil gambar saya. Jarang tau boleh datang sini" noah sengih sambil mengeluarkan telefonnya. Beberapa keping gambar airin diambil. Tidak lupa video airin juga. Boleh dia buat video nanti.

"Kalau nak datang setiap hari pun boleh, sayang. Aku bawa kau"

"Mana boleh. Awak busy, saya pun busy. Dalam masa seminggu ni kita kena guna masa ni betul-betul." Noah memeluk pinggang airin dari tepi sambil mereka melihat keindahan pantai itu. Bunyi ombak sungguh menenangkan fikiran mereka yang kusut.

"Yes. Kena guna masa kita ni betul-betul. Balik kl nanti mana tahu boleh bawa berita gembira untuk mummy dengan ibu" airin memandang noah aneh. Berita gembira?

"Baby sayang. Maybe kita boleh bawa balik cucu untuk ibu dengan mummy"

Airin menjeling noah. Ceh, ada la tu nak start dia punya borak nakal nakal tu. Tak malu! Ingat kita ni macam segelintir lelaki ke suka borak nakal nakal. Ada yang teringin lepak underground ni!

"Dah la. Jom makan sotong celup tepung! Saya teringin lama dah"

"Eh takkan dah mengid-.."

"Sebelum saya sepak muka awak biar berderai gigi awak tu, baik jalan cepat! Ada aku bagi tido luar kang!"

Noah membulat mata. Perg! Ayat terakhir airin tu bahaya. Mana boleh tidur luar. Dia dah la tak boleh tidur kalau tak peluk airin. Merana malam dia!

Noah pantas mengejar langkah airin ke sebuah gerai. Belum apa apa airin sudah pun membuat pesanan. Nak terbeliak mata noah bila pesanan makanan airin itu sampai.  3 pinggan sotong celup tepung, 1 pinggan udang celup tepung dan juga 2 pinggan ikan tepung dan 2 air kelapa yang fresh lagi!. Siapa yang nak makan banyak ni?

"Sayang, apa yang kau order banyak ni? Kau bela saka ke?"

"Eh apa bela saka pula? Kan kita makan celup tepung je ni. Makan pula bukan dengan nasi! Ingat kenyang ke kalau order sikit" airin membuat muka jengkel. Noah ni sangat tak memahami. Orang perempuan kan! Biasala kalau makan banyak banyak. Makanan tu pulak favorite.

Selepas membaca doa makan, pantas airin melantak sotong celup tepung. Udang di makan kemudian sebab nak kena kopek kulit dia dulu. Ibu dia pernah cakap cuba la makan sekali dengan kulit katanya sedap. Bila dia try rasa macam telan pisau! Sakit ya mat nak telan tu. Kesudahannya, dia kena gelak dengan dia dan dua adiknya.

Noah tersenyum lebar melihat betapa berselerenya airin melantak makanan itu. Sesekali dia menarik lengan baju airin yang hambir terkena sos dan sesekali dia membetulkan tudung airin. Kemudian dia mengopek kulit udang dan diletak ke piring airin.

"Kenapa tak makan?"soal airin. Dia perasan noah asyik mengopek kulit udang dan letak ke piringnya bukan piring noah. Cair la juga dengan tindakan noah tu. Semakin hari, semakin jatuh cinta dia terhadap suaminya itu.

"Kau makan la. Aku tengok kau makan pon aku dah kenyang"

"Ish! Cliche la ayat. Nak orang suap cakap je la" airin menghulur sotong ke mulut noah. Malu tolak tepi! Rasa bersalah tahu tak bila noah jaga dia bagai nak rak tapi dia buat tak tahu je dengan noah. Mana boleh, buatnya ada perempuan nak sondol laki dia tu!

"Sweet juga bini aku ni"ujar noah membuatkan airin mengangkat sebelah keningnya bangga. Baru kau tahu, aku ni sweet tau.

"Lepas ni kau nak ke mana?"

" jom kita pergi masjid kristal. Boleh la alang-alang tu terus solat maghrib" noah hanya mengangguk dengan senyuman.

Pernah juga dia mendengar tentang masjid kristal. Tentang betapa cantik dan tenangnya berada di masjid itu. Tapi sekalipun dia tidak pernah jejak disitu. Bukan sekali ini dia baru datang ke terengganu. Sudah banyak kali dia datang ke terengganu atas sebab kerjanya. Tetapi sekalipun dia tidak pernah jejak dimana-mana pun masjid di terengganu.

Masjid atau surau di Kuala Lumpur pun dia tak pernah jejak inikan pula di terengganu. Malu. Dia malu dengan airin. Malu kerana kaki ini tak pernah jejak ke rumah Allah. Tapi dia lebih berasa malu dan berdosa dengan Allah SWT. Semuanya di dunia ini milik Allah. Allah telah beri banyak rezeki kepadanya tetapi dia yang lalai dengan dunia.

Matanya memerhati wajah bersih airin yang turut memandangnya dengan pandangan redup. Senyuman termanis airin dihadiahi kepada suaminya.

"Rin sayang awak, noah. Sangat"

Dan Allah telah anugerahkan bidadari seindah airin untuknya. Untuk membawanya lebih dekat kepada Yang Maha Esa.

●●●

Usai solat maghrib, airin dan noah berjalan keluar bersama dari pintu masjid.

"Tenang duduk sini" noah angguk setuju. Tak pernah dia merasai keadaan yang setenang ini. Andai saja dia tahu berada di rumah Allah ini boleh dirinya rasa tenang, dari awal lagi dia akan datang ke masjid.

"Noah" mata noah memandang airin. Suara lembut itu tadi baru saja memanggil namanya.

"Boleh tak saya nak buat permintaan?"

"Of course you can, love" permintaan apa yang isterinya itu mahukan? Tak pernah selama perkahwinan mereka ini airin meminta minta.

Selalunya dia yang memberikan segalanya kepada airin walau ditegah wanita itu. Airin tidak suka meminta minta. Tak suka dimanja dengan kemewahan. Lihatla bagaimana hidup airin. Ibu bapanya seorang yang berkerjaya. Hidupnya mewah dengan limpahan harta tetapi airin tak pernah menunjuk atau berbangga dengan kemewahan itu.

Dia sanggup bekerja sendiri dari bekerja dengan ibu bapa nya. Bukan kerana tidak mahu menolong kedua ibubapanya tetapi kerana dia tidak mahu dihormati dan disanjungi kerana harta ibu bapanya. Dia lebih suka bekerja sendiri, duit sendiri dan atas titik peluh sendiri.

"Rin minta awak stop smoking. Rin tak suka awak smoking. Rin tahu awak bukan selalu merokok but still rin tak nak awak sentuh dah rokok tu. Jaga kesihatan awak, noah"

Lah. Dia ingatkan apa.

"Boleh, sayang. Tapi nak stop susah juga. Boleh tolong aku?"

"Boleh. I'll do anything"noah tersengih nakal. Do anything eh? Emmm

"Setiap kali aku rasa stress, kau kena datang kat aku. Tenangkan aku. Kau je yang boleh tenangkan aku, sayang. Kiss me. Hug me and say that you love me" airin mengemam bibir. Mengada betul la si noah. Rasa macam nak terbakar pipi ni

Kiss?

Hug?

Tu okay lagi

Nak kena cakap i love kat si noah ni?

Ehhh malu tahu tak. Dibuatnya tiba-tiba setiap jam noah ketagih nak merokok, hah tiap jam tu la aku nak kena cakap. Kukmung noah

"Gatal"

"What?" Noah mendekatkan diri kepada airin

"Eh jauh la! Batal air wuduk nanti" airin berlari sedikit jauh dari noah. Nak jaga tau. Nak solat isya' lagi!

"Loveeeeeeee"

"Noah qayyum!!!"

Sengal punya suami! Airin mengelap pipinya yang baru saja dicium noah. Hm gatal. Dasar gatal! Gedik! Mengada!

"Nak kena amik air wuduk pula la ni."

"Tambah pahala la, sayang" airin menjeling noah.

"Gedik!"









NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now