25

15 3 0
                                    

Airin menutup laptopnya. Hilang semua ideanya mahu buat novel. Stress tahu stress! Dia mahu keluar cari angin. Tapi dia sendiri takut untuk keluar. Takut terserempak dengan arash.

Boleh je dia call noah mahu keluar bersama sekarang. Jika dia mengajak noah keluar sekarang ini, pasti noah laju saja mahu menemaninya. Walaupun sesibuk mana pun kerja noah.

Suami yang baik kan?

Biasalah, suami aku kan

Tapi takkan la dia mahu selalu menyusahkan lelaki itu. Tak mahu dia melihat noah bersengkang mata menahan tidur untuk menyiapkan kerjanya. Nak nak lagi kerja noah tertangguh hanya disebabkan oleh dirinya.

Lama airin berfikir mahu melakukan apa saat ini. Matanya terarah ke telefon miliknya.

Call noah?

Tak boleh! Jangan ganggu noah, rin!

Isya? Haish isya mesti busy jaga cafe!

Siapa...siapa!

"Hahh! Aku tahu!"

Telefonnya pantas diambil. Nombor seseorang di dail segera.

"Hello? Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, aikk tiba - tiba je call. Rindu ehh?"

Airin tersenyum kecil. Kepalanya menggeleng saja mendengar suara garau itu.

"Rindu sikit je, yang banyak tu bosan. Datang la sini. Kita tengok kdrama jom"

"ONZZZZ!!!"

●●●

"EHH LARI LA!! YANG KAU TERCEGAT DEKAT SITU KENAPA, SYAITONN?!"

Dia menggigit hujung bantal geram. Ni baru episod first tau, dah buat dia geram gila nak mati.

"WOI, GILE. AKU CAKAP LARI LA BANGANG! KAU TERCEGAT DEKAT SITU TU KAU NAK MAMPOS KE!"

"DAMIEN! Slow sikit. Terkejut kak rin!"

Damien memandang airin dengan senyuman malu. Dia pula terlebih - lebih ni apa pasal. Airin pun geram juga tapi setakat ni tak jerit macam dia yang dah serupa pondan dah.

"Eh, dah bijak dah otak kau tu. Yang kau tak nak lari tu kenapa, young hoon! Haa kan dah kena makan!" Airin memukul bantal di ribanya.

"Kak rin, kita stop dulu la tengok duty after school. Baik kita repeat tengok all of us are dead. Damien nak tengok park solomon"

Airin memandang damien tajam

Amboi!

Bukan main lagi. Tahulah park solomon dalam all of us are dead tu hot nak mati tapi nak rewatch balik all of us are dead? Memang tak lah!

Dia tak sanggup tengok ending macam tu. Nak tunggu season 2 dulu baru dia akan rewatch.

Tengok duty after school ni pun sebab tengah trending padahal tahu ending nya macam mana sekali dengan ending duty after school yang season 2 tu.

Sakit hati pula spoiler banyak sangat kat tiktok!

Jadi mood nak tengok tu jadi kelaut tahu!

"Tengok kingdom la. Kak rin dah lupa macam mana cerita dia. Yang penting ada zombie! Damien ingat ke jalan cerita kindom tu?" Soal damien.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now