Sisa aiskrim milo ditelan kasar. Batang aiskrim dijilat sehingga bersih tanpa meninggalkan sedikit pun kesan aiskrim.
Airin menjeling gadis - gadis yang asyik memandang ke arah noah.
Tadi selesai saja membeli aiskrim di kedai runcit, dia sendiri mengajak noah untuk ke pantai. Alang - alang waktu petang kan. Boleh la healing sambil - sambil dating dengan encik suami.
Ingat nak bersuka - ria dengan noah, last - last sakit hati yang dia dapat. Dasar gatal betul perempuan zaman sekarang. Mata tu agaknya bulu mata dia tu berat sangat kot asyik duk kerling - kerling suami orang.
Terdesak ke apa? Takkan tak nampak lagi cincin kat jari ni ha. Suami aku ni siap duk peluk bahu aku lagi.
Buta agaknya
"Love, apa yang kau duk jeling - jeling tu? Tak cukup ke 3 aiskrim tu? Nak aku pergi beli lagi ke?" Soal noah.
Pelik betul dia melihat tingkah airin.
Tadi elok je gelak - gelak lepas dapat aiskrim. Sekarang ni dah macam nak bunuh orang pulak. Ni kalau usik sikit ni confirm kene ganyang ni.
So, sebelum kena ganyang lebih baik dia susun ayat bagi cantek dulu baru boleh tanya. Ni bukan takut bini ye. Ni namanya sayang bini.
"Awak tengok la tu! Gatal betul mata tu duk usha - usha laki orang. Desperate sangat nak cari jantan ke sampai laki orang pun nak usha" bebel airin.
Noah mengerling gadis yang dimaksudkan airin. Kemudian , senyumannya terukir lebar. Ni kes cemburu ke apa ni. Wah cemburu? Maksudnya airin sudah mula sayangkan dia la kan?!
"Sayang cemburu ke?" Tanya noah.
Pipi merah airin ditekup dengan kedua telapak tangannya. Dah merah dah pipi gebu budak ni. Mungkin sebab panas kut?
"Cemburu apa nya. Rin ni dah jadi bini awak dah pun. Dah boleh peluk awak. Perempuan tu setakat boleh pandang je. Heleh tak sama level!" Ujar airin . Bukan main mendabik dada lagi si airin ni. Bangga betul.
Noah mengambil tisu dari poketnya lalu kesan comot di tepi bibir airin dilap penuh lembut. Satu perubahan kepada dirinya sejak berkahwin dengan airin. Tisu wajib selalu ada dalam poket. Airin kata senang nanti ada comot kat mana - mana, tumpah apa - apa ke.
"Tengok tu tengok tu. Awak! Dah kenapa dia datang sini ni?!"
Noah memandang wanita yang semakin menghampiri mereka itu. Wajah noah serta merta bertukar datar. Matanya hanya memandang wajah bersih isterinya. Tak mahu la airin makin cemburu nanti kalau dia melihat perempuan lain.
"Encik..." suara manja gadis itu noah abaikan. Airin memandang gadis dihadapannya sinis.
"Hye...awak, boleh kenal tak?"
Sekali lagi noah mengabaikan gadis itu. Jari - jemari airin dimainkan. Sesekali dia mengucup jari runcing airin.
"Awa-..."
"Kau boleh berambus tak? Aku nak dating dengan bini aku pun tak tenang" berang noah. Matanya tajam memandang gadis itu.
YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...