7

18 5 0
                                    

"Pergi la! Jangan kacau aku boleh tak?!" Hayyad menepis tangan gedik farisya yang cuba menyentuh badannya.

"Hayyad, boleh tak you jangan jual mahal sangat? Please, i tahu you sukakan i juga kan?" Farisya senyum gedik. Matanya dikelip-kelip acah comel depan hayyad. Suara pula dia kepik sehabisnya. Dengan lenggok tubuh badannya lagi.

"Faris, boleh tak kau sedar diri kau?! Aku ni lelaki kau pun lelaki! Tak hingin la aku dengan kau!" Cepat-cepat hayyad cuba larikan diri dari farisya atau juga dikenali sebagai faris, nik faris idham.

"Farisya la! Siapa faris?!" Farisya menghentak kaki geram. Benci! Dia sudah lama memyimpan rasa suka kepada hayyad tapi lelaki itu tak pernah menghargainya.

Apa dia tak cukup cantik ke? Setahunya, dia sudah membayar mahal pembedahan plastik demi mengurat hayyad. Tapi tetap lelaki itu terus mengabaikannya.

Langkah hayyad dikejar cepat. Pantas sahaja lengan hayyad dipegangnya.

Ya Allah!! Hayyad menjerit dalam hati. Kalau boleh, nak je dia tampar, sepak, tumbuk ha kalau boleh bunuh terus si faris ni a.k.a farisya.

"Apa yang kau tak faham ni, faris? Aku tak suka kau and aku ni straight!. Kau ni, elok - elok Allah cipta kau sebagai lelaki yang kau pergi bedah sana bedah sini botox sana botox sini dah apahal?taubatla faris. Masih sempat kau nak bertaubat" tak pasal-pasal dia buka tazkirah pendek pagi-pagi ni.

"You jangan nak ceramahkan i, hayyad. I tak kira. I want you to be my boyfriend. Kalau ta-.."

"Kalau tak apa? Eh senah, for your information aku dah ada girlfriend! Kau dengar? Aku dah ada girlfriend. Girlfriend aku lagi cun dari kau! Lagi mantap, and girlfriend aku tu perempuan original! Dah ah, blah sana!"

Hayyad menghempas pintu keretanya kuat. Dia mengabaikan farisya yang mengetuk pintu keretanya bertalu - talu. Nasib tak pecah je cermin pintu keretanya!

" Sebok la pondan ni! Eih stress hidup aku! "

●●●

"So, kau betul nak kahwin dengan adik aku?" Dian bermain dengan pen ditangannya. Sesekali dia mengerling wajah Noah. Ingin melihat kejujuran lelaki itu

"Aku betul nak kahwin dengan dia. Aku sukakan dia. Sejak pertama kali aku jumpa dia" air kopi dihirup perlahan. Sedap betul air buatan tengku aina, ibu kepada dian dan airin.

"Okey, jangan risau bro. Aku percayakan kau untuk jaga adik aku. Adik aku nak jumpa tu. Dia suruh jumpa di swimming pool. Jangan risau, situ kawasan terbuka." Noah tersengih sinis. Dia lagi suka kalau di kawasan tertutup. Boleh la dia duduk dengan airin berdua saja. Tanpa gangguan orang lain.

Noah pantas bergerak ke swimming pool rumah milik dian. Hari ini dia telah menghantar rombongan meminang airin untuknya. Tidak la secara mengejut kerana dari awal lagi dia sudah beritahu dian dan tengku aina. Hanya airin saja yang tidak tahu. Entah bagaimana reaksi airin.

"Rin" panggil Noah. Airin pantas berpaling memandang Noah.

"Noah, sila lah duduk" Noah duduk disebelah airin namun masih mengekal jaraknya dengan airin.

"Kenapa awak hantar rombongan meminang saya?"soal Airin. Tak berani menatap mata Noah, wajahnya hanya menunduk ke bawah.

"Aku suka kau. Tak ada sebab lain lagi"

"Tapi.. saya.."

"Aku tak kisah pasal masa lalu kau. Aku akan tolong kau lupakan masa lalu tu."

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now