3

17 3 0
                                    

                 Beg   galas   diletak  bersebelahan  kerusi pemandu. Hayyad keluar dari kereta mewahnya. Kakinya   laju   menuju   ke  cafeteria   kampusnya. Bosan rasa hidupnya. Kalau tak ke fakulti, tempat lainnya   adalah  di  rumah  mummynya. Kalau tak pun  gym.  Kadang-kadang  menyesal  pula  ambil master, mujur saja dia cuma ada beberapa bulan lagi   untuk   menamatkan   pengajiannya.

"Yad,  apesal   lambat?   Lama  tho   aku   tunggu" hayyad   mengendahkan   suara   rengekan   dua sahabatnya.  Nasib  baik  la  cuma   dua   ketul   ni je  kawan  dia,  kalau  tak  dah  lama  campak bawah   tanah.

"Biasalah.   Aku   busy   sikit   lately  ni"   jawab hayyad.   Lirikan   mata   gadis - gadis   dalam  cafe itu   dia   abaikan.   Dah   biasa   dengan   keadaan seperti   itu.   Bosan!

"So   macam   mana   dengan   cadangan   aku?korang   setuju   tak?"   Soal   salah   seorang rakannya

"Aniq,   kau   ni   tahu   enjoy   je.   Assignment   dah siap   ke   belum?"   soal   farel   firdaus.

Wajah   cemberut   Aniq   ditayang.   Hayyad menggeleng   melihat   tingkah   dua   rakannya itu.   Pantang   jumpa,   asyik   nak   gaduh   je.   Nak kata   laki   bini,   dua   dua   lelaki.   Nak   cakap gay,   hmm   boleh   jadi.

"Kalau   kau   nak   holiday,   kau   pergi   seorang la.   Aku   banyak   kerja   lagi.   Dengan   company arwah   daddy   aku   lagi   nak   kena   urus.   Si noah   tu   bukan   boleh   percaya.   Kerja   arkitek dia   pun   banyak   sampai   tak   cukup   tangan. Damien?   Arwah   la   company   tu"  bebel Hayyad.

Inilah   Hayyad.   Dengan   orang   terdekat   saja dia   banyak   bercakap.   Kalau   dengan   orang lain,   hmm   hampeh.   Dia   bukannya   seorang yang   dingin.   Perkataan   itu   lebih   sesuai kepada   abang   sulungnya.   Dia   lebih   kepada introvert.   Bukan   dia   yang   cakap   tapi  makhluk   dua   ketul   tu   yang   cakap.

Kalau   ada   orang   tegur   dia,   sepatah   je   dia balas.   Hayyad   seorang   yang   pemalu   dengan perempuan.   Puncanya?   Entah   la.   Tapi   kalau lelaki   dia   okay   je.   Takkan   nak   malu   dengan lelaki?   Cuma   dia   tak   pandai   sangat   nak   bercakap.   Tapi   bila   tiba   waktu   dia   bekerja, dia   seperti   orang   lain   yang   menumpang   ke badannya.   Tegas,   yakin   dan   bijak!   Mungkin sebab   ini   dia   tidak   terlalu   rapat   dengan   airin   zalisya.   Kadang   dia   malu   untuk   bertegur   sapa   dengan   gadis   itu.

"Kau kenal dekat kan dengan Airin Zalisya?" Hayyad mengerut dahi. Baru tadi fikir tentang gadis itu sekarang sudah disoal.

"Tak rapat sangat. Tapi kenal, asal?" Matanya memandang aniq. Ni dah kenapa acah-acah malu?

"Boleh tak kau kenalkan dia pada aku?"

"Eh apahal aku pula?"

"Kau kan rapat dengan dia. Hah! Setahu aku si damien pon rapat dengan dia kan! Tolongla aku" hayyad diam memikirkan kata-kata aniq. Bukan dia tak mahu tolong tapi dia..

"Sorry bro. Tak boleh. Percayalah cakap aku. Even aku kenalkan kau dekat dia, kau bagi la dia kereta audi sekalipon dia tak akan layan kau. Dia bukan macam perempuan lain. Dia terlalu baik. Aku cau dulu, ada kerja nak kena buat."

Farel  dan  aniq  memandang  sesama  sendiri sebelum  melihat  bayang  hayyad  yang  semakin hilang.

●●●

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now