9

16 5 0
                                    

"Sayang, tolong aku" airin yang tadi sedang mengelap meja makan terhenti kemudian memalingkan wajahnya memandang suaminya.

"Ye, awak" sahut airin

"Ikatkan tie ni. Tiba- tiba tangan lenguh nak ikat" noah menghulur tali leher hitamnya kepada airin bersama senyuman nipis.

Airin menjeling noah manja. Tangannya naik ingin mengikat tali leher itu. Namun kerana ketinggian mereka terlalu ketara membuatkan pergerakan airin terbatas. Noah tersenyum senget.

Badan kecil airin didukungnya membuatkan gadis itu terjerit perlahan. Dada bidang noah ditepuk lembut

"Terkejut rin"

"Pendek sangat. Dulu masa kecik, ibu tak bagi minum susu ke?" Ejek noah. Dia tersenyum mengejek kepada airin yang sudah pasang wajah cemberut

"Bukan rin yang pendek. Awak tu yang tinggi. Tinggi tinggi nak ke mana?"

Betullah kan, bukan si pendek yang pendek. Tapi si tinggi yang terlebih tinggi. Tinggi macam tiang siapa je nak? Tapi airin nak kalau tiang tu noah, eh?

"Nak ke hati sayang"

"Ish" sekali lagi dada bidang itu menjadi mangsa pukulan airin. Airin meneruskan kerjanya mengikat tali peher itu. Setelah selesai, airin menepuk dada bidang noah dan mengusap bahu noah. Saja nak kemaskan lagi kemeja yang dipakai lelaki itu.

"Siap. Now turunkan rin" badan noah membongkok ingin meletak airin  di atas meja makan. Belum sempat airin ingin menjauhkan dirinya dari noah, bibir gadis itu menjadi mangsa bibir noah. Noah tersengih nakal

"Awak!" Noah ketawa kuat. Makin comel muka airin bila kedua pipi gebu gadis itu mula memerah.

"Gatal!"

"Dengan kau je. Aku balik awal harini. Masak sedap-sedap, sayang. Risau suami kau ni balik nanti nak makan kau kalau kau tak masak"

Noah mencium lama dahi gadis itu menyalur rasa cintanya yang mendalam kepada gadis itu. Walaupun dia tahu airin masih belum mampu cintakan dia seperti cinta nya dia terhadap gadis itu tapi dia tetap akan berusaha. Cintanya hanya untuk gadis itu. Gembiranya, sedihnya dan sakitnya hanyalah kerana gadis bernama airin zalisya.

"Awak ni kalau tak gatal memang bukan awak la. Dah dah pergi kerja sana. Lama-lama duduk sini makin melalut"ujar airin tanpa memandang noah. Masih malu dengan tingkah noah tadi.

"Aku pergi ,sayang. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"airin menyalam tangan noah. Tidak lupa dia menghadiahi sebuah ciuman ke pipi kanan noah. Rutin baru mereka bila noah pergi kerja. Rutin ini dipaksa oleh noah walaupun pada mulanya dia malu tapi tetap dia melaksanakan perintah noah. Tak apalah, tambah pahala kan?

Setelah melihat bayang kereta noah semakin hilang, airin menutup pintu rumahnya. Airin melihat sekeliling kondo itu. Sangat mewah kondo milik noah. Tidak anehla, noah itu arkitek. Rumah dan kondo itu direka oleh noah sendiri. Hiasan dalam juga noah yang hias. Sepatutnya mereka akan berpindah ke  rumah milik noah yang merupakan banglo 3 tingkat tapi awal lagi dia berkata tidak mahu.

Kondo ini lebih tenang. Tiada suasana bising dengan bunyi kereta. Tiada suasana yang sibuk. Sungguh dia tenang disini.

Airin tersenyum nipis. Selepas sebulan perkahwinan antara dia dan noah, sungguh dia hidup gembira. Noah melayaninya bak ratu. Rasa seperti tak layak dia memiliki noah. Hadiah apa lagi yang lebih bermakna kepada seorang suami selain dari apa yang setiap wanita jaga itu.

Sungguh airin rasa malu terhadap noah. Noah terlalu baik untuk dia yang kotor namun bila dia membangkitkan hal ini kepada noah, noah sering memujuknya dengan ayat-ayat manis lelaki itu. Semakin hari, perasaannya terhadap noah semakin membesar. Tipu jika tiada langsung rasa cinta kepada suaminya sendiri.

Tapi semakin bercambah rasa cinta kepada noah semakin luas rasa bersalahnya terhadap arwah hariz.

'Senorita, selalu ingat aku ye' airin mengerut dahi. Tangannya naik menekup telinganya. Suara itu. Suara jijik itu. Suara yang dia benci.

'Kau milik aku, senorita.' Airin menangis semahunya. Pipinya basah dengan air mata.

"Tolong..jangan ganggu aku lagi"

●●●

"Apa-apa hal, kau cakap kat damien. Aku punya final test dah dekat" hayyad menghulur fail hitam itu kepada personal assistantnya.

"Yad!" Pintu pejabat itu dirempuh dari luar. Hah panjang umur budak terencat tu. Hayyad menjeling damien lalu mengarah personal assistantnya untuk keluar.

"Hm?"

"Kau tahu tak-"

"Tak tau tak nak tahu" damien menjegil mata.

"Dengarlah ni bahalul. Tadi masa aku nak naik atas ni, aku tengok drama bro!"

Hayyad menjeling damien. Tengok drama pon nak heboh ke? Kau nak tengok drama ke nak berdrama ke lantak kau la damien

"So?"

"Ish tak fun la kau ni! Kau tahu tak siapa yang buat drama tu?" Damien mengangkat keningnya berkali kali sambil tersengih seperti kerang tak cukup masak.

"Siapa?"soal hayyad. Layankan je la adik bongsu dia tu. Kalau tak layan kang nanti dia yang kena bebel dengan mummynya

"Kawan kak airin. Siapa eh nama dia? Hah! Isya. Isya tu gaduh dengan si pondan faris tu tho! Dekat lobi bawah ni!"

"What?!" Hayyad berdiri tegak. Kakinya cepat melangkah sana. Apa benda la buat drama dekat lobi syarikatnya. Jatuh maruah syarikatnya nanti? Dan macam mana pula si isya tu boleh ada di sini?!

Ternganga hayyad melihat pandangan yang cukup tak menyenangkan itu. Farisya aka faris hampir melayangkan tamparannya ke wajah isya. Dan isya hanya kaku di tempatnya.

"Enough!" Jerkah hayyad. Terhenti pergaduhan antara isya dan farisya. Nak gugur rasanya jantung hayyad melihat keadaan isya. Tudung yang dipakai isya tu hampir saja tercabut dari kepalanya. Muju saja isya memakai anak tudung.

"Hayyad, you tengok apa yang betina ni bua--"

"Stop it farisya! Kau berambus dari company aku sebelum aku panggil guard heret kau macam  binatang!"

Hayyad mengabaikan farisya lalu bergerak ke arah isya. Dia membetulkan tudung isya yang sudah tersenget. Namun cepat cepat isya menegah perbuatan hayyad. Risau jika tersentuh kulit. Harom harom.  nanti dah kahwin, sentuh la kalau nak sentuh. Dia rela

"But yad, dia yang sta--"

"Shut up!!" Hayyad menjeling farisya. Kemudian dia menarik lengan isya yang berlapik dengan lengan baju gadis itu. Mereka menuju ke arah bilik pejabat milik hayyad. Sempat isya berpaling sambil membuat muka mengejek kepada farisya.

"What?! Kurang ajar punya betina!" Farisya mendengus kasar. Damien sudah bantai gelakkan fake girl itu.

"Haiihh penat la hari-hari layan drama. Faris, aku harap kau jumpa perempuan yang boleh tolong kau normal balik ye. Nanti nanti, share la tempat yang kau pergi berubah tu. Boleh la aku pergi jenguk jenguk sikit" damien meninggalkan farisya.

Haih penat penat.

Macam nak pecah perut tengok drama tadi. Elokla baru kemarin dia layan drama snowdrop. Menangis tak berlagu dia tengok ending cerita tu. Tiber hari ni dia dapat tengok real drama yang buat dia ketawa. Romance comedy yang terlebih comedy ni.

Kesian isya. Saingan dia bukan calang-calang. Siap ada halkum lagi saingan isya ni! Hah  kau hado?

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now