8

17 3 0
                                    

Airin mengerut dahinya. Rasa terganggu bila ada air yang memercik di wajahnya. Hujan ke? Takkan bocor kut bumbung rumah ni? Dia membuka matanya perlahan-lahan. Pemandangan pertama yang menyapa wajahnya adalah seorang lelaki.

Siapa ni? Handsome pula tu

"Awak siapa?" Soal airin. Dia memandang kosong wajah itu. Tawa kecil terdengar di telinganya

"Cuba teka" ujar lelaki itu.

"Awak ni datang nak culik saya ke? Kalau ye, saya rela. Sebab awak ni handsome" airin tersenyum gatal. Aneh aneh je mimpi dia tu. Kalau setakat dalam mimpi, dia rela la kena culik dengan abang hot.

"Eh gediknya dia. Handsome sangat ke aku ni"

"Handsome. Dalam mimpi ni je jumpa awak. Nanti tak jumpa dah. So saya kena la manfaatkan"

Noah ketawa kuat. Dia ingat mimpi rupanya. Haih, Comel je isterinya. Isterinya. Hmm gelaran baru yang baru mereka dapat kelmarin.

Semakin lebar senyuman noah. Eh, bahagia! Tangannya naik memeluk badan airin. Dia meniup lembut telinga airin yang terdedah tanpa tudung.

"Sayang-... waikey waikey. This is not dream"

Airin membuka matanya luas. Tersedar dari ngantuknya. Wajahnya sudah memerah mengenang kembali dirinya yang tadi.

''Awak..."

"Hmmm, dah bangun? Masih mimpikan lelaki handsome ke?" Noah menyembam wajahnya ke leher airin.

Airin diam. Masih malu dengan sikapnya. Tangannya turut naik memeluk badan noah, menyorok kan wajahnya di dada bidang noah. Rasa macam nak kurung diri dalam tandas je. Malu tahu!

"Malu,hmm? It's okay, sayang. At least aku tahu yang aku ni handsome. Sampai masuk dalam mimpi kau"

"Awak, diamlah!" Noah ketawa lagi. Hari kedua sebagai suami kepada airin zalisya sungguh memberinya nikmat. Kalau dia tahu bahagianya perkahwinan, sudah lama dia masuk meminang gadis ini.

"Pergi mandi. Lepastu kita solat ye" airin mengangguk namun seketika dia kekal ditempatnya memandang wajah noah.

"Sayang, aku dah tengok youtube tadi. Cara solat, berwuduk semua aku dah belajar. Now kita kena solat ye" lembut saja noah berkata. Kalau la dian dengar ni, mahunya dia diketawakan.

"Okey. Awak tunggu tau"

"Iye, love"

30 minit berlalu, pasangan itu selesai mengerjakan kewajiban mereka. Noah berpaling memandang airin lama. Airin mencapai tangan suami lalu dia mencium belakang tapak tangan noah. Serta merta, noah menarik senyuman gembira.

"Awak..apa kata kita tukar panggilan. Nak tak?" ujar airin dengan nada teruja.

"Nak tukar macam mana?" Noah berbaring di riba airin. Matanya tak terkalih dari memandang wajah airin dari bawah. Perfect!

"Saya rasa saya nak panggil awak, abe noh. Nak lebih singkat benoh. Macam seksi je. Ada pelat kelantan gitew" airin ketawa kecil. Tangannya bermain dengan rambut lebat noah.

Noah mengerut dahi. Benoh? Abe noah? Macam tak sesuai je dengan dia.

"No! Aku tak nak. Kalau nak seksi, kau boleh je panggil aku daddy. Baby pun boleh" noah mengangkat kening berkali kali bersama senyuman gatal. Dia memegang tangan airin dan mengucup tangan itu berkali-kali.

"Baby? Baby otak dia. Dah besar gedabak ni nak panggil baby?"

Noah ketawa melihat mimik muka airin. Airin sebelum dia nikahi sangat berbeza perwatakannya dengan airin yang ini. Tapi dia suka! Airin yang sekarang ni hanya dia saja yang tahu.

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now