LUTH | 2

240 35 45
                                    

Luthfia menolak daun pintu kedai sedikit kasar sehingga daun pintu yang berlanggar dengan wind chime yang tergantung dekat dengan pintu berbunyi kuat.

Lukman yang khusyuk melihat telefon, mengalih pandang ke arah pintu kedai. Keningnya terjungkit.

"Aku ingatkan gajah tadi." Seloroh Lukman apabila melihat Luthfia yang melangkah masuk. Mata dikalihkan ke papan layar telefon kembali.

Luthfia mencerunkan matanya memandang Lukman. Terasa kecik besar, kecik besar je Lukman dimatanya ketika ini.

Luthfia melangkah ke arah Lukman lalu di starlight kepala adiknya itu, "Semua salah kau!"

"Adoi!" Lukman mengaduh sakit.

Terlepas telefon ditangan, "Kau dah kenapa?" soal Lukman sambil menahan bisa sakitnya kepala diseligi Luthfia. Tak ada ribut, tak ada apa ...

"Kau pergi mana tadi? Kau tahukan hari ni kau yang kena buat delivery. Kau tau tak, disebabkan kau la aku ..." Luthfia ketap bibir bawah tak meneruskan ayat ...

"Kau kenapa?" Lukman menggosok-gosok kepalanya dengan harapan hilang sakitnya. Tangn Luthfia boleh tahan berbisa.

"Kau pergi mana tadi?" tanya Luthfia sekali lagi. Alang-alang kesabarannya masih ada beberapa lapis lagi, dia bagi peluang Lukman membela diri.

"Aku bawa Jannah pergi klinik. Nek Ma call tadi bagitahu dia demam panas." Terang Lukman.

Letak sahaja telefon, memang kelam kabut dia berlari keluar dari kedai sampai lupa nak bagitahu Luthfia. Hanya kerana dia keluar dari kedai Luthfia nak marah? Duga Lukman. Tapi bukannya Luhtfia tak biasa. Kenapa hari ni nak marah pula?

Luthfia diam.

Jannah bukan orang lain, kawan baik dia juga merangkap girlfriend Lukman. Dua ketul tu dah bercinta sejak dari zaman sekolah lagi.

Lagipun Luthfia tahu situasi keluarga Jannah. Kalau dia nak terus marahkan Lukman, rasa macam cheap pula. Macam dialah manusia yang paling tak bertimbang rasa dalam dunia ni. Tak nak faham kesusahan orang lain.

Okay, tak apa. Dia terima alasan Lukman.

Anggap jelah nasib dia malang hari ni. Mungkin sebab aku keluar kedai guna kaki kiri tadi kot sebab tu jumpa orang gila hari ni. Ciss.

"Kau kenapa?" aju Lukman sekali lagi.

Pelik juga dia. Apa yang jadi sampai Luthfia marah macam ni? Walaupun dia tahu Luthfia short tempered, tapi jarang la Luthfia nak marah tak bersebab. Mesti ada sesuatu ni ...

Lukman tenung muka Luthfia dalam-dalam menanti jawapan.

"Kau tak payah tahu." Lukman di jeling tajam sebelum dia berpusing dan berlalu.

Lukman yang diseligi tanpa sebab : ???

Diperhatikan Luthfia yang berlalu dengan muka confuse. No explanation? Dia kena seligi free je ke macam mana? Datang bulan ke apa dia ni?

Melihat Luthfia yang dah mula memanjat anak tangga, Lukman memanjangkan leher kemudian melaung.

"Luth, ibu cakap malam ni kita dinner dekat luar."

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now