LUTH | 7

188 26 19
                                    

"Luth, jom lunch. Aku dah lapar~" Rengek Mona sambil berpaut pada dinding partition cubiclenya. Sengaja dileretkan hujung ayat, menagih simpati seorang Luthfia.

"Lima minit. Bagi aku sort out quotation dari Premier ni kejap." Kata Luthfia tanpa mengangkat wajah. Tangan laju mengasingkan kertas-kertas yang berselerak diatas meja.

"Lima minit kau tu nanti jadi sepuluh minit. Jomlah. Lepas lunch sambunglah balik~" kali ni Mona dah berdiri disebelah Luthfia. Dikuis-kuis hujung baju kawan tu.

"Yelah Luth. Kerja tu sampai kiamat pun tak habis. Jom lunch. Akak belanja hari ni." Kata Kak Salbiah yang tiba-tiba berdiri didepan cubicle Luthfia.

"Seriuslah kak. Luth je?" soal Mona sambil kelopak mata dikelip-kelipkan tanpa henti.

"Yelah, kau pun ..." Kata Kak Salbiah menjeling. Risau pula terbang kelopak mata si Mona ni dengan tahap kelajuan kelipan itu.

"Kak, kalau nak belanja lebih afdal tiga orang. Ape kata akak belanja saya sekali." Datang pula si Baim menyapa dengan sengih lebar. Yang sorang ni memang pantang dengar perkataan belanja. Tau-tau terpacak depan mata. Ilmu apa pakai pun tak tahu.

"Aah ... Aku belanja kau air je. Makan kau bayar sendiri." Seloroh Kak Salbiah.

"Kalau macam tu saya nak ZUS Coffee la kak."

"Amboi kau ... Air masak je. Tak payah nak berZUS bagai."

Mona dan Baim pecah ketawa disitu. Luthfia sengih mendengar bicara tiga orang yang mengelilingi tempat kerjanya. Dah hampir seminggu dia menjalani latihan industri, memang Mona, Kak Salbiah dan Baim kawan makan tengah harinya.

"Okey done. Jom." Luthfia bangun dari duduknya lalu mencapai beg duit dan telefon diatas meja. Mereka berempat berjalan beriringan menuju kearah pintu lif.

Sambil menunggu lif, Mona dan Kak Ayu sibuk berborak perihal anak bongsu Kak Ayu yang baru masuk tadika. Luthfia pula sibuk memeriksa emailnya di telefon.

"Banyak ke quotation yang tak dapat lagi?" tanya Baim yang berdiri disebelahnya.

"En. Ada empat, lima company lagi tak bagi." Jawab Luthfia sambil mata masih melekat pada papan layar telefonnya.

Ting. Bunyi pintu lif terbuka.

Luthfia mengangkat kaki untuk masuk ke dalam perut lif. Oleh kerana matanya masih tekun menghadap telefon, dia tak sedar yang Mona, Kak Salbiah dan Baim masih terpacak pada kedudukan masing-masing tanpa ada keinginan untuk bergerak langsung.

"Eh Luth ..." Mona menarik lengan baju Luthfia hingga membuatkan langkahnya mengundur kebelakang setapak.

Luthfia mengangkat muka lalu menoleh ke arah Mona yang kelihatan terkejut. Dua keningnya berkerut dan mulutnya seolah ingin mengatakan sesuatu. Tetapi mata Mona tidak tertumpu kepadanya.

Huh? dah kenapa minah ni?

Luthfia berpaling ke arah tuju pandangan mata Mona, iaitu ke dalam perut lif yang pintunya masih terbuka.

Didalam perut lif, terdapat... satu... dua... tiga... lima, lima orang lelaki yang boleh tahan tinggi dan berbadan sado. Lengkap bersuit hitam dengan kaca mata hitam serupa agent dalam Man in Black. Di telinga terdapat earpiece yang melekap. Masing-masing muka ketat macam baru lepas telan cuka sebotol.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now