LUTH | 3

210 32 13
                                    

Dia macam ni, kalau benda tu kita tak nampak, maka secara automatiknya benda tu tak wujud.

Luthfia mengalihkan pandang ke arah lain, seraya kakinya melangkah mengelak Kyle yang berdiri di tengah-tengah jalan.

Kyle ketawa kecil melihat Luthfia yang berpura-pura seolah dia tidak wujud di situ.

"Hye ..." Dia cuba menarik lengan Luthfia, tapi Luthfia terlebih dahulu mengelak. Kali ini dia tak akan membiarkan lelaki itu memengangnya sewenang-wenangnya.

Luthfia merenung tajam lelaki didepannya itu, wajahnya jelas tidak suka, masam.

Kyle menilik wajah Luthfia yang masam mencuka, hatinya dijentik perasaan lucu melihat wajah gadis didepannya ini. Entah kenapa bila dia melihat Luthfia, terbayangkan seekor hodgehog; pantang rasa terancam, pasti duri di badan akan tegak terpacak.

"Buat apa dekat sini?" soal Kyle serius menyembunyikan hujung bibir yang nak terjungkit. Matanya tak lepas pandang, memandang wajah Luthfia yang ayu berhijab. Tak tipu jantungnya berdegup kencang sesaat ketika Luthfia mengangkat wajahnya tadi.

Luthfia bisu tak menjawab. Rasa menyesal pula tak terus ikut ibu naik ke atas tadi. Macam dekat restoran tak ada toilet je ...

"Baby ..."

"Kau jangan panggil aku baby eh!" marah Luthfia geram. Mata bundarnya dijengilkan.

Bila diingat balik kisah siang tadi, lagi bertambah-tambah panas hatinya. Tak keluar watak lagi ke apa mamat ni?

Kyle ketawa kecil melihat mata Luthfia yang membuntang. Dengan muka cantik itu kelihatan merona merah, nampak macam marah betul gamaknya.

"Lain kali orang tanya jawab. Ada emas ke dalam mulut tu yang susah sangat nak jawab soalan? hmm?" soal Kyle sambil tangan memeluk tubuh. Senyum segaris yang menghiasi bibirnya menaikkan lagi level wajah kacak lelaki itu.

Luthfia mencerunkan matanya, "Aku percaya itu bukan masalah kau. Hotel ni bukan kau yang punya. Ikut suka la apa aku nak buat dekat sini." Tempelak Luthfia sinis.

Kyle angkat kening sebelah mendengar jawapan Luthfia. Kalau dia cakap hotel ni memang dia yang punya, agak-agak Luthfia percaya?

Dengan senyum masih di bibir, "Indeed. Bukan masalah aku. Aku tak sepatutnya tanya dan aku minta maaf. But still, aku nak berterima kasih sebab tolong aku siang tadi. So as promised, aku bayar. Just state your price." Katanya sambil mengisyaratkan tangan ke arah Hilmi yang berdiri tidak jauh darinya.

Melihat tindakan lelaki itu, Luthfia mengalihkan pandangannya kepada seorang lelaki yang sedang jalan menghampiri; dia baru perasan yang lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka sedari tadi.

"Cik boleh hubungi saya. Ini kad saya." Kata Hilmi sambil menghulurkan business card kepada Luthfia.

Lama Luthfia tenung kad yang dihulurkan. Dua keningnya berkerut sehingga bercantum.

Dia baca perkataan yang tertulis pada kad itu; hanya ada nama dan nombor telefon sahaja.

Melihat pada kualiti kad hitam yang tebal itu, dengan tulisan berwarna emas, dah tahu kad itu mahal. Mengambarkan pemilik kad itu bukanlah biasa-biasa.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now