LUTH | 26

125 15 17
                                    

"Terima kasih Encik Aidan belanja makan." Tersenyum lebar seorang Mona sambil memaut lengan Luthfia.

Hanya tinggal mereka berdua di ruang legar restoran itu memandangkan semua ahli Team A yang lain, masing-masing sudah pulang ke rumah.

Malam itu Aidan belanja mereka makan memandangkan hari ini adalah hari terakhir latihan industri Mona dan Luthfia. Jadi selepas waktu maghrib, mereka bersama-sama bergerak ke restoran berhampiran.

Aidan hanya mengangguk mendengar kata-kata Mona.

"Awak balik macam mana?" soalnya.

"Owh, tunang saya dah tunggu dekat luar." Balas Mona malu-malu. "Saya balik dulu ye Encik Aidan. Terima kasih banyak bagi saya peluang timba ilmu dekat syarikat Encik Aidan dua bulan lebih ni." Sambung Mona lagi.

"It's my pleasure actually, to have both of you kerja dengan saya. Kalau awak nak cari kerja lepas habis belajar nanti, kalau sudi, datanglah kerja dengan saya. And of course, you too Luth." Kata Aidan kepada Mona dan kemudian memandang Luthfia yang dari tadi mendiamkan diri di sebelah Mona.

"Betul ni?" soal Mona sedikit teruja.

Pandangan mata Aidan kembali kepada Mona, "Yes. Awak boleh rakam kata-kata saya kalau awak tak percaya."

"Saya percaya!" bersungguh Mona mengangguk.

Perlakuan mona terhenti apabila telefon di dalam begnya berlagu. Dah boleh agak siapa.

"Tunang saya dah call. Saya balik dulu ya Encik Aidan." Kata Mona.

Sebaik sahaja Aidan mengangguk, dia berpaling pada Luthfia, "Aku balik dulu Luth." Tubuh Luthfia di peluk.

"Nanti jumpa dekat fakulti, kau jangan buat-buat tak kenal aku." Seloroh Mona. Pelukannya masih belum dilepaskan.

Walaupun mereka satu kursus, tapi berlainan jurusan. Tak berapa kenal antara satu sama lain.

Kalau tak disebabkan dia intership satu tempat dengan Luthfia, memang sampai ke sudah tak akan bertegur sapa. Di fakulti, begitulah asingnya mereka berdua.

"Okay, okay. Kau tak payah nak emo, lagi dua minggu kita jumpa." Pujuk Luthfia yang dapat merasakan perubahan emosi Mona, mungkit ralat untuk berpisah.

Mana taknya, sepajang dua bulan lebih ni, memang dia dengan Mona macam belangkas, ke mana-mana je bersama.

Mona melepaskan pelukannya. Selesai mengucapkan selamat tinggal, dia terus berlalu pergi keluar daripada restoran itu.

"Luth balik macam mana?" soal Aidan kepada Luthfia apabila hanya tinggal mereka berdua di situ.

Luthfia mengerling jam tangan dipergelangan tangannya yang dah menunjukkan pukul 9.30 malam, "Luth naik train."

"Abang hantarkan Luth."

"Eh tak ape, Luth naik train je." Luthfia menolak.

"Kejap, Luth ada something untuk abang." Luthfia membawa beg yang disandangnya ke depan lalu zip beg di buka.

Dia mengeluarkan beg kertas berwarna coklat lalu dihulurkan kepada Aidan, "Nah, untuk abang."

Aidan mengangkat keningnya sebelah.

"Ape ni?" soalnya sambil mencapai beg kertas yang dihulurkan Luthfia.

"Hadiah sebagai tanda terima kasih dekat abang sebab dah tolong Luth. Kalau abang tak tolong, agaknya Luth kena tunda internship sampai next semester." Luthfia senyum, "So I bought this for you."

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now