LUTH | 5

209 27 15
                                    

"Nothing we can do for now Tengku. We can only wait for Tengku to wake up." Kata Doktor Rajash dengan berhati-hati.

"I understand." Jawab Kyle sambil memeluk tubuh. Sedari tadi dia berdiri di hujung katil memerhati Doktor Rajash melakukan pemeriksaan rutin ke atas Tengku Kaider.

Kyle mengisyaratkan Uncle Andrew untuk menghantar Dr Rajash keluar. 

Di dalam bilik itu, hanya tinggal Puan Mahani dan Hilmi. Puan Mahani mengambil tempat di birai katil selepas Doktor Rajash selesai pemeriksaanya, Hilmi pula berdiri di sudut bilik menunggu arahan daripada Kyle.

Puan Mahani yang mengelus lembut tangan Tengku Kaider hanya tunduk diam membisu.

 Mungkin sudah acap kali kecewa, dia sudah tidak punya reaksi setiap kali mendengar kata-kata doktor. Dia hanya mampu redha dan berdoa semoga suaminya cepat bangun dari tidurnya yang panjang.

Kyle yang memerhatikan Puan Mahani yang kelihatan tidak mempunyai sebarang reaksi tahu yang bondanya kecewa.

Dia melangkah ke arah Puan Mahani kemudian mengambil tempat disebelahnya. Di kucup lembut dahi Puan Mahani lalu ke dua bahunya di peluk. Tangan menggosok lembut belakang badan bondanya itu.

"Don't be sad." Pujuk Kyle lembut. "I'll do everything in my power to make sure Ayahnda wake up as soon as possible." Sambungnya lagi.

Puan Mahani yang mendengar pujukan anaknya itu membenamkan wajah pada bahu Kyle.

 Walaupun suaminya sudah tujuh tahun berada di dalam keadaan comatose, sekurang-kurangnya dia bersyukur kerana suaminya dan Kyle selamat daripada kemalangan ngeri yang melibatkan kematian pemandu kereta mereka dan juga pembantu peribadi Tengku Kaider tujuh tahun lepas.

Selepas beberapa minit menemani Puan Mahani, Kyle dan Hilmi melangkah keluar dari bilik itu. Mereka menuruni anak tangga menuju ke arah bilik study yang terletak di aras dua.

"What's the progress?" soal Kyle sambil melabuhkan duduk pada sofa kulit yang terletak ditengah-tangah ruang study itu. 

Badan menyandar pada sofa, kaki disilangkan manakala satu tangan direhatkan diatas pemegang sofa dan satu lagi diletakkan pada lutut.

Hilmi berdiri di tepi sofa dengan memegang beberapa fail di tangan faham apa yang dimaksudkan Kyle.

"We already confirmed with Prof. Ivan boss. His flight will arrive in Malaysia on Tuesday morning." Terangnya.

Kyle mengangguk kecil tanda faham. Kali ini dia menerbangkan pakar neurosurgeri dari Switzerland untuk melihat keadaan ayahndanya.

Jari telunjuknya mengetuk perlahan pada pemegang sofa. "How about the other one?" soalnya dengan nada sedikit serius. Hilmi yang mendengar nada suara Kyle berubah berasa sedikit gementar.

"Orang-orang kita masih on standby boss. For now, there's still no movement from the other side."

"Keep observing." Arah Kyle pendek lalu bangun dari duduknya. Kedua tangan dimasukkan kedalam poket seluar dan kemudian dia melangkah menuju kearah pintu untuk keluar dari bilik study itu.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now