LUTH | 30

108 14 13
                                    

Kyle berhenti lebih kurang dua meter daripada Jarak Jaden berhenti.

Dia kemudiannya berbisik kepada Luthfia, "Tunggu dekat sini," di mana bisikannya turut didengari oleh Hilmi yang berdiri berhampiran.

Kyle melangkah beberapa tapak kehadapan yang mana diikuti oleh Jaden.

Suasana tiba-tiba menjadi sepi.

Yang kedengaran hanya bunyi tapak kasut kulit dua lelaki itu, menghentak lantai memenuhi ruang legar syarikat.

Semua yang berada di situ mula berbisik di antara satu sama lain.

Masing-masing tertanya-tanya sama ada dua sepupu itu akhirnya akan berhadapan antara satu sama lain; tidak lagi menyembunyikan permusuhan yang semua orang tahu bukan rahsia lagi.

Tidak kurang juga ada yang sibuk mengambil gambar. Percayalah, mesti akan ada thread baru di group community syarikat sebentar nanti.

Pada ketika ini, dua lelaki itu saling berhadapan. Dua-dua mempunyai aura tersendiri, tidak terintimidasi di antara satu sama lain.

Kyle memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar, kelihatan santai namun postur badannya tetap lurus dan tegak seperti paku besi.

Dia mengukir senyum yang bukan senyum kepada sepupunya itu, "100 meters away, remember?"

Mereka yang berhampiran yang masih di dalam lingkungan lima meter di antara dua lelaki itu, tidak faham apa yang dimaksudkan oleh CEO muda itu.

Yang faham hanya Jaden, dan lelaki itu ketawa bila mendengar peringatan Kyle.

"You can't be serious ..." Masih ada sisa ketawa sebelum dia menarik senyum.
Telinganya masih sangsi dengan apa yang didengarinya.

Jaden mengalihkan pandangan ke arah Luthfia yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Mata coklatnya memandang gadis itu seketika sebelum mengalihkan kembali pandangannya kepada Kyle.

Dengan senyum masih bersisa, Jaden menghampiri sisi Kyle sehingga mereka saling berlanggar bahu, "You won't think that I'll be interested in that kind of girl, would you?" soal Jaden terhibur. Suara garaunya berbisik perlahan, hanya didengari oleh Kyle.

Sebelum ini dia cuba menghampiri Luthfia kerana perasaan ingin tahu yang mana mengundang padah kepada dirinya sendiri.

Mengingati kembali peristiwa dia di campak ke lantai oleh gadis itu, air mukanya mula berubah mendung.

"Aku tak faham kenapa kau jatuhkan standard kau ... Was she worthy?" soal Jaden dengan sinis. Dia masih menyimpan dendam akan peristiwa itu.

Kyle berpaling memandang Jaden.

Oleh kerana ketinggian mereka hampir sama, dua lelaki itu saling bertentangan mata pada aras yang sama, "Worthy?" soal Kyle kemudiannya tertawa kecil.

Dia kemudiannya membetulkan posisi badan supaya mereka saling bertentangan.

Kyle membawa wajahnya dekat pada Jaden ibarat mahu berlaga pipi.

Dia kemudiannya berbisik, "Someone acknowledged by Tok Ayah without having family background for support and advantages that could be taken for granted ... What do you think?" bahasa mudah, Luthfia tak perlukan keluarga yang kaya-raya dan berpengaruh untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Tengku khair, "Tak macam some worthless cousins yang aku ada, hmmm ..." Kyle menarik wajah memandang Jaden yang sudah mula berubah riak, "Kau agak-agak, siapa?" sambungnya lagi sambil menaikkan sebelah kening tebalnya.

Dia tersenyum nipis, namun cukup membakar hati Jaden yang melihat. Wajah lelaki itu berubah gelap, dan mata coklat itu mula merah menunjukkan amarahnya yang mula meruap.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now