Luthfia menyarung beg sandang kebelakang dan bersiap sedia untuk keluar dari kereta mewah itu.
Sebelum keluar, dia memerhatikan kiri, kanan, depan dan belakang. Kalau boleh guna drone, memang dia guna semata-mata untuk memastikan tiada seorang pun yang dikenalinya di kawasan itu.
Masuk hari ni, ini hari ke empat Kyle menjemput Luthfia untuk pergi kerja bersama.
Empat hari juga dia menjalankan modus operandi yang sama sebelum keluar dari kereta. Biarlah nampak macam overreacts, janji dia tak jadi buah mulut orang. Dia tahu level kaki membawang orang di pejabatnya macam mana.
"Luth."
"Hmm?" Tanpa berpaling pada Kyle yang duduk di sebelah, matanya masih meliar memerhatikan sekeliling. Dia masih dalam keadaan berjaga-jaga walaupun kawasan parking bawah tanah itu kosong, lengang tanpa ada satu jiwa pun.
"Pandang aku." Arah Kyle.
Mendengar suara Kyle memberi arahan, Luthfia rasa seperti tulang tengkuknya cramp tiba-tiba.
Lambat-lambat dia memalingkan kepala menghadap Kyle yang duduk disebelahnya.
"Hmm?" Tak faham kenapa diarah memandang lelaki itu.
"Memalukan ke kalau orang nampak kau dengan aku?" Soal Kyle ingin tahu. Hujung keningnya terjungkit sedikit.
Dari hari pertama sehinggalah ke hari ini, begitu aksi Luthfia sebelum keluar kereta. Kalau orang tak tahu, mesti orang ingat Luthfia sedang menjalankan misi sebagai ejen rahsia di syarikatnya bekerja.
Luthfia perhatikan Kyle yang menongkat siku pada pintu kereta dengan tangan direhatkan dipelipis kepala. Sebelah tangan lagi rehat di atas peha dengan kaki disilangkan. Gaya dah macam model photoshoot cover depan majalah.
Dengan three-piece suit, rambut di gel dan disikat rapi kebelakang. Luthfia bagi thumbs up didalam hati. Kacak dan bergaya!
Luthfia memerhatikan wajah tiga dimensi didepannya seketika. Tiada riak marah atau jengkel pada wajah Kyle, namun Luthfia dapat merasakan aura muram menyelubungi lelaki itu.
Dia mengelak dari bertentang mata dengan Kyle yang merenungnya. Tak semena jantungnya umpama baru lepas berzumba, laju mengepam darah.
"Ape kau cakap? Aku tak faham." Tuturnya perlahan. Macam bunyi nyamuk, dengar tak dengar je suaranya. Mata memandang ke arah lain, jari pula menguis-guis kerusi kulit kereta. Takkan nak cerita aku takut jadi bahan gossip dekat office. Macam perasaan lebih pulak orang nak ambil tahu hal aku kan.
"Baby, look at me.." arah Kyle perlahan dengan suara huskynya. Seksi dan menggoda.
Oh shit! Rasa nak terkeluar jantung dibuatnya!
Sejak malam Kyle datang ke rumahnya tempoh hari, Luthfia boleh rasa perubahan pada dirinya. Terutama sekali bila bersama Kyle. Dia tak boleh kawal debaran di dada.
Asal dekat, jantung berdegup kencang. Asal direnung, jantung mula marathon. Waima hanya memanggil namanya sahaja dah membuatkan jantungnya mula menunjukkan tanda-tanda malfunction.
Perlu ke aku pergi jumpa pakar jantung? Mungkin buat Echo test? Mana tahu memang ada something wrong somewhere dengan jantung aku. Kan?
Hilmi dan Pak cik Haras yang sedari tadi duduk di bahagian depan, dua-dua kaku di tempat duduk masing-masing. Boss, anggap je kami ni tak wujud dalam kereta ni boss. Ibarat molekul atom oksigen, ada tapi tak kelihatan.
"Luthfia Zahra."
Agaknya, mungkin hilang sabar dengan Luthfia yang kelihatan seperti berkhayal, Kyle menyentuh dagu runcing Luthfia dengan hujung jari telunjuknya, lalu memalingkan wajah cantik itu kearahnya. Sentuhan itu hanya kekal beberapa saat sebelum Kyle menarik kembali tangannya.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...