LUTH 18

121 12 25
                                    

Pulang dari pejabat, lokasi pertama yang menjadi hala tujunya adalah bilik Tengku Kaider di tingkat tiga rumah agam orang tuanya.

Kyle menolak pintu kayu itu lalu memberi salam kepada bondanya yang sedang duduk berteleku ditepi katil disebelah ayahndanya.

"Assalammualaikum bonda."

"Waalaikumusalam." Balas Puan Mahani tanpa mengangkat wajah. Perhatiannya tertumpu pada jari kelingking si suami.

Tangan sebelah memegang pengetip kuku, manakala sebelah lagi mengampu tangan Tengku Kaider. Dengan penuh konsentrasi dan berhati-hati dia memotong kuku suaminya itu.

Kyle tidak mendapatkan terus bondanya itu, sebaliknya dia melabuhkan duduk di sofa yang tidak jauh dari kerusi yang diduduki Puan Mahani.

Belakang badan direhatkan pada sofa. Duduknya santai dengan kaki disilangkan. Tangan yang direhatkan diatas lengan sofa memanggung dagu.

Matanya memerhatikan perbuatan bondanya itu dan dalam masa yang sama, terlintas rasa cemburu dengan layanan Puan Mahani kepada Tengku Kaider. Bondanya itu seorang yang setia, penuh kasih sayang dan prihatin.

Mungkinkah Luthfia akan begitu juga bila mereka berkahwin nanti?

Terbayangkan masa depan mereka berdua nanti, bibir nipisnya perlahan-lahan membentuk parabola berbentuk U.

"Ayan fikirkan Luth ke senyum sorang-sorang tu?" Seloroh Puan Mahani apabila memerhatikan anak lelakinya itu seakan berkhayal dengan senyum yang semakin melebar. Jelas tampak angaunya tu.

Tersedar diri diperhatikan, Kyle berdehem sambil tangan yang mengepal penumbuk dibawa kebibir.

Dibetulkan duduknya dan di tarik balik kedua hujung bibir sehingga menjadi garis lurus. Namun begitu, dia tidak menafikan telahan bondanya.

"Ayan dah tanya Luth, dia setuju temankan Ayan ke majlis hari jadi Tok Ayah nanti." Itu tujuan sebenarnya singgah ke rumah agam itu petang ini.

"Ohhh ..." Puan Mahani senyum. Patutlah muka bahagia. Dah jumpa buah hati pengarang jantung rupanya.

"Kalau macam tu, jumaat nanti bonda nak bawa Luth shopping. Ayan bagitahu Luth nanti ya." Pesan Puan Mahani.

"Hmm." Kyle mengangguk lalu bangun dari duduknya, "Ayan balik dulu bonda. Malam nanti Ayan nak jumpa Arman." Sambung Kyle lalu menyalami tangan Puan Mahani dan kemudian mengucup pipi dan dahi bondanya itu. Perkara yang sama dilakukan kepada Tengku Kaider.

Puan Mahani perhatian Kyle sehinggalah bayang anak lelakinya itu hilang disebalik pintu yang ditutup, "Abang, anak kita dah besar." Dia berkata perlahan dengan mata masih tertacap pada pintu kayu tersebut.

Rasa macam baru semalam anak lelakinya itu masih jalan bertateh. Masih perlukan dia dan Tengku Kaider untuk disuap makan. Tahu-tahu dah besar dan sudah sedia untuk memulakan keluarga sendiri.

Puan Mahani berpaling kearah Tengku Kaider. Tangan suaminya dicapai lalu dielus lembut.

"Abang nak tahu," dia mula bercerita walaupun tahu takkan ada tindak balas dari suaminya itu.

"Hari sabtu ni kan hari jadi ayahnda. Ayan nak bawa Luth jumpa dengan ayahnda. Abang tahukan ape maksudnya?" dia memandang wajah Tengku Kaider dengan senyum yang makin mekar dibibir namun dalam masa yang sama, ada riak sedih pada wajah yang cantik itu.

"He is ready to settle down." Sambungnya lagi.

Jeda.

Puan Mahani seolah memikirkan sesuatu, dan kemudiannya dia ketawa kecil.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now