Jambangan bunga mawar merah yang diletakkan di atas pehanya di sentuh. Satu persatu kelopak bunga itu di usap dengan jari telunjuk.
Senyum tipis masih tak lekang dari bibir yang dicalitkan dengan lipstik berwarna merah itu.
"Suka?"
Mendengar soalan itu, terus Luthfia meluruskan garis bibir. Nampak sangat ke aku suka?
Ehem. Luthfia berdehem kecil.
"Kenapa bonda tak ikut sekali?" soalnya cuba mengubah topik.
Kain dress dibetulkan supaya tidak berlipat dan berkedut. Tapi dah namanya material kain mahal, segaris kedutan pun tidak kelihatan.
"Bonda dah jumpa Tok Ayah semalam. Bonda memang tak join family gathering macam ni since ayahnda koma. She's rather be with her husband than joining this kind of party." Terang Kyle.
Memang semenjak ayahndanya koma, bondanya sudah tidak lagi melibatkan diri dalam sebarang event syarikat mahupun perjumpaan keluarga, hanya mewakilkan dirinya sahaja bagi pihak ayahnda dan bondanya.
"Owhhh." Luthfia mengangguk kecil tanda faham. Dia kemudiannya melirik ke arah Kyle yang duduk disebelahnya.
Lelaki itu segak mengenakan suit hitam dengan kemeja hitam didalamnya. Walaupun bersut, gayanya kali ini lebih casual dengan butang kolar terbuka. Tiada tali leher. Rambut juga tidak di gel dan disikatkan ke belakang seperti biasa, tapi digayakan dengan rambut depan jatuh ke dahi dan di sikat tepi.
Pandangan matanya berlegar-legar pada wajah kacak itu seketika.
"Do you like what you see?" soal Kyle sambil mengangkat keningnya sebelah. Ada nada mengusik dari suara serak basah itu.
Mendengar soalan itu, Luthfia terus melarikan pandang. Tapi, lagi sekali dia melirik pada lelaki disebelahnya. Keningnya berkerut sedikit.
Dia meletakkan jambangan bunga mawar itu di tepi sebelum mengubah badan menghadap Kyle.
Memandangkan dia ada sedikit OCD (Obsessive-compulsive disorder), pantang nampak benda yang tak kemas dan sempurna, laju sahaja tangannya membetulkan kolar kemeja Kyle yang sedikit terlipat tanpa menyedari yang perbuatannya agak intim.
There ... Luthfia pamer muka puas hati sambil menghelakan nafas lega. Kalau dia tak betulkan, rasa macam ada sesuatu yang menggaru hatinya.
Dari tadi Kyle hanya memerhatikan setiap tindakan gadis itu. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangan. Nak mengedipkan mata pun dia tak berani, takut dia akan terlepas setiap detik yang berlalu. Segala-galanya seperti slow motion movie. Dirakamkan didalam kotak memorinya.
Terdetik di dalam hati. She's capable of making me, fall for her again and again. Lagi sekali, dia jatuh cinta ...
Luthfia mengangkat wajah lalu bertentang mata dengan sepasang mata kuyu itu.
"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Luthfia tenang, padahal di dalam dada, jantung dah mula dum dum cha, dum dum cha. Setiap kali di renung sepatang mata kuyu itu, memang boleh buat jiwanya tak keruan.
"Appreciating my girlfriend's thoughtfulness."
Segaris senyum menghiasi wajah tampan itu membuatkan Luthfia terpana seketika. Bagaikan di pukau, dan dengan payah dia melarikan pandangan keluar tingkap kereta. Cis. Terjatuh hati lagi!
Tersembunyi dari penglihatan mata Kyle, perlahan-lahan segaris senyuman meleret terlukis di bibir merah Luthfia.
Dari jauh kelihatan sebuah hotel mewah dengan logo KG Hotel pada pintu gerbangnya. Luthfia ingat hotel ini, sebab di hotel ini dia pernah terlanggar Kyle dulu. Pertemuan mereka kali kedua.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...