Luthfia memperagakan dress labuh berwarna merah itu didepan cermin kaki.
Sekejap dia berpusing ke kanan, sekejap ke kiri. Menilik dress yang melekat pada tubuh langsingnya.
"It really looks good on you Miss Luth. As if it was tailored made specially for you." Puji Elize atau lebih dikenali sebagai Lize dikalangan pelanggan tetap butiknya. Wanita berbangsa cina dalam lingkungan umur awal 30-an itu mengelilingi Luthfia sambil membetulkan dress yang dipakainya.
"You are too kind Lize." Luthfia sengih janggal bila di puji berlebihan macam tu. Walaupun memang dia rasa macam extra cantik sikit dari kebiasaan. Ceh!
"Betul ape yang Lize cakap tu. Dress ni memang sesuai dan cantik sangat bila Luth pakai." Puji Puan Mahani pula. Jelas tampak puas hati pada wajahnya.
Puan Mahani bangun dari sofa. "You ada any scarf yang boleh pakai dengan dress ni Lize?" Soal Puan Mahani sambil menghampiri Luthfia yang masih mengenakan tudung sarung yang dipakainya dari balik kerja tadi.
"I rasa I ada. Sekejap, I check." Kata Elize kemudian meninggalkan Puan Mahani dan Luthfia di ruang butik itu. Dia hilang di sebalik langsir hitam yang memisahkan ruang butik dengan ruang kerjanya.
"Luth rasa selesa tak pakai dress ni?" Soal Puan Mahani sambil membantu Luthfia turun dari pentas kecil yang dikhaskan untuk memperagakan pakaian didepan cermin kaki.
"Selesa bonda, cuma.." berapa harga dress ni? Mustahil dia mampu nak bayar. Butik ni antara butik designer yang terkenal di shopping mall itu. Dalam kepala berkira-kira berapa baki duit di dalam akaun bank. Worth it ke nak beli semata untuk esok?
Puan Mahani seperti faham apa yang bermain di dalam fikiran Luthfia. "Luth jangan risau, Ayan kan ada."
Luthfia berpaling pada Puan Mahani. Keningnya berkerut sedikit. Apa kena mengena pula dengan seorang Kyle Zayyan tu? Ada account bersama ke? Kenapa dia tak tahu?
Fikiran Luthfia terganggu apabila Elize datang dengan sehelai scarf di tangan.
"Miss Luth, try this one. This Charmeuse scarf made from mulberry silks" Elize menunjukkan scarf yang sama warna dengn dressnya dan mempunyai corak abstract di hujung kain berwarna hitam. Coraknya simple, tapi boleh nampak betapa exclusivenya design pada scarf tersebut. Sekali pandang pun dia dah jatuh hati.
"Julia, tolong Miss Luth pakaikan this scarf." Arah Elize pada pembantunya.
Memandangkan di dalam butik itu hanya ada mereka sahaja dan semua pekerja Elize perempuan, Luthfia membuka tudungnya dan menyerlahkan leher jinjang dan rambut pendek paras bahunya yang semakin panjang.
"Without tudung, you look so enchanting in this dress. Are you half Chinese?" Soal Elize sambil menghargai kecantikan seorang gadis melayu seperti Luthfia. Ada satu daya tarikan yang lain bila gadis itu membuka tudungnya.
Warna merah pada dress yang dipakai menyerlahkan lagi tona kulit Luthfia yang putih mulus. Seperti mawar merah yang mekar diatas hanparan salji putih. Sangat mempersonakan dan menggoda. Membuatkan sesiapa yang melihat ingin memetiknya.
Mujurlah Luthfia bertudung, sekurang-kurangnya dua pertiga daya tarikannya tersembunyi dari mata lelaki. Even so, it still can't hide her beauty. Fikir Elize.
"Tak lah. I pure Melayu." Jawab Luthfia sambil mengerling kearah Elize. Dia tegak berdiri membiarkan Julia memakaikan scarf dikepalanya.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...