Seperti yang dah dijangkakan projek dari K Group, proses lawatan tapak untuk tapak projek sahaja dah cover hampir satu pulau dan mengambil masa hampir satu hari.
Luthfia mengurut pinggangnya yang terasa sengal. Penat berjalan, penat duduk dalam pacuan empat roda pun ya juga.
Ada bahagian-bahagian dipulau itu masih tidak mempunyai kemudahan jalan bertar. Hampir separuh pulau itu juga masih banyak hutan dan tumbuhan liar. Siap ada kawasan yang punya anak sungai dan air terjun. Jangan tanya dari mana punca air datang, penduduk dekat sini pun tak tahu.
"Cik Luthfia kalau nak tengok sunrise, kat sini cantik." Kata Amin salah seorang penduduk tetap dipulau itu yang mengikuti lawatan tapak bersama mereka.
Ketika ini dia sedang berdiri di tepi tebing. Lokasi lawatan mereka kali ini adalah tapak yang bakal di bina helipad diatasnya.
Bila mendengar perkataan sunrise, Luthfia menunjukkan minat, "Kat sini sunrise pukul berapa?" soalnya.
"Dalam 6.59 pagi macam tu. Cik Luthfia duduk dekat ROVE kan? tak jauh pun, dalam 15 minit kalau Cik Luthfia pakai trek tu." Amin menunjukkan ke arah laluan trek yang tidak jauh daripada mereka.
Amin menerangkan untuk ke tebing itu, ada beberapa laluan yang boleh digunakan. Salah satunya adalah laluan yang mereka guna tadi untuk sampai ke sini, manakala laluan yang Amin tunjuk, lebih hampir dengan guesthouse yang mereka duduk sekarang.
"Kau nak pergi ke Luth?" soal Mona yang melihat Luthfia seperti berminat.
"Macam ... Kau nak?"
"Nak! Kau kejut aku nanti."
Itu kata Mona petang semalam.
Dicerunkan mata memandang Mona yang sedang berdengkur halus. Dah macam-macam cara digunakan untuk mengejutkan Mona, tinggal simbah dengan air satu baldi je belum lagi.
Luthfia menghelakan nafas perlahan.
Jam dipergelangan tangan di kerling. Dah pukul 6.35 pagi. Kalau lambat keluar, dia takut tak sempat menyaksikan momen-momen matahari mengintai di ufuk fajar. Akhirnya dia ambil keputusan untuk pergi sendirian.
Luthfia mengikat tali kasut sukannya. Berbekalkan dengan lampu suluh untuk mengharungi gelap subuh, dia melangkah keluar lalu menuju kearah belakang guesthouse untuk ke trek laluan ke tebing.
Seperti yang Amin cakap, dia hanya mengambil masa 15 minit mendaki bukit kecil itu untuk sampai ke tebing, tapak lawatan semalam.
Sampai di tebing, dia melangkah kearah bongkah batu besar lalu melabuhkan duduk. Mata ditalakan ke arah lautan. Melihat pemandangan yang terhampar didepan mata, dihidang pula dengan bunyi deruan ombak yang menghempas dinding tebing, bibirnya mengukir senyum segaris.
Dia paling suka laut.
Lautan memberikan satu perasaan tenang dan nyaman kepadanya.
Luthfia mengeluarkan telefon dari poket seluar tracksuit yang dipakai.
Kamera dihalakan kearah ufuk dimana matahari sudah mula menunjukkan diri. Dia mengambil beberapa video singkat dan juga menangkap gambar untuk merakam momen matahari terbit.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...