LUTH | 21

130 14 43
                                    

Kening Luthfia berkerut sedikit melihat Hazel yang melambai kearahnya dengan muka teruja dan senyuman gummy smilenya.

Bukan ke sepatutnya minah ni dekat U.K sekarang?

Berbanding dia dan Jannah yang menyambung pengajian di universiti awam, Hazel menyambung pengajiannya di salah sebuah universiti terkemuka di U.K dalam jurusan perundangan sebaik sahaja tamat sekolah menengah.

"Kawan Luth ke?" soal Puan Mahani yang turut sama berpaling ke arah Hazel.

"Aah bonda. Sekejap ye." baru sahaja kaki Luthfia nak melangkah, datang dua orang lelaki berbadan tegap menghalang pergerakan Hazel.

"Let her go." Kedengaran suara Puan Mahani memberi arahan.

Sebaik sahaja arahan itu jatuh, dua lelaki tadi berundur ke tepi, memberi laluan kepada Hazel.

Melihat situasi itu, barulah Luthfia tersedar yang dua lelaki itu adalah bodyguard Puan Mahani yang menyamar sebagai orang awam.

"Terima kasih bonda." Luthfia mengucapkan terima kasih lalu mendapatkan Hazel yang turut sama menyambung langkah ke arahnya.

"Kau buat ape dekat sini? bukan ke sepatutnya kau dekat U.K?" soal Luthfia sebaik sahaja mendapatkan Hazel.

"Something up. Aku tangguh semesta ni." Terang Hazel sambil merangkul pinggang Luthfia dengan kedua tangannya, memeluk gadis itu.

"Semua okay ke?" tanya Luthfia sedikit risau.

Apa yang jadi sampai nak kena tangguh semesta? lepas tu kenapa Hazel tak cerita langsung dengannya dan Jannah?

"Everything okey la, don't worry." Kata Hazel menyakinkan dengan senyum lebar nampak gusinya.

"Kau buat ape dekat sini? aku nampak kau dari jauh. Aku ingat salah orang, but never really thought it was really you." Soal Hazel.

Matanya melirik ke arah Puan Mahani dan Kyle yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Dia ingat lelaki itu.

"That guy, bukan ke lelaki yang dekat club hari tu? yang panggil kau Cik Pavlova tu?" Soal Hazel inginkan kepastian.

Belum sempat Luthfia nak menjawab, Hazel terlebih dahulu bersuara teruja. Sepasang anak mata hazel itu bersinar. "Owh ... He's coming ... He's coming."

Luthfia berpaling.

Kyle sedang melangkah ke arah mereka dengan riak wajah muram, seolah ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu tidak puas hati. Dah kenapa? rasanya tadi elok je mood manusia sorang ni.

Sebaik sahaja Kyle berdiri disebelahnya, Luthfia bertanya. "Mana bonda?"

Di lihat Puan Mahani sudah tiada di situ. Dua lelaki tadi juga sudah berdiri di kedudukan masing-masing, berlagak seperti pengunjung di shopping mall itu.

"Bonda tunggu kau dekat dalam." Kata Kyle sambil menunjukkan sebuah butik yang menjual beg berjenama yang tidak jauh dari situ.

Dari luar, Luthfia nampak Puan Mahani sedang membelek beg tangan sambil di iringi pekerja butik. Dia kemudiannya mengangguk tanda faham.

"Shouldn't you let go already?" kata Kyle tiba-tiba. Kedengaran nada suaranya tajam dan dingin. Membuatkan Luthfia berpaling memandang lelaki itu.

Mata hitam Kyle tertumpu pada tangan Hazel yang melingkar pada pinggang Luthfia. Dari tadi dia rasa sakit mata melihat tangan itu.

Hazel yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Kyle dan pelik dengan level hostility yang ditunjukkan lelaki itu terhadapnya, berkerut kening.

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now